Tips berhenti kerja untuk jadi surirumah sepenuh masa untuk jaga anak

Bila saya buat keputusan untuk berhenti kerja dan mahu fokus untuk membesarkan anak, ramai yang hru biru perasaan, macam -macam komen macam macam cadangan macam macam nasihat saya terima, antaranya adalah:

1. Kenapa berhenti? sayang je belajar tinggi tinggi

2.Tak kesian ke kat husband you

3.Emm abis tu sapa nak tolong bayar hutang belajar awak nanti

4.Ala kerja je, kesian kat husband awak, anak takpe hantar je nursery ajar dia lebih berdikari

5.Awak kerja la balik, sayang la ijazah awak tu

6.keewangan awak dah kukuh ke? kalau belum kukuh kerjala atleast lepas la nak beli apa-apa

Hihihi saya pekakkan telinga je, saya faham yang bagi nasihat pada saya semua berniat baik, tapi pada saya keputusan saya untuk berhenti kerja setelah saya dan suami berbincang dan memikirkan kesan baik dan buruk yang perlu dihadapi bersama dan paling utama adalah berkaitan dengan anak. Kalau diikutkan cita cita saya sangat tinggi saya mahu menjadi Hakim Mahkamah Syariah hahaha, saya sangat cintakan dunia perundangan sebab tu juga yang membuatkan saya menyambung pengajian di UIA dalam bidang Pentadbiran dan Kehakiman Islam atau nama comelnya  (DAIJ ). Namun selepas berkahwin dan mempunyai anak saya nekad untuk berhenti kerja dan memilih untuk menjadi surirumah tangga sepenuh masa dan fokus utama saya adalah untuk membesarkan anak.

SAM_1070Kenangan Hari Konvokesyen DAIJ di UIAM tahun 2012

SAM_1078Bersama rakan seperjuangan..

Tak dinafikan keputusan untuk berhenti kerja bukan mudah untuk dilakukan, tapi saya meletakkan diri saya sebagai orang yang positif dengan lakaran kehidupan, keluar dari zone selesa kepada zone biasa-biasa. Melihat anak membesar di depan mata, mendidik dan memberi ruang masa bersama dengan anak adalah lebih utama pada saya, pengalaman saya menjadi guru selama hampir 5 tahun cukup memberi kesan pada saya, tak sanggup nak letak anak di nursery, tak sanggup nak melihat anak menanti nanti kepulangan saya dan tak sanggup nak tengok air mata jernih anak bila saya lewat ambil dari day care. Saya dah nampak semua tu, saya tengok dengan mata kepala sendiri betapa hausnya jiwa si anak sekiranya anak sentiasa di tinggalkan lama melebihi 2 jam, 12 jam lagi la tak sanggup. Saya kira pengalaman menjadi guru menjadi guru day care sudah cukup mengajar saya,  oleh sebab itu saya memilih untuk meninggalkan kerjaya saya dan nekad berhenti kerja untuk membesarkan anak dan menjaga keperluan suami.

JpegAlhamdulillah suami saya merupakan orang yang hebat yang menyokong keputusan saya, tiada keluhan dibibir suami saya malah menyambut gembira keputusan saya untuk tidak lagi berkerja, sebelum itu saya nyatakan hasrat saya kepada mak dan abah, alhamdulillah mak abah menyambut gembira cuma sebelum tu mak abah tanya suami saya “takpe ke faizah tak kerja, sanggup ke kamu menyara keluarga sorang sorang ni ” jawapan suami saya  ” takpa saya sanggup dan saya lebih suka faizah berhenti kerja dan menumpukan kepada urusan pendidikan anak, mungkin saya tak kaya untuk memberi kemewahan tapi cuba untuk menyempurnakan tanggungjwab dan keperluan anak isteri dengan baik, saya yakin rezeki Allah. Alhamdulillah jawapan paling sweet saya pernah dengar hihihi. Saya kongsikan beberapa tips untuk pembaca semua tips persediaan mental saya sebelum membuat keputusan berhenti kerja, tips ni saya kira satu sokongan utama untuk saya nekad buat keputusan besar ni.

1. YAKIN AKAN REZEKI ALLAH

Saya yakin rezeki Allah,rezeki suami dan rezeki anak sentiasa ada, saya positif melihat rezeki Allah luas, bukan hanya pada kemewahan duit,kerjaya yang hebat tapi ketenangan kelapangan hati,kesihatan kesejahteraan hubungan suami dan isteri adalah anugerah rezeki yang besar dari Allah. Dan anak yang di lahirkan rezekinya dah siap tertulis, janji yakin dengan Allah, jangan buruk sangka dengan Allah.Doa yang baik baik pasti yang datang yang baik baik juga.

2. POSITIFKAN DIRI, KUATKAN HATI UNTUK MENERIMA CABARAN,BERSEDIA UNTUK MENUKAR GAYA HIDUP KEPADA LEBIH BERSEDERHANA DAN BERSYUKUR

Saya kuatkan hati saya nampak kesan jangka panjang yang lebih positif, saya pekakkan telinga kalau ada yang komen ada yang sinis,ada yang perli dan saya juga elakkan dari membuka segala kelemahan saya, saya banyak membaca cerita-cerita ibu ibu yang solehah yang berjaya membesarkan anak walaupun hanya suami sahaja yang berkerja. Saya bersedia untuk lebih bersederhana dalam gaya hidup, lebih berjimat dan belajar untuk sentiasa bersyukur.Bila kita bersyukur Allah akan tambah rezeki kita itu saya yakin dan saya buka hati saya untuk melihat konsep rezeki itu dengan pandangan hati yang lebih luas.

3.ANAK ADALAH AMANAH ALLAH

Bila saya berkahwin dan mempunyai anak, naluri keibuan saya lebih kuat, saya sedar anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai,saya mesti menghargai manusia kecil didepan saya, saya perlu lihat bahawa saya adalah orang yang diberi peluang untuk mendapat zuriat lebih awal, berbanding orang lain yang terpaksa menunggu lama untuk menanti zuriat. Jadi saya rasa yakin dengan keputusan saya berhenti kerja ia membantu saya untuk melaksanakan amanah Allah dengan baik. Nyata saya senang dengan keputusan saya, hati saya lebih rilex, saya tak tension tak stress saya mampu menangani masaalah anak dengan baik, yang seronoknya saya jadi manusia yang lebih SABAR. Masyaallah hebatnya perasaan tu.

4. PELABURAN AKHIRAT

Ye ini merupakan pelaburan saya, bukan sekadar pelaburan dunia tapi pelaburan akhirat, saya laburkan masa saya untuk mendidik anak saya, saya mahu dia mendapat sentuhan,suapan didikan ,teguran dan nasihat dari saya dan suami saya. Saya mahu melihat akan datang anak saya menjadi sahabat kepada saya, sebagaimana hubungan saya dengan mak saya, saya boleh bersembang bercerita, melakukan aktiviti bersama dan paling manis saya dapat menjaga mak saya. Jadi saya mahu anak saya nanti akrab dengan saya, saya dan suami sayalah rujukan dia, saya yakin jiwa anak saya kan mudah terdidik dan lebih lembut bila saya sentisa menyentuh dan mendampingi dia. Ini adalah misi dan visi saya dalam membina keluarga, bukan sekadar nak dapat manis kat dunia malah nak dapat manisnya di akhirat.

Jpeg

Cukup 4 tips saya kongsikan Alhamdulillah sekarang saya dah makin seronok dengan kehidupan penuh sebagai suri rumah.Dan saya sendiri dapat rasa kemanisan bila dapat melihat anak saya Fatihah membesar dengan baik didepan mata saya sendiri. Bersusah susah dahulu saya ni, insyaallah yang senang pasti kan ada. Sekarang saya suka tengok Fatihah bila saya nak solat dia kan angkat tangan macam nak baca doa, suka juga tengok dia bila saya cakap Bahasa Arab dan English dia mula tunjuk respon positif. Insyaallah bila saya dah buat keputusan ni saya yakin Allah ada untuk saya bergantung harap.

50 thoughts on “Tips berhenti kerja untuk jadi surirumah sepenuh masa untuk jaga anak

  1. Hi, selamat sejahtera. Saya sungguh mengagumi tindakan Puan yang bertekad untuk berhenti kerja sebagai guru walaupun ramai yang menyatakan pendapat bahawa betapa sayangnya meninggalkan profession yang dilihat bertaraf tinggi dan bergaji besar. Untuk pengetahuan Puan saya juga berniat untuk berhenti kerja sebagai guru di sektor kerajaan kerana atas beberapa faktor. Pertama, saya ditempatkan untuk mengajar di negeri yang lain menyebabkan saya terpaksa tinggal berjauhan dengan suami dan anak. Suami pula kini berniaga sendiri & anak terpaksa dijaga oleh mak saya sendiri & mak mentua secara bergilir. Setiap kali pulang ke rumah pada hujung minggu, saya sebenarnya tidak sanggup untuk meninggalkan mereka (suami & anak) tetapi apakan daya. Kedua, saya kini mengandung anak kedua dan niat di hati saya semakin menebal untuk membuat perancangan berhenti kerja sebagai guru kerana saya sendiri sebenarnya lebih berminat untuk mengajar, bukan untuk melakukan pelbagai kerja yang bukan-bukan (perkeranian, guru penasihat, guru kelas, dll…) Sesungguhnya, saya cukup menyesal dan kecewa dengan bidang perguruan sekarang. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk membuka kelas tuisyen sendiri ( di mana saya sendiri sebagai pengajar) mengikut masa saya sendiri. Dan yang paling penting, saya tidak perlu risau untuk duduk berjauhan daripada keluarga tersayang. Sekian sahaja perkongsian daripada diri saya… =)

    • subhanallah..Puan.. seronok baca perkongsian puan..saya yakin puan seorang yang berjiwa besar..Puan sahabat saya seorang peguam syarie, beliau berhenti kerja semata mata untuk duduk dekat dengan suami.. masyaallah hebatnya kuasa Allah..bila mana dia berpindah sahaja duduk bersama dgn suaminya, rezeki beliau tidak putus putus.. malah sekarang bahagia dengan di kurniakan seorang cahaya mata..

  2. assalammualaikum puan..
    sy terharu membaca perkongsian puan. sy juga seorang guru dan mempunyai 2 org ank yg masih kecil berumur 4 dan 1 thn. sy sgt bercita utk berhenti kerja memandangkan sy terpaksa berjauhan dgn ank2 dan suami..permohonan pertukaran tidak lulus..anak2 skrg dijaga oleh suami dan ibu mertua.kdg2 emak sy yg jaga. setiap mggu sy berulang alik memandu sendirian dlm tempoh 4jam tanpa henti. sy sgt sedih melihat keadaan anak sy yg sulong selalu mengira hari bila umi dia nak balik. dan anak yg bongsu pula telah sy tinggalkan sejak sy dipostingkan pd waktu tu umurnya 3bln..terpaksa bercerai susu bdn..suami sy bekerja sendiri (berniaga) dan sering mengajak sy utk bersama2 menguruskan perniaagaannya…tp sy masih buntu dlm membuat keputusan. sy minat mengajar tp sy lebih perlukan suami dan ank2..ibu sy cadangkan utk mengajar sek swasta yg berdekatan rumah..dalam masa yang sama blh bantu suami berniaga..katanya senang bila sudah tinggal sebumbung..memanglah profesion guru sektor awam terjamin dan gaji yg besar..tp hati sy tidak tenang utk menjalankan tugas apabila berjauhan..apatah lagi jika anak demam dan tidak sihat..terpaksa ambil cuti. bos pula kdg2 marah kerana selalu mohon crk dan terpaksa ambil mc..sy merasa sgt sedih dan buntu..blh puan kongsikan sedikit cdgn dan pendapat berkenaan mslh sy ni..dan jika tidak keberatan puan blh berkongsi maklumat dgn sy mengenai proses perletakan jawatan sbg seorang guru kerajaan (prosedur). memandangkan sy baru sahaja 1 thn lebih berkhidmat dan masih belum sah jawatan.
    sekian, terima kasih.

    • wslm puan
      pertamanya saya bukanla org yg terbaik dalam memberi pandangan
      namun saya suka berkongsi sedikit sebanyak pengalaman saya, moga moga boleh membantu
      sebelum tu, saya nak maklumkan saya bukan guru sekolah kerajaan, saya guru sekolah swasta, jadi saya tak dpt membantu dlm menjawab soalan prosuder perletakan jawatan tersebut..saya mohon maaf ye.
      Saya isteri dan Ibu sudah pasti saya faham tekanan puan, dengan berjauhan dengan suami dan anak anak,sengsaranya minta MC dan lebih beremosi bila terpaksa bercerai susu dgn anak.. Apa yang saya boleh kongsikan di sini adalah, perlunya jiwa yang kuat dlm membuat keutusan untuk berhenti kerja, saya hanya memikirkan bagaimana pendidikan anak saya dan rumah tangga saya,
      ketika saya nekad membuat keputusan berhenti saya sedari untuk mendidik anak seawal dari usia masih kecil peluang hanya datang sekali sahaja, dan sekiranya saya melepaskan peluang tersebut, saya akan menyesal.

      Apa yang saya boleh cadangkan adalah, berbincanglah dari hati ke hati dengan suami Puan,ambil pandangan Ibu bapa dan mertua puan ( perbincangan ini sangat PERLU ) saya percaya suami Puan sangat terbuka untuk berbincang hal ini, memandangkan dia sangat mengalu alukan Puan bersama dengan beliau untuk mengurus perniagaan.Pandangan ibu bapa dan mertua pula sebenarnya mampu menjadi kekutan pada kita dan mudah mudahan tak purtus doa mereka untuk puan dan keluarga , sebab tu saya kata penting.
      Kemudian selepas keputusan di capai, yakinla itulah yang terbaik yang telah Allah tetapkan untuk Puan samaada meneruskan bekerja atau berhenti. Yang nyata pasakkan dalam diri bahawa rezeki Allah sentiasa ada, dan penting untuk kita menyedari luasnya rahmat Allah pada kita.
      Akhir sekali jgn lupa untuk terus menerus meletakkan sepenuh pergantungan pada ALLAH
      Setiap yang SUKAR pasti ada JERNIHAN KESENANGAN
      Setiap hamba Allah, pastinya ada REZEKI yg sudah tercatat,yang ni ramai yang gagal untuk memahami, kena luaskan skop rezeki, sihat itu rezeki, hati tenang itu rezeki, dekat dengan keluarga rezeki, berhimpun dengan keluarga juga rezeki, anak anak yang soleh dan solehah juga rezeki )
      Saya yakin.. Puan adalah wanita yang hebat ..
      Saya percaya di dalam hati Puan ada sebuah kekentalan
      Saya juga percaya Allah sedang melakar kehidupan Indah untuk puan selepas puan bersabar dan berjuang dlm hidup puan..
      PUAN ibu yang HEBAT
      Sekadar ini pandangan saya, saya doakan Puan dikurniakan hati yang kuat dan cekal, serta di naungi rahmat Allah dalam kehidupan.

      Salam sayang
      Salam ramadhan …

    • Assalamualaikum…sy terpanggil untuk berkongsi pengalaman 🙂 saya sblm ini bekerja di sektor swasta…anak yg sulong & no 2 xjauh jarak umurnya…masa sy dlm pantang bersalin anak no 2, anak sy yg 1st kene sawan sbb dmm panas…jd sy pn nekad utk berhenti kerja sbb kesian dgn anak…

      Utk berhenti kerja memerlukan smgt yg kuat…w

  3. Assalamualaikum
    Puan, baru2 ini saya membuat keputusan untuk berhnti kerja dan mjadi suri rumah sepenuh masa. saya dan suami masih lagi belum mempunyai cahaya mata. insyaAllah , suatu hari nanti.
    keputusan sy utk berhnti kerja adalah atas dasar.. kerana sy tidak lagi mempunyai kepuasan dlm kerja yg dilakukan. saya tak puas berkerja di company skg. ibaratkan sy hanya goyang kaki tiada kerja tapi dpt gaji bln2. biarkan gaji byk.. tp itu bukanlah yg sy cari.
    tapi puan, adakah keputusan sy tepat? suami tak melarang. tapi sy hanya inginkan pndapat org lain.
    harap puan dpt mbantu.

    terima kasih.

    • Wslm Puan Ajwa
      Selamat hari raya saya ucapkan pada Puan, saya bukanlah pakar kaunseling, tapi saya boleh sama berkongsi cerita dan pendapat di sini, pertamanya bila kita buat keputusan nak berhenti kerja dan ambil keputusan untuk jadi suri rumah tangga sepenuh masa ianya perlu kepada perbincangan dari hati ke hati dengan suami, bermakna samaada keputusan untuk terus berkerja atau tidak perlu kepada keputusan bersama. Sekiranya kita buat keputusan sebelah pihak di bimbangi akan ada masaalah lain yang timbul.Apabila keputusan sudah di capai apa yang perlu kita buat adalah percaya keputusan selepas bermesyuarat antara suami dan isteri adalah satu keputusan yang baik di capai, dan segala cabaran, ujian perlu di hadapi bersama.

      Apa yang saya boleh katakan di sini, keputusan samaada terus bekrja atau tidak perlu di buat bersama, macam apa yang saya buat dengan suami sekarang, jadi bila keputusan di capai bersama, ada keredhoon dari pihak isteri dan suami, dan bersedia untuk menghadapi perubahan gaya hidup selepas kita berhenti kerja akan jadi lebih mudah, dan kita akan lebih berlapang dada.Kerana bila kita berhenti kerja, sepenuhnya keperluan kita dan kehendak kita adalah di bawah tggjwb suami, maksud saya klu dulu masa kita kerja, kita ada duit sendiri dan boleh beli sendiri, nafkah suami bagi pun kita dapat, tapi bila berhenti kerja bermakna kita kena sedia mental dan fizikal menerima seadanya nafkah yg di beri suami, keperluan dan kehendak kita perlu diseimbangkan semula agar tidak mengganggu budjet lain. Yang paling penting tentukan matlamat kenapa nak berhenti kerja,dan kenapa kita perlu terus bekerja bila matlamat jelas kita sebagai pasangan suami isteri akan rasa lebih bahagia dengan keputusan kita.

      Saya sendiri melalui proses perubahan pada ekonomi keluarga selepas berhenti kerja, tetapi kami suami isteri jadi kuat menguatkan antara satu sama lain, kerana kita jelas dengan matlamat berhenti kerja, matlamat saya untuk jadi suri rumah tangga dan mendidik anak sendiri tanpa perlu hantar ke nursery, hati terasa puas bila matlamat membesarkan anak dan melihat perkembangan anak setiap hari.Apa pun Puan Ajwa, saya suka cadangkan agar terus berbincang dengan suami, dan timbang tara keputusan,lihat pelbagai sudut, sudut jangka panjang dan sudut jangka pendek, sebaik kita dah buat keputusan samaada terus bekerja atau tidak maka yakin la REZEKI KITA TAK PERNAH PUTUS. Itu janji Allah. Semoga perkongsian saya pada Puan memberi manfaat pada Puan. Salam ukhwah untuk Puan Ajwa yang di sayangi 🙂

  4. Assalamualaikum..
    saya dalam perancangan untuk berhenti kerja. atas alasan untuk rehat. walaupun tahu tiada istilah rehat untuk surirumahtangga. 🙂
    saya bakal melahirkan anak yg ke3 bulan hadapan. yg sulung berumur 3tahun. disebabkan anak2 masih kerja, saya rasakan adalah lebih baik saya sebagai ibu berada di samping mereka. insyaallah harap ianya dipermudahkan Allah segala urusan kami sekeluarga dengan pendapatan bergantung kepada suami semata. saya percaya rezeki itu dari Allah. Dia lah pemudah segala cara dan pemberi rezeki kepada kita.

    • Alhamdulillah ..insyaallah Puan..semoga Allah permudahkan segala urusan Puan..saya sendiri pun masih belajar, dan sentiasa positifkan diri..melihat konsep rezeki dengan lebih luas buat hati saya lebih tenang..rezeki kesihatan,rezeki anak anak yang baik,rezeki dapat memanfaatkan masa bersama keluarga dan rezeki ketenangan..insyaallah semoga Puan berada di bawah lindungan Allah dan di beri kelapangan pada setiap urusan, Ameen 🙂

  5. Perkongsian sebenar dan ikhlas mengenai hidup saya sendiri.

    Isteri saya sudah berhenti kerja dan dia merupakan seorang engineer di sebuah foreign oil & gas consultant yang terkenal di Malaysia.

    Pada awalnya, bila buat financial calculation memang tak cukup. Ditambah lagi hutang kereta, hutang rumah2 yang masih dalah pembinaan dan sebagainya. Negatif ja setiap bulan. Tapi alhamdulillah, lifestyle boleh dibentuk. Maka kami kurangkan lifestyle kami. Dan benarlah, rezeki Allah dimana2. Setakat ini masih cukup untuk kami berbelanja. Time2 ni je duit refund banyak masuk, dan rumah2 yang dibeli pun lancar je urusannya (in terms of construction and process).

    Dan sekarang, saya rasa sangat tenang pasal keluarga. Sebab saya tahu anak saya berada dengan tangan orang yang sangat saya percayai; isteri saya. Selama ini kelam kabut nak ambil anak la. Risau anak demam la. Sekarang alhamdulillah. Dan isteri saya pun mengandung anak kedua. Double joy 🙂

    Yang pasti, doa dan tawakal kepada Allah jangan dilupa. Solat dhuha kalau boleh amalkan. InsyaAllah. Dunia ini Allah yang punya, kenapa takut untuk berserah padanya? Tapi usaha pun kena ada ya.

  6. assalamualaikum….saya ingat saya je ada masalah untuk membuat pilihan untuk bekerja,ramai juga wanita mempunya masalah mcm nie.Saya pown tengah terfikir nak behenti kerja ke x?memandangkan saya,suami dan ank masing-masing berjauhan.Hanya air mata sebagai peneman.Melepaskan anak nun jauh di utara (bersama maktoknya) dan saya berada di kuala lumpur,suami pulak berada di pahang dugaan amat berat yang terpaksa saya pikul.Mungkin ada hikmah disebalik dugaan ni.Niat untuk menjadi suri rumah tue memang berkobar-kobar.Memandangkan suami saya bukannya perpendapatan tinggi tapi apabila saya baca article nie saya yakin Janji ALLAH itu pasti,setiap orang mempunya rezeki masing-masing kn.Membuat keputusan menjadi suri rumah tu adalah pilihan yang bijak.kita ada saham akhirat.Hopefully impian akan tercapai menjadi suri rumah sepenuh masa

  7. Assalamualaikum Puan Fatihah,

    Sy ingin bertnya pnpdat puan, dimana sy bercdang utk bernti bekerja ats alasan2 yg trntu..salah satunye sy tgh mngandungkn anak pertama, tetapi sy tidak pernh ada msa trluang utk kandungan sy..bila mana ramai org berkata, ktika baby dalam kandunganla saat pling dkt n saat pling sesuai utk spend time bersma..walaupun rmai org berkta, nk seribu daya taknak seribu dalih..so ramai yg ckp kt sy jgn cri alasan utk tidk buat sstu..pdhal sy yg lbih tahu kdaan n situasi bdan sy dimana sy mudh pnat,bekerja dr 8.30-6.30 ulang alik dr rawang..ngn kdaan dioffice yg kadang kala xde ruangan msa utk sy berehat mlainkn waktu rehat..malah di office sy,boss slalu menengking2 pekerja wlaupun itu bkn kesalahn kte.dia slalu menengking insan yg bernma wanita walhal kesilapn n kesalahan itu dr pihak org lain..
    Oleh itu, sy nk bertnya pndapt puan..seandai gaji suami sy dibwah 2k adakah dia mmpu utk mnanggung sy sekiranya sy berhenti kerja? Ini krn ada bermcm2 pihak sperti makcik2 n kwn2 sy berpesan utk sy bersabarla bekerja krn sy sedang sarat n kdaan ekonomi ygxbrapa stabil..malahan mkcik sy ade menambah rmai lagi org skrg tercri2 kerja..knpa sy xnk argai kerja..n dia jgk ada berkta rmai org sush kt luar sna..knapa kte yg ade kerja xnk argai kerja..
    Jd skrg..sy sungguh dilemma.. sy bernti krja ats niat yg baik agar sy dpt mnjga suami sy..dr ari pertma sy berkhwin sy tidak pernh dpt mnjaga suami sy spnuhnye..
    Mintk khidmat nasihat n pndapt puan utk mnguatkn kembali smgt sy..

  8. Assalamualaikum puan,

    Mahu menangis baca entri puan. Saya mahu berhenti kerja namun ada beberapa komitmen yang perlu diselesaikan. Terima kasih atas perkongsian. Semoga Allah memberkati puan sekeluarga.

  9. Assalam.

    Welcome to the club Faizah. kebetulan nama kita juga sama. Kerana yakin rezeki kuasa Allah, saya juga megambil keputusan berhenti kerja dan menjadi suri rumah. 😉

  10. Assalamualaikum..

    Allahurabbi…

    Saya baca entry ni sambil tersenyum2 saya… =)

    Rasa kena dengan keadaan diri saya..

    Dikurniakan 2 anak lelaki.. saya isteri/mama bekerja. Alhamdulillah.. dalam pada membesarkan anak sulong sehingga hari ini, 5 tahun.. saya masih lagi bekerja. Anak kedua pun sudah 1 tahun.

    Tapi tak dinafikan rasa sangat terkejar-kejar dengan masa.. 24 jam pendek sangat.

    Tahun depan anak saya dah 6 tahun. Dan saya sudah berkira2 untuk meninggalkan alam pekerjaan (semoga Allah permudahkan) Saya sedih mengenangkan nasib anak2 yang tak dapat sepenuhnya tumpuan dari mama. Sememangnya saya dan suami cuba untuk berikan yang terbaik.. sungguh.. tp ada ketika… tak berdaya.

    Hari2 beban kerja banyak..badan sangat penat. Homework anak tak terusik pun dari dalam bag sekolah.. sedih……

    Banyak lagi benda2 lain yang terabai..yang sepatutnya diberi perhatian lebih dalam tempoh pembesaran anak2..

    Itu lah antara sebab untuk saya berhenti kerja. Suami pun izinkan. Alhamdulillah..

    Cuma,

    Sekali sekala saya rasa takut menghadapi realiti hidup… kos sara hidup semakin meningkat. Kalau tak bekerja, takde la pendapatan. Nanti hidup susah.. Astaqfirullahalazim… -jahatkan syaitan menghasut, hingga hati berkata2 sedemikian…

    Saya tutup mata.. tawakkal tu Allallah. Semoga cita2 saya yang murni ini dipermudahkan..

    Rezeki Allah maha luas.. rezeki anak2 pun di mana-mana.. saya percaya itu.

    Doakan saya ye!

  11. slm kak pae….mmg tbaekla…hidup mmg perlukn pngorbanan…pngorbanan perlukn ksabaran…kesbaran tu yg membuatkn kite bhgie…pepom mmg kne ykin dgn Allah..rezki psti ada.

  12. salam semua…sy juga ada terfikir untuk berhenti kerja.. tp sbb byk komitmen yg perlu d selesaikan..loan bank…kereta…ptptn dan byk lg…mempunyai sorang anak yg berumur 2thn…dan skrg preggy twin yg bakal dlahirkan pd bln 12 nt…. gaji husbnd bwh rm 2000 fikir xckup dgn byk sgt komitmen…tambahan lak nk tmbah ahli…so niat tu hold dulu…sbb nk berhenti nk bg tumpuan penuh pd anak2 memandangkn skrg ni byk sgt cabaran…yg kedua dunia perguruan skrg tidak sama mcm dulu…keliru smada sy ni guru @kerani…byk sgt bnda yg kena buat… minat untuk mendidik dh berkurang…. smg suatu hr nanti Allah tunjukkan jln kpd sy utk buat keputusan.

    • Salam puan,
      Alhamdulillah tenag sy baca apa yg puan huraikn..ni lg mmberi lg smgat kpd sy untuk berhenti kerja dan ada di smping anak dan klurga tercinta,ya benar rezeki Allah sudah tetapkn kpd hambaNya..yakin lah sgala apa yg blaku sbaik2 perancanganNya..Anak adalah amanah Allah yg tidak ternilai..Allahuakhbar…
      suami sy sntsa ada di sisi sy mberi smgat juga ibu ,ayah dan jga mertua sy mmberi smngt lgi pda sy…alhamdulillah…
      trima ksh puan atas tips yg puan berikn..
      kbtlan sy pon faizah..:)

      • Alhamdulillah..terimakasih kerana sudi membaca tulisan saya.. sungguh apa yang saya tulis adalah dipimpin dengan hidayah Allah.. semoga Puan beroleh manfaat yang besar..Ameen.. semoga Berjaya dunia dan akhirat Puan 🙂

        • Salam puan..sangat beruntung puan d beri kekuatan Allah untuk membuat keputusan terbaik itu..inshaAllah saya pn tengah mengatur kewangan keluarga agar saya pn dpt pencen awal dr sektor kerajaan…niat saya sama dgn puan ingin menjaga anak sndiri dan mengurus keperluan anak dan suami..doakan agar doa dan niat murni saya ini d makbulkan oleh Allah dgn cepat dan mudah..inshaAllah..amin

          • wslm Puan.. saya sama seperti puan.. masih banyak yang kekurangan.. dan kelemahan..keputusan berhenti kerja yang saya buat ni adalah pimpinan dari Allah.. pada peringkat awalnya melaluinya bukan lah sesuatu yang mudah , namum setelah hampir 2 tahun, saya dapat melaluinya, jatuh bangun pasti ada .. namun Allah masih menguatkan hati saya untuk memilih jalan ini.. Alhamdulillah.. Semoga puan di beri kekuatan ..dan seindah sabar..dalam melalui kehidupan akan datang .. salam sayang puan 🙂

  13. Salam..saya sangat respect dengan keputusan awak.. Saya seorang guru kontrak sebelum ini dan sepatutnya telah menjadi guru seperti rakan2 yg lain..tetapi saya gagal temuduga kerana xmembawa dokumen yg lengkap. Ibu mertua selalu memerli saya kerana tidak bekerja dan seakan menyusahkan anak lelakinya. Sedangkan saya tidak pernah pun minta duit kat anaknya untuk membeli keperluan diri. Kalau anak dia bagi pun xbanyak, tu pun untuk beli barang dapur. Saya sangat kecewa dengan sikap keluarga mertua yang sangat merendah2kan saya kerana menjadi suri rumah dan tidak bekerja. Ibu mertua pernah menasihati saya supaya bekerja dan selalu menyatakan perasaan kasihan kepada suami saya. Mungkin dalam fikiran dia saya kikis duit suami sehigga anak dia tak bagi duit banyak kat dia. Keluarga mertua ingatkan gaji suami besar. Saya benci dengan mulut ibu mertua. Sedangkan makan minum tempat tinggal saya semua mak ayah saya yang tanggung. Suami pula suka berlagak kaya di depan keluarganya. Saya selalu makan hati dengan sikap mereka yang suka perli2 hanya kerana saya tidak bekerja. Saya igin bertanya pernah x awak lalui situasi begini? Dan apa yang perlu saya buat agar mereka tahu saya tak kikis duit anak dia. Untuk pengetahuan, saya mempunyai 2 org anak yang saya ingin besarkan dengan tangan saya sendiri. saya hidup dalam kesederhanaan dan saya tidak kisah hidup susah senang dengan suami. Saya bukan seorang yang bergaya sakan dan meminta2 wang dari suami. Sikap mertua membuatkan saya menjauh hati dan tidak suka jika suami ajak balik kampung. Saya sayang suami saya. tapi, saya rase seperti nak pulangkan balik je suami kepada mertua kerana dia fikir saya ni begantung sangat kat suami. Yang penting sekarang ni saya sayang anak2 saya. Memang jadi suri rumah ni selalu dipandang rendah oleh mereka. Benarlah awak cakap nak hidup perlukan pengorbanan. Bekerja pun untuk bantu suami, tidak bekerja pun untuk penjagaan anak yang terbaik. Rasanya semua orang kena ubah mindset mereka terhadap suri rumah. Suri rumah bukan pemalas bahkan banyak kerja2 rumah yang perlu diselesaikan dgn anak2 lagi yg perlu kasih sayang dan didikan. Apa salahnya jika hidup besederhana tapi anak2 dapatkasih sayang yang mencukupi. Bukankah itu yang dituntut dalam islam? Maaf jika komen saya agak emosional. Saya hanya mahu kongsikan realiti kehidupan suri rumah yang selalu dipandang rendah. Namun, saya sangat bahagia melihat senyuman anak2 setiap hari. Benar2 beri kepuasan kepada saua.

  14. Saya seorang ibu yg bekerjaya,yg mana gaji saya melebihi suami,kerjaya sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta di johor.Sy baru melahirkan anak kedua,dan dalam dilema untuk berhenti kerja.Sy sedar kalau sy berhenti kerja,sy akan bergantung segalanya pd suami,sejujurnya sy ingin selalu dekat bersama keluarga,kerana kerjaya sy menuntut sy untuk sentiasa memberi komitmen walaupun pd hari raya aidilfitri,pada tahun ini adalah raya yg menyedihkan.Kerana kerjaya saya,sy x dpt berkumpul bersama keluarga,x dpt berjumpa saudara mara,suami dan anak yg pertama hanya pergi ke rumah mak sy shja,ttp sy sdg bkerja.Yg paling menyedihkan,sy hanya bksmptan untuk jumpa mak dan ayah sy sendiri pada hari raya ke tiga,sekarang apabila sy melahirkan anak yg kedua,sy tertanya2 apakah sy mampu menjaga keluarga dan anak2 dgn kesibukan kerjaya saya? Sy tak mampu untuk beri jawapan itu,suami sy walau gaji nya jauh lebih kecil,tp dia suami yg baik,suami yg memahami,suami yg sanggup basuh pinggan, baju,menyidai di luar tanpa rasa malu,mengemas rumah,malah turut bangun bersama menguruskan si kecil yg mana masih dlm pantang,anak yg pertama sy berumur 5 tahun,cukup memahami sy,bijak,selepas baca blog ni sy tau,sy perlu kuatkan fizikal dan mental dari semua tanggapan org terhadap keputusan sy,kesian anak yg tak cukup masa bersama ibunya,yg nak bermanja dgn ibu,yg nak diminta layan kerenah mereka walau kecil,semoga sy kuat untuk buat keputusan yg terbaik demi keluarga,terima kasih atas perkongsian blog ini.

    • Insyaallah Puan.. Puan sebenarnya seorang yang sangat hebat dan kuat dari sudut emosi dan fzikal, boleh di katakan Puan adalah orang yang hebat, diri puan di penuhi dengan anugerah kehebatan dari Allah.. bukan mudah melalui apa yg Puan lalui.. Doa saya agar setiap keputusan Puan lakukan di iringi dengan panduan Allah.. Puan yang di rahmati Allah, semoga Puan menjadi ibu yang hebat ameen.. Terimakasih kerana sudi membaca tulisan saya .. saya doakan Puan dimurahkan rezeki kelapangan masa untuk bersama keluarga ..Aamiin

  15. Salam.. sejak akhir2 ni keinginan untuk saya berhenti kerja makin kuat.. di tambah lagi prestasi kerja saya makin merundum,, mungkin disebabkan saya dibebankan kerja yang tak sepatutnya.. anak remaja saya pula menjadi seorang pelajar yang bermasalah di sekolah… semua2 tu terjadi serentak.. tetapi masalah saya pula, suami tak ada pendapatan tetap.. itu la masalah utama.. bila saya bincang dengan suami dia berat hati untuk bersetuju.. stress nye…

    • wslm Puan..
      Puan, terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Puan kerana menjadi insan yang di pilih Allah untuk menerima sedikit sentuhan kasih sayang Allah, mendapat sentuhan dan perhatian Allah adalah perkara yang di cita citakan oleh orang mukmin, sekalipun pahit di awalnya tetapi jika kesabaran dan pergantungan yang kuat pada Allah, insyaallah puan bakal menjadi hamba yang di cintai Allah..perkara ini boleh dilihat melalui kisah para nabi Ulul Azmi, yang mana nabi yang terpilih mendapat gelaran Ulul Azmi adalah nabi yang paling banyak mendapat ujian dan cabaran dari Allah sehingga akhirnya mereka mendapat anugerah Ulul Azmi kerana kesabaran dan kekuatan mereka serta aqidah mereka yang semakin mantap selepas di uji.

      Puan
      Apa yang puan hadapi mungkin lebih berat, dan saya hanya mampu mendengar sahaja, percayalah puan samaada kita memilih menjadi suri rumah atau menjadi wanita berkerjaya semua itu adalah ketetapan dan tulisan dri Allah, di sisi Puan ada sesuatu yang indah tersembunyi ada kekuatan yang terselit di sebalik lemahnya Puan. Puan, saya cuma mampu cadangkan sekiranya Puan masih berkerja, Puan kuatlah dan bersemangatlah masuk ke tempat kerja,kembalikan prestasi puan dari biasa ke tahap cemerlang, kerana di situ datangnya baraqah, rahmat dan terbukanya pintu rezeki lain. Jika Puan berterusan untuk memilih prestasi yang semakin merudum, saya bimbang hilangnya baraqah, hilangnya rahmatAllah dan sukarnya rezeki menziarahi kita, dan paling di takuti adalah jalan penyelesaian terhadap masaalah menjadi semakin sukar.

      Saya tidak menafikan hati menjadi runtuh apabila berdepan dengan masaalh anak, tetapi untuk ketika ini saya jangkakan suami masih memerlukan puan untuk membantunya dari sudut keewangan, takpe ..jangan putus asa..mungkin masanya belum sampai dan belum sesuai untuk puan berhenti kerja.. Puan teruskan berkerja, di samping terus mengharap dengan meminta kepada Allah, minta di beri jalan penyelesaian terbaik pada masaalah puan, dan jgn lupa apabila masuknya waktu solat, puan jangan berlengah untuk terus solat, solat di awal waktu membantu kita lebih tenang dan jalan kepada setiap masaalah seolah olah terbuka luas, kerapkan mengucap istighfar, jadikan 3okali istighfar setiap kali selesai solat, dan jika berpeluang untuk solat dhuha, jangan lepaskan peluang untuk dhuha…insyaallah saya yakin selepas ni puan akan lebih nampak penyelesaian kepada hajat Puan..

      SALING BERKONGSI

      Puan Faezah…
      http://www.rehatdanrawat.com

      • Alhamdulillah.. saya dipertemukan dengan entry puan.. ye.. mmg betul kata puan.. mungkin belum masanya untuk saya berhenti kerja.. mungkin suami masih memerlukan sumbangan saya dlm membantu beliau.. insha allah.. saya akan cuba untuk memperbaiki diri.. lebih dekatkan diri dgn Allah.. terima kasih kembali..

        • alhamdulilah .. saya lega bila puan kembali ceria.. insyaallah Puan.. setiap pengorbanan puan Allah akan hisab sebagai amal kebajikan di akhirat kelak, insyaallah kehidupan puan pasti akan kembali ceria selepas ni, anak puan saham pahala puan dan suami.. saya doakan puan 🙂

  16. Alhamdulillah sy telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja,dan menjadi suri rumah sepenuh masa.
    Sejujurnya suami tidak menghalang sy untuk terus bekerja,tetapi sy seronok di rumah.Menjaga beby dan si kakak,si kakak yg berumur 5 tahun,sy lihat dia perlukan perhatian yg lebih kerana semakin membesar,ada sahaja cerita selepas pulang dari tadika.Manakala si beby,sy tak pernah ada pengalaman menjaga beby,sebelum ini pengasuh yg sy upah ketika berpantang yg banyaj membantu,tetapi sekarang semua sy lakukan sendiri.Sy gembira dan bahagia melihat anak-ii membesar di depan mata sendiri walau baru 2 bulan,sebelum ini tak banyak masaa untuk si kakak,balik dari kerja dia dah kepenatan dan adakalany dah tertidur,suami pun kebiasaannya dah mkn di luar sebelum balik,tp sekarang sarapan ,makan tengahari,makan malam sy sediakan sendiri,walau kalam kabut sedikit tapi tetap seronok,sy pasti setiap wanita ada sebab kenapa mesti bekerja,dan mengapa patut berhenti kerja,bersyukurlah seadanya,walau sedikit pasti berkat dan sentiasa ada insyallah .

  17. Assalamualaikum.
    Saya sgt teruja membaca entry puan. Kerana baru2 ni saya mula terfikir utk berhenti kerja atas sebab untuk menjaga sendiri anak2 saya seramai 4 org. Yg kecil baru berumur setahun.
    Saya dari golongan profesional di sektor awam dan sudah 9 tahun bekerja. Suami sgt menyokong hasrat saya dan sentiasa memberi kata2 semangat. Insya allah gaji suami juga cukup utk menampung perbelanjaan keluarga.
    Cuma menjadi masalah ibu saya sendiri yg melarang atas alasan rugi saya belajar tinggi2 dan akan menyusahkan suami saya. Sedangkan suami saya sanggup dan amat gembira sekiranya saya menjadi surirumah.
    Kawan2 di tempat kerja juga berasa saya patut mengambil cuti tanpa gaji dahulu untuk pastikan saya tidak bosan di rumah kerana sudah biasa bekerja. Tetapi saya terpaksa menunggu berbulan2 sebelum dpt mengambil cuti tanpa gaji.
    Kata hati saya kuat menyatakan saya sudah bersedia utk menjadi surirumah. Solat istikharah pun sudah saya buat.
    Apa pandangan puan? Harap dpt membantu saya yg di dalam dilema ini.
    Terima kasih…

    • Wslm
      Puan Dynur..
      Puan tentunya seorang yang hebat berpendidikan tinggi, sudah tentu ramai rakan rakan Puan sayang akan Puan, dan tentunya ramai akan rasa kehilangan Puan bila Puan nekad berhenti 🙂 Puan juga saya yakin menjadi seorang menjadi kebanggan keluarga :-). Saya dulu seperti Puan, dan sampai sekarang masih lagi ada offer kerja yang datang kepada saya, kebanyakkan rindu untuk melihat saya bertugas sebagai guru, dan tak kurang yang meyuruh saya berkecimpung dalam bidang guaman. Saya kira puan sudah pun melakukan yang sepatutnya, bertanya kepada suami, solat istikharah dan ada kata hati yang kuat 🙂 apa yang saya boleh cadangkan kepada puan teruskan dengan solat hajat, mohon kepada Allah agar kecenderunagn hati kita untuk membuat apa sahaja keputusan adalah keputusan petunjuk Allah, apabila kita telah solat hajat,berbincang dan nekad dengan satu keputusan makan YAKINLAH itu adalah pilihan dari ALLAH, dan diilhamkan kepada kita, YAKINLAH setiap keputusan yang kita iringi dengan minta kepada ALLAH seterusnya kita BERTAWAKAL maka itu adalah keputusan yang baik, dan ALLAH pasti tidak akan mensia siakan kita juga tidak membiarkan kita dalam berhadapan dengan segala cabaran di hadapan nanti 🙂 berkenaan dengan ibu Puan insyaallah jika Puan dan suami sudah bersetuju saya pasti ibu Puan pasti akan menerima.

      Puan Dynur saya ucapkan semoga ALLAH mempermudahkan urusan Puan dan suami, saya doakan setiap keputusan puan lakukan, insyaallah Allah akan memandu Puan dalam membuat keputusan. Sayang Puan kerana Allah, jaga diri ya..dan terimakasih kerana sudi membaca tulisan saya 🙂

  18. Tahniah….Puan…sy juga ingin berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa….15 thn menjadi guru dgn bebanan kerja yg semakin bertambah menyebabkan hidup semakin stress…namun perkiraan saya mungkin salah sbb saya baru buat loan rmh…nak berhenti kena fikir panjang…mcm mana nak bayar rmh..suami ada loan rmhnya sendiri…sy juga mengirim duit belanja ibu yang sudah kematian suami….memikirkan hal ini… hasrat itu terpaksa saya pendamkan…walau pun hati sudah tak tenang utk bekerja….thn depan dua org anak akan menghadapi peperiksaan besar…saya kalau blh nak bagi sepenuh perhatian untuk anak2…namun apakan daya…masih blm sampai waktunya…

  19. Assalamualaikum…sy sedang berkira2 utk meletak jwtn dlm waktu terdekat ini. Sy merupakan seorang akauntan di sebuah syarikat swasta yg mana tugas sy memerlukan sy bekerja lbh kurang 9 ke 12 jam sehari lebih2 lagi waktu penutupan akaun. Mempunyai 4 org anak yg masih kecil n memerlukan lebih perhatian. Adakala blk smpi rumah anak sudah terlena..esok harinye hanta ke rumah pengasuh belum dikira kena bgn waktu seawal 4 ke 5 pagi utk menyiapkan tugasan. Sabtu ahad juga kdg perlu bekerja drpd rumah. Anak2 mmg sy serahkan sepenuhnya kepada suami uruskan sekiranya terpaksa pulang lewat. Sayu melihat anak menunggu kepulangan sy tiap hari ..kdg menahan mata semata2 ingin berjumpa dengan mama. Yg sulung kerja sekolah mmg x mampu sy melihatnya n hasilnya keputusan makin merundum. Ini menguatkan lagi hati sy berenti kerja n menjaga kebajikan anak n suami. Pada mulanya sy masih kurang keyakinan utk mengambil keputusan ini..namun terima kasih slps membaca artikel ini sy benar2 yakin dengan keputusan sy. Mmg benar anak akan membesar dgn cepat. Sy akan kehilangan saat2 manis ketika mereka masih kecik jika sy berterusan begini. Mmg sy akui slps ini sy hanya bergantung kepada suami..insyallah jika yakin kepada Allah…kita tidak akan sentiasa befikiran sempit. Bumi Allah luas rezeki ada di mana2..doakan sy ye…

  20. Salam..

    Terima kasih puan dgn perkongsian ni sedikit sebanyak memberikan kekuatan dan inspirasi kepada isteri/ibu yang bekerja..sy pon mengalami masalah dengan penjagaan anak..rumah dan office jauh..perjalanan yang meletihkan..dgn jem..tkejar2 ambil anak..smpai rumah dah malam..sy naik public transport saja..setiap pagi naik bas turun ambil tren pula..ptg juga begitu, naik tren, then tukar bas pula..kesian ank sy..walau br sorg..tp sy rasa kejam sbb abaikan dia..pulak tu, letak rumah pengasuh, anak sy mengalami mslh kulit yg teruk..doctor kata anak sy alah pd hama..tp selama sy jaga dr lahir tkde mslh mcm tu..kulit dia sy jaga betul2..lepas pindah dan hntr pd pengasuh sebelh rumah, hari pertama terus teruk kulit ank sy…ibu bapa sy dan mertua marah jugak sbb kulit ank sy teruk..sampai hr ni semakin teruk..pantang kena gigit nyamok,terus mcm berkudis..sekrg ank sy terpaksa sy hantar di nursery area rumah mak sy..sbb ank2 buah sy dulu duduk nursery tu ok..hujung minggu saja sy dpt blk rumah..mkn minum suami pon mcm tk terjaga..rumah pon tk terjaga..sy sedih dgn keadaan ni..sy ksian ank sy..suami sy..hmm..niat hati mmg sy nk bhenti jd suri rumah spenuh masa..suami dh izinkan..tp sy cuma risau dgn keadaan kos sara hidup sekarang..
    tp bila fikir rezki tu datangnya dr ALLAH hati sy kuat utk nekad bhenti kerja…
    sy tk tau apa pandangn ibu bapa dan mertua sy..yg sy tau suami dh izinkan..demi anak..demi rumah tangga…kawan2 tlg doakn sy..tlg beri sy kekuatan dan keyakinan..

    • Masyaallah.. masyaallah.. Allah beri kekuatan pada Puan samapai ke tahap begitu sekali.. Puan yang di rahmati ..saya percaya puan melaluinya dengan penuh kesabaran dan kekuatan yang Allah anugerahkan, saya pernah melalui turun naik..bas.. ye saya akui ..letihnya tak terkata, belum lagi berdepan dengan ibu bapa dan mertua.. Puan.. saya tak bermaksud mempengaruhi keputusan puan, tetapi saya berpandangan , jika keadaan berlanjutan dan berpotensi menjadi lebih teruk, dan pUan pula melihat , dengan berhenti kerja puan merasa lebih tenang, ada penumpuan , yakin akan rezeki Allah.. dan keputusan ini puan buat dengan bersujud pada Allah..maka teruskanla niat murni puan.. Puan jgnlah risau atau rasa terbeban selepas membuat keputusan berhenti kerja.. apa sahaja keputusan kita samaada terus berkerja dan berhenti kerja, Allah pasti akan menguji kita.. dan ujian tersebut perlu kita hadapi dengan keimanaan..

      TIPS saya jika puan mahu berhenti kerja :

      1. lakukan perbincangan tulus dri hati antara suami dan isteri
      2. Sujud dan minta pada Allah..supaya keputusan yang di lakukan di iringi dengan bantuan dan rahmat dari Allah
      3. jika sudah nekad berhenti kerja, elakkan bergaduh dengan suami jika ada sedikit kekurangan dalam perbelnjaan
      4. banyakkan bersyukur..Allah pasti akan menambah nikmat dan mencukupkan keperluan kita
      5. Mohon la pada Allah agar niat kita fokus pada keluarga ini menjadi satu ibadah, bila kita niat macam tu..hati lapang dan kita akn rasa tak jemu nak buat atau rasa putus asa.. insyallah..sebab apa..sebb kita bertugas menjadi surirumah kita niatkan ibadah..maka pahala kita akn perolehi..

      Semoga Allah mudahkan urusan Puan ya ..
      salam sayang
      ummu fatihah

  21. Untuk pengetahuan, lupa sy nak bgtau suami sy bekerja shift..kadang2 hari cuti perlu kerja..kalau dia cuti sy rasa tenang je sbb dia jaga ank..tk perlu hantar pd pengasuh..

  22. Salam.. Saya rasa terpanggil utk beri komen sbb sy br shj menerima tawaran pekerjaan pensyarah yg diterima di salah sebuah universiti swasta. Saya suka jadi surirumah dan setakat ni blm prnah lg rasa terbeban secara kewangan. Tp sy pun x tahu kenapa sy apply position tu. Brgkali persepsi org luar.

    Saya dah 3 tahun jadi surirumah sejak kelahiran anak saya. Dan saya juga adalah graduan arkitek yg mmpunyai byk lagi hutang PTPTN utk dibayar.

    Suami saya tak pernah bermasalah dlm hal kewangan, alhamdulillah. Nk kata mewah tu tidaklah. Tp syukur semuanya cukup.

    Tapi persoalannya, adakah sy terlalu berpuas hati dengan kehidupan skrg? Perlukah sy mencari cabaran di luar utk jadi manusia yg lebih baik & memanfaatkan org lain? Perlukah saya berkorban utk bekerja demi masa depan anak saya?

    • assalamualaikum Puan nazura
      apa khabar..
      semoga Puan sentiasa dalam keadaan yang baik.. insyaallah..
      Alhamdulillah puan berjaya mendapat tawaran menjadi pensyarah..bidang pekerjaan yang hebat dan mejadi idaman setiap orang
      Puan.. selain menjadi suri rumah..di luar sana juga banyak bidang pekerjaan yang memerlukan wanita .. pada pandangan saya, sekiranya keputusan puan untuk bekerja mendapat sokongan dari keluarga terutama suami puan, anak anak, dan keluarga kedua belah pihak, anak anak juga berada di tempat yang selamat bila puan meninggalkan mereka ketika bekerja.. apa salahnya puan mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan puan 🙂 sesuatu yang menarik untuk di cuba, malahan ia mungkin akan membuahkan hasil yang baik untuk puan sekeluarga .. selamat berjaya puan 🙂

  23. assalamualaikum puan
    membaca tulisan puan membuatkan air mata saya bergenang.
    saya pun seorang guru dan cabaran menjadi guru dewasa ini amat kuat.ibu bapa dan anak2 didik sudah tidak menghormati guru seperti zaman dulu2.dan guru dibebankan dnegan kerja2 lain yg terbeban yang bukan asasnya menyampaikan ilmu dan mengajar…setiap hari saya rasa ingin berhenti kerja.rasa amat terbeban.saya ingatkan saya seorang je merasa begini tapi apabila membaca komen-komen di atas saya rasa lebih kuat….saya mempunyai dua org anak dan anak sulong saya menghidap penyakit thalasemia….apabila anak ke hospital dan masuk darah…atau warded disebabkan sakitnya jiwa saya meronta ronta untuk berhenti kerja.namun suami suruh bertahan dan lawan sedaya mungkin.dengan situasi skrg ,,,ekonomi skrg dan hutang2 yang ditanggng suami mengharapkan sya terus bekerja…….saya rasa saya telah mengabaikan peranan sebagai isteri dan ibu apabila bekerja….anak2 saya tidak terurus…dan lebih menyedihkan anak saya sakit……suami pun bukanlah kerja yang hebat…maka susah untuk berhenti……saya pernah memberitahu dia saya ingin jadi org biasa2…hidup sederhana sahaja….jiran2 saya di sekeliling kebnyaknnya suri rumah…hidup mereka nmpk tenang..anak2 terurus dan anak2 mereka lebih bagus dr segi akademik berbanding anak cikgu yg sibuk ini…..saya cemburu dengan mereka…namun rakan rakan di sekolah selalu menasihatkan bahawa kerja guru ini mulia dan kerja ini ibadah……..namun saya masih dalam dilema ………saya kagum dengan keputusan puan yang tekad.sedangkan anak saya mempunyai penyakit yang bo membawa kepada kematiaan……

  24. Sy juga berniat mahu brhenti kerja..x sanggup lg rsany melihat ank2 terabai.sy juga seorang guru.hampir 11 thn sy brkhidmat.sy mmpunyai mslah yg sm sperti mn2 puan di ats yg juga seorg guru, yg x lg mndpt kpuasan dlm mngajar.skop bidang tugas guru sudah jauh trsasar dr tjuan sbnr.dgn keadaan suami yg trpksa berulang alik dgn jarakyg jauh setiap hr,sy pula smp skrg x brjaya mmohon tukar mnyebabkn keinginan sy makin kuat utk mnjd SR..trima kasih puan ummi fatihah ats perkongsian ini.smga kta semua sm2 dlm redha Allah..

  25. Entry ini sangat bagus…pendapat saya plak semuanya bergantung pada pendapatan suami …sy sudah beberapa kali berhenti kerja….saya jenis sayangkan anak2 pekerjaan no 2 ….kena settlekan hutang keperluan seperti rumah dan kereta….tapi jika calculation suami tidak berapa baik…berhenti kerja menambahkan stress pada diri sendiri dan anak2… skrg anak saya sudah 13 tahun , 10 tahun dan 5 tahun…saat genting anak2 saya sakit dan memerlukan penjagaan hospital saya sanggup berhenti kerja…selama 1tahun …apabila ok semula saya akan meminta bekerja semula….tips sy berhenti ketika bermasallah spt penyakit.dan etc..dan apabila ok bekerja semula…insyaallah saya percaya rezeki ada dimana-mana…Planning saya mnjual aset sediaada tiada bebanan hutang bulanan..insyaallah masa yang sesuai sy akan berhenti keja…

  26. mcm mana pulak kalau kes mcm ni..si suami dpt offer naik M41..kena join latihan kadet setahun..sebelum ni cuma kerani N17 jer..si isteri sebelum ni dah gred M48…skrg ni dah selesa duk satu kawasan.ofis suami ngan isteri pun xjauh..si suami ni nak accept/reject offer keje M41 ni..?? kalau accept xsure penempatan kat mana..kalau x terima kata nnt tak sekufu…orang asyik kata si suami ni duk menumpang jawatan n gaji si isteri…anak2 kecik lagi..2 tahun n 3 bulan..hurmm

  27. 🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
    Isteri Diperintahkan Untuk Tinggal Di Rumah Dan Mengurus Rumah Tangga Dengan Baik

    HAK SUAMI YANG HARUS DIPENUHI ISTERI

    Oleh
    Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas

    🍁Isteri Diperintahkan Untuk Tinggal Di Rumah Dan Mengurus Rumah Tangga Dengan Baik.
    Perbuatan ihsan (baik) seorang suami harus dibalas pula dengan perbuatan yang serupa atau yang lebih baik. Isteri harus berkhidmat kepada suaminya dan menunaikan amanah mengurus anak-anaknya menurut syari’at Islam yang mulia. Allah ‘Azza wa Jalla telah mewajibkan kepada diri wanita untuk mengurus suaminya, mengurus rumah tangganya dan mengurus anak-anaknya.

    Menurut ajaran Islam yang mulia, isteri tidak dituntut atau tidak berkewajiban ikut keluar rumah mencari nafkah, akan tetapi ia diperintahkan tinggal di rumah untuk menunaikan kewajipan-kewajipan yang telah dibebankan kepadanya.

    Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

    وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ ۖ وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

    “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang Jahiliyyah dahulu, dan laksanakanlah shalat, tunaikanlah zakat, taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” [Al-Ahzaab : 33]

    Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

    اَلْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا خَرَجَتْ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ.

    “Wanita adalah aurat. Apabila ia keluar, syaitan akan menghiasinya pada pandangan laki-laki.” [1]

    Isu modenisasi yang digembar-gemburkan telah menjadikan sebahagian besar kaum wanita terpengaruh untuk keluar rumah dan melalaikan kewajipan yang paling utama sebagai seorang isteri dan ibu rumah tangga. Bahkan, mereka berani mengatakan tidak cukupnya gaji atau penghasilan yang diperoleh suaminya, meskipun dia telah memiliki rumah atau kenderaan atau harta lainnya. Hal ini menjadi sebab timbulnya huru hara di dalam rumahtangga.

    Ramai anak yang terbiar atau hubungan suami isteri menjadi tidak harmonis karena isteri lebih sibuk dengan urusan pejabatnya, bisnes, dagang, dan sebab-sebab lain yang sangat banyak.

    Dalam Islam, yang wajib memberikan nafkah adalah suami. Dan suami diperintahkan untuk keluar rumah mencari nafkah. Wanita tidak diperbolehkan keluar rumah kecuali dengan izin suami.

    Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullaah berkata, “Tidak boleh baginya untuk keluar dari rumahnya kecuali mendapat izin dari suami. Seandainya ia keluar tanpa izin dari suaminya, maka ia telah berlaku durhaka dan bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan wanita tersebut berhak mendapatkan hukuman.” [2]

    Allah Ta’ala memberikan rezeki kepada seluruh makhluk-Nya. Isteri dan anak dikurniakan rezeki oleh Allah dengan perantaraan suami dan orang tua. Karena itu, seorang isteri harus bersyukur dengan nafkah yang diberikan suaminya. Sekecil apa pun wajib disyukuri dan harus merasa cukup (qana’ah) dengan apa yang telah diberikan.

    Sedangkan bagi orang yang tidak bersyukur, maka Allah ‘Azza wa Jalla justru akan membuatkan dirinya seakan-akan serba kekurangan dan tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada.

    Allah ‘Azza wa Jalla akan mencukupkan rezeki seseorang sekiranya ia bersyukur dengan apa yang ia peroleh dan ia usahakan. Serta merasa puas (qana’ah) dengan apa yang dikurniakan kepadanya.

    Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

    مَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللهُ وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللهُ.

    “ Barangsiapa yang menjaga kehormatan dirinya, maka Allah akan jaga dirinya dan barangsiapa yang merasa cukup, maka Allah akan memberikan kecukupan kepada dirinya.” [3]

    Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam memuji orang-orang yang qana’ah (merasa puas) dengan apa yang Allah Ta’ala kurniakan,
    beliau bersabda:

    قَدْ أَفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ وَرُزِقَ كَفَافًا، وَقَنَّعَهُ اللهُ بِمَا آتَاهُ.

    “Sungguh beruntung orang yang masuk Islam, rezekinya cukup, dan Allah memberikan kepuasan terhadap apa yang telah dikurniakannya.” [4]

    Kesan Negatif Akibat Wanita Bekerja Di Luar Rumah:

    1. Bahaya bagi wanita itu, yaitu akan hilangnya sifat dan karakteristik kewanitaannya, menjadi asing dengan tugas rumah tangga dan kurangnya perhatian terhadap anaknya.

    2. Bahaya bagi diri suami, yaitu suami akan kehilangan curahan kelembutan, keramahan, dan kegembiraan. Justru yang didapati adalah keluhan-keluhan berkaitan kerja, kepenatan dan stress. Bahkan, ramai suami kehilangan kepemimpinannya lantaran gaji isteri lebih besar. Wallaahul Musta’aan.

    3. Bahaya bagi anak, yaitu hilangnya kelembutan, kasih sayang dan sentuhan dari seorang ibu. Semua itu tidak dapat digantikan oleh seorang pembantu atau pun seorang guru. Justru yang didapati anak adalah seorang ibu yang pulang dalam keadaan letih dan tidak sempat lagi memerhatikan pendidikan anak-anaknya.

    4. Bahaya bagi kaum laki-laki secara umum, yaitu apabila semua wanita keluar dari rumahnya untuk bekerja, maka secara otomatik mereka telah merampas peluang pekerjaan bagi lelaki lain yg memang di wajibkan oleh Allah mencari nafkah keluarga.

    5. Bahaya bagi pekerjaan tersebut, bukti menunjukkan bahawa wanita lebih banyak memiliki halangan dan sering cuti karena banyaknya sisi-sisi alami (fitrah)nya yang berpengaruh terhadap situasii kerja, seperti haidh, melahirkan anak, nifas, mengurus anak yang demam dan lainnya.

    6. Bahaya bagi perkembangan moral, yaitu hilangnya kemuliaan akhlak, kebaikan moral serta hilangnya rasa malu dari seorang wanita. Juga hilangnya kemuliaan akhlak dan semangat kerja dari kaum suami kerana sudah biasa di bantu dengan kewangan isteri yg berkerja.
    Anak-anak pun menjadi jauh dari pendidikan yang benar semenjak kecil.

    7. Bahaya bagi masyarakat, yaitu bahawa fenomena ini telah mengeluarkan manusia dari fitrahnya dan telah menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya. Sehingga mengakibatkan tersasarnya norma kehidupan.

    [Disalin dari buku Bingkisan Istimewa Menuju Keluarga Sakinah, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka At-Taqwa Bogor – Jawa Barat, Cet Ke II Dzul Qa’dah 1427H/Desember 2006]
    _______

  28. Sedih bc kisah rasyawahab. Mmg menjadi guru itu mulia. Ttp menjadi guru kpd anak sendiri lbh berganda mulianya malah itulah yg dituntut syarak wp tiada gaji lumayan. Insyaallah pahala nya spt pahala syahid

  29. Assalamualaikum…seronok bnyk entry ni..bnyk penglaman & kate2 motivasi.sy pun br sj menjadi surirumah ats saranan suami tcinta..skadar bkongsi..kmi tlh lme berumhtangga namun episod rezeki anak belum smpi lg..☺..its ok.bcdg smbg blaja menambah ilmu di samping mlaksnakan tugas sbg isteri..mg ade rezeki lbh utk kluarga kmi..doakn ye😉

Comments are closed.