Mengenai Saya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

11162469_777998908981037_595968631750376169_n

 

Nama saya Faizah. Saya adalah seorang surirumah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan produk kesihatan Shaklee secara atas talian (online). Kali pertama berblogging dengan harapan dapat berkongsi pendapat dan pengalaman, serta menambah kenalan dalam apa jua bidang.

Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Saya mempunyai keazaman untuk mengasuh dan mendidik anak sendiri. Saya juga mempunyai banyak cita-cita dan impian yang masih belum tercapai. Antaranya menunaikan Fardhu Haji, bertemu Ulama besar kita Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, dan banyak lagi. Blog ini diharapkan dapat menjadi titik permulaan untuk catatan perjalanan saya dalam menggapai impian yang masih belum terlaksana.

Jika anda mempunyai minat yang sama dengan saya dalam bidang kesihatan, bisnes, dan pembangunan diri, sudi-sudi menghubungi saya di ruangan komen. Terima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *