Sakitnya Telinga Bernanah

Assalamualaikum

Sebulan saya bercuti menulis, bukan malas atau tiada idea tetapi saya berdepan dengan masaalah jangkitan di telinga, sakitnya Allah sahaja yang tahu. Alhamdulillah hari ini 30 Jun 2015 dengan izin Allah, saya di beri semula nikmat kesihatan.

BAGAIMANA IA BERMULA:

Saya mula merasa sakit pada awal bulan, saya perasan ada lendiran yang agak berbau di telinga, saya bersihkan dengan cotton bud, namun lendiran tersebut tidak berhenti mengalir sehingga saya mula rasa telinga saya berdengung. Saya kemudiannya tidak dapat mendengar dengan jelas, hanya bergantung dengan telinga sebelah kanan sahaja. Tak lama lepas tu telinga saya mula berdenyut, bila saya cuba bersihkan nanah dan kulat berwarna hitam keluar, tak tahan saya di buatnya terus ajak suami ke klinik mutiara, klinik Dr.Roha. Malangnya Dr Roha tak bertugas malam tu, dr yang merawat saya pun saya tak berapa kenal.

Telinga saya didapati ada luka, dan ada infection, dr bagi saya antibiotik dan ubat tahan sakit, lega la sikit tapi tetap tak membantu, makin sakit sampai saya tak boleh nak susukan anak, saya kemudian terus buat sedikit kajian, search di google dapatkan maklumat pasal sakit telinga, hasilnya saya jumpa di laman web Kementerian Kesihatan www.myhealth.gov.my/index.php/telinga-berair . Aduh seramnya saya tengok gambar gambar bawah ni, seram bercampur geli.

P14T3_Fungal_Infection

Gambar menunjukkan “otitis externa” akut dengan jangkitan kulat

P14T3_Otitis_Media

Gambar menunjukkan “otitis media” kronik

 

P14T3_Tomour

Gambar menunjukkan tumor pada saluran telinga

Ketakutan saya makin memuncak lebih lebih lagi tengok gambar dan tahu pula boleh memberi kesan pada otak, dengan menahan sakit, dengan nak buat kerja rumah, nak melayan order masuk dan melayan anak nak menyusu, sakit sampai saya rasa tak mampu nak bercakap. Ubat yang saya dapat dah habis, saya kena pergi lagi ke klinik, kali ni dengan Dr Awang, saya masih tak dapat jumpa dengan Dr.Roha huhuhu sedih saya. Dr Awang cek ” dah teruk ni, ada nanah, awak jangan guna cutton bud, ada kulat dalam telinga, saya bagi ubat antibiotik yang kuat sikit dengan ubat titik, kalau masih tak ok datang segera ke klinik. Ok lega sikit, maybe penangan ubat titik dan antibiotik yang kuat, saya dari tak suka makan ubat , jadi manusia paling berdisplin di dunia, ambil ubat ikut masa, sakit punya pasal, dalam masa yang sama saya telan juga Vit c dan Vita lea. Lega la sikit, tapi 3 hari lepas tu sakit balik, kali ni lebih teruk ubat titik tak jalan, saya memang menangis depan suami, sakitnya sampai saya rasa nak gigit lengan suami kuat kuat.

Petang Khamis bersamaan 25 Jun saya pergi balik ke klinik, akhirnya dapat jumpa Dr.Roha, terkejut dr Roha tengok, ” nanah dah penuh faizah, i kena sedut nanah ni, kalau tak u akan lagi sakit” kelam kabut sekejap klinik, penangan saya sakit telinga, rasa macam duduk dalam ICU, kalut semua pembantu dan nurse dalam tu.  Saya standby je sakit ke tak sakit redah je , suami saya sedikit cuak, tengok Dr.Roha kelam kabut, ” Ummi kena kuat tau, abang kena bawa anak keluar” kali ni suami tak dapat temankan saya , sebab Dr.Roha suruh keluar. Ok ready ye faizah.. u tahan sikit tau maybe akan sakit sikit, zrrrrrrr..zrrrrr ..zrrrrr nanah disedut dari telinga saya, buntang mata tengok, Ya Allah kuning , hijau dan hitam, hitam tu kulat..eiii. geli plak nengoknya ” u ok tak”  Dr Roha tanya ” ok doc, ada sedikit lega, ” ok i nak sedut lagi ni u ready ye ” zrrr zrrr zrrr.. perggh lagi banyak keluar.. Doc Roha tgk ” emm patutla awak sakit, banyak betul ” ok last kali ketiga , maybe saya akan sedut dekat sikit dengan telinga ” saya anguk jela.. tak kisah la doc, asalkan sihat jawab saya.. ” Ok ready ye faizah ” zrrrr zrrrrrt zrrrrt ..zup.. ouch sakit saya cakap, sedutan terakhir rasa nak tercabut seluruh sendi otot saya. ” Ok sorry sory kata doc Roha, are u ok ” ” ok doc .sakit tapi rasa lega.. ” emm saya kena stop dulu ni..ada sikit lagi.. tapi takpe i bagi antibiotik, maybe boleh keringkan nanah tu, nanah tu ada sikit lagi tapi terlalu dekat dengan gegendang u , i takut u sakit sangat nanti, tu yang i stop ” fuuuuh memang sakit pun, tapi air mata juang tak gugur lagi. Doktor Roha ambil kapas dan bersihkan sikit, saya di nasihatkan agar tidak membersihakn telinga dengan cutton bud untuk sementara waktu, masa mandi pun kena elak air masuk telinga,

” Ok, mujur u datang awal, bimbang jangkitan tu naik ke otak tu yang bahaya, sebelum ni u ada selsema ke, atau air masuk dalam telinga ” tanya Dr Roha ramah. Ada Dr dan saya ada selsema agak teruk sikit sebelum ni, ” emm maybe tu salah satu punca infection, tapi tak pe i bagi u ubat ni, pastikan ambil ikut jadual, dan minggu depan u kena datang jumpa i lagi, i nak cek gegendang telinga u, takut pecah atau berlubang, hopefully tak la, tapi kalau ada juga i kena refer hospital ” waaaa berdebarnya saya, akhirnya lega juga telinga saya.. hari ni 30 Jun sakit telinga semakin lega, tapi ubat belum habis lagi, harapnya sakit ni tak berulang lagi, hari khamis ni nak kena cek lagi, mudah mudahan tak de apa apa yang buruk berlaku.

NOTA KAKI :

Kalau telinga masuk air elakkan kita guna petua, masukkan air kedalam telinga untuk memudahkan air yang masuk ke telinga tu keluar dengan mudah

Berhati -hati dengan sakit telinga, kalau ada nanah refer hospital atau klinik berdekatan.

SAYANGI TELINGA ANDA.

10 thoughts on “Sakitnya Telinga Bernanah

  1. Telinga saya sakit,bengkaka dan bernanah , pergi klinik swasta dia bagi ubat titk dan antibiotik dan tahan sakit , telinga tetap sakit ni pergi klinik kerajaan dia bagi bnde same , ape yg ptut sye buat

    • Puan syuhadah, saya pergi klinik byk kali, last sekali jumpa dr roha, dia tgk telinga saya dah penuh nanah, ubat dah tak mampu membantu, dokc sedut nanah, cuba puan crik klinik lain, tnya booleh sedut nanah di telinga ke tak..takut ada nanah dan kulat

  2. Assalamualaikum….Keadaan puan bagai mana sekarang. Anak saya pun punya masalah yang sama. Dalam minggu depan jika dia sihat dia akan di akan mendapat rawatan seperti yang puan terima jika masalah kritikal doc kata dia mungkin akan dibedah. Saya pernah juga menonton yutube pembedahan tersebut memang mengerikan. Hati ni risau sangat.

    • Alhamdulillh, saya beransur pulih, cuma sya di nasihatkan agar tidak kerap membersihkan telinga, di bimbangi luka, dan saya sangat berhati hati, pesan saya pada puan, cuaca panas juga boleh menyebabkan telingan bermasaalah, untuk anak puan kurangkan terdedah dgn cuaca panas, semasa mandi elakkan air masuk ke dalam telinga, gunakan penutup kepala, air yg masuk ke dalam telinga semasa mandi..

  3. saya pun tengah sakit telinga ni dah jumpa dokter dahhhh ……….doc bagi ubat antibiotic dan ubat tahan sakit dan ubat titik dalam telinga tuh ….ai sampai hilang pendengaran sebelah kanan …aduh memang sakit sungguh ni pun pergi jugak kerja macam biasa…tahan je lah rasa sakit ni time kat office nak buat camne kannnnn …. air memang kerap masuk telinga ai sebenarnya ….tu la pasal …..nak buat camne nak mandi tutup kepala ai plakkk suka basuh rambut tiap kali mandi ….

Comments are closed.