Cermin pagi Cermin diri

CERMIN PAGI 2015❗❗❗

download

SIAPAKAH KITA DI PAGI HARI?
Diam sejenak dan renungi diri.

Ulama berkata :

“Siapa yang berpagi-pagi dalam keadaan (suka) marah-marah adalah golongan manusia yang tidak berpuas hati dengan takdir Allah swt”Allah beri ujian pagi-pagi hari sebagai kafarrah, untuk menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan pada malam sebelumnya. Tapi sesetengah kita tidak sedar, kekadang pagi-pagi sudah marah-marah dan merosakkan kebahagiaan pagi kita…(sedang Allah datangkan ujian di pagi hari untuk menghapus dosa yang tersisa)

Contohnya:

Marah-marah anak di pagi hari kerana sebab-sebab kecil,

Pagi-pagi lagi tidak berpuas hati dengan suami/isteri/anak-anak sampai terjadinya leteran dan marah-marah.

Marah-marah (atas perkara yang kecil) sepertinya bila tersangkut dalam traffic jam atau kelewatan.

Pagi-pagi lagi dah ‘bad mood’ dan suka marah-marah pekerja bawahan. Walaupun kesilapan yang dilakukan hanya layak ditegur saja.

Ulama menyebut, manusia sebegini adalah dalam golongan manusia yang hati kecilnya tidak dapat menerima atau tidak berpuas hati dengan takdir Allah kepadanya.

Bahaya ni…
Kita tidak sedar kesan marah-marah kita itu. Selalunya kita akui kita redha, tapi hakikatnya akhlak kita mempamerkan hal yang berlainan. Perangai kita tunjuk yang sebaliknya. Sebab apa? Sebab apa yang kita cakap itu hanya pembohongan diri dan hakikatnya hati kita tidak berpuas hati dengan Allah swt…. Tahukah kita? Sebagai hambaNya wajib redha dengan ketentuan takdir Allah swt kerana setiap apa yang ditetapkan Allah itu pasti ada sebabnya dan terbaik dari Allah swt. Allah Maha Mengetahui.

Renungi diri….
Kita akan tahu siapa kita bila selalu cermin-cermin diri kita pada setiap pagi. Cermin diri anda, perbaikilah hubungan anda dengan Allah swt dan jadilah orang-orang yang redha dan bersyukur…
Redha dan terima apa saja ketetapan Allah swt kepada kita dengan hati terbuka. Pastinya ada hikmah di setiap apa yang Allah tetapkan kepada hambaNya.Selalu ucapkan dan zikirkan ‘Astaghfirullah hal azim’ dan ‘La hawlawala Quwwata illa billaah’ selalu bagi mengubati, merawat dan mendidik hati kita untuk sabar dan redha dengan segala ketentuan Allah swt.

JANGAN ‘BAD MOOD’…..
JANGAN SUKA MARAH-MARAH DI PAGI HARI…. TENANGKAN JIWA ANDA
DAN SENTIASALAH SENYUM.

Ulang Siar semula berkenaan HUKUM MENGHISAP ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPOR

Berikut adalah soalan berkenaan hukum menghisap rokok elektronik dan vapor oleh SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

SOALAN

Apakah hukum menghisap rokok elektronik dan vapor?
Pada hari ini, 17 Ogos 2015 bersamaan 2 Zulkaedah 1436H, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan kenyataan mengharamkan penggunaan rokok elektronik melalui fatwanya. Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, keputusan itu diputuskan dengan mengguna pakai hukum menghisap shisha yang telah difatwakan sebelum ini.Tambah beliau lagi, apabila telah cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ianya membazir dan ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakannya haram.Terdapatnya fatwa ulama’ yang menyokong tentang pengharaman rokok elektronik ini. Justeru, kami berpendapat seperti itu juga dengan alasan yang diberikan di atas. Untuk ulasan pengharaman, sila rujuk :

http://www.muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=465:irsyad-fatwa-ke-63-hukum-penggunaan-rokok-elektronik-vapor&catid=48&Itemid=333

Dalam isu ini, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk menolong penghisap rokok agar berhenti daripada merokok. Justeru itu, mereka menggunakan rokok elektronik sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok. Sebenarnya anggapan ini adalah menyimpang daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan nikotin yang asalnya daripada bahan yang boleh menyebabkan ketagihan dan mudarat kepada kesihatan manusia. Kami sepertimana isu merokok juga menyeru kepada khalayak umat Islam untuk meninggalkan penggunaan rokok elektronik atau vapor berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas. Alangkah baiknya duit yang kita gunakan untuk membeli rokok atau vapor, kita masukkan ke tabung masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta membantu keperluan mereka. Semoga Allah kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah dan berikan kepada kita kesihatan yang baik. Amin.

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
18 Ogos 2015 bersamaan 3 Zulkaedah 1436H

Untuk Suami Isteri ..Tazkirah dan Catatan Guru saya SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Alhamdulillah,  tergerak hati saya nak menghimpunkan Tazkirah dan Catatan Guru saya SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, tujuan saya himpunkan dan masukkan dalam blog ni adalah untuk memudahkan saya membuat rujukan dan memotivasikan diri dikala hati sedang rawan.  Semoga bermanfaat untuk pembaca sekalian. 🙂

Tazkirah Untuk Suami Isteri.

Dalam perjalanan Pulang dari Masjid Slim River, saya terbaca Facebook Dr. Aidh al-Qarani yang berpesan kepada Suami Isteri. Katanya :

•Jangan kamu halusi semua perkara.
•Jangan Kamu Cari setiap sebab.
•Jangan kamu pergi di belakang setiap khayalan.
•Taqwalah kepada Allah Redhalah dengan pembahagian dan bertolak ansurlah. Nescaya baiklah keadaan.

Beliau juga berpesan dengan katanya,” Sabar, menanggung ujian, menahan Marah dan menutup aib daripada seindah sifat suami isteri dan adalah semulia akhlak.

Akhukum Fillah
SS Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri
9.00 Malam
31 Oktober 2015
Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)

Bahagianya bila mensyukuri..Cukupnya walau sedikit..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bahagianya bila kita mensyukuri nikmat di hadapan kita, cukupnya  duit walau kelihatan seperti sedikit, hari ni adalah hari gaji bagi pekerja di bawah seliaan swasta. nampaknya statement gaji , alhamdulillah itu perkataan pertama yang keluar dari mulut. Banyak atau sikit bukanlah kayu ukur utama dalam menentukan cukupnya duit kita, tapi keberkatan dari hasil usaha kita berkerja itulah yang utama dan kayu ukur kepada kecukupan kita. Percaya atau tidak sekiranya kita bersyukur dengan nikmat di hadapan kita , Allah akan tambahkan lagi nikmat kepada kita, percaya atau tidak bila kita bekerja dengan amanah, menjaga waktu solat, menjaga Alquran dalam rutin harian,menjaga pergaulan, memenuhi hak anak dan isteri walau sedikit, keberkatan dan kecukupan akan kita rasaai. Duit Rm 50 seolah berkembang mekar membawa hasil seolah kita mempunyai duit seratus dua ratus tiga ratus , macammana pula jadi berkembang jadi Rm50, kadang kadang duit di tangan ada Rm50, hujung bulan berbaki lagi seminggu, apa nak makan nanti, macam mana bekalan anak isteri, kadang kala kita lupa pada yang maha pemberi, bila berdepan dengan situsi genting pastinya Allah tidak menekan kita seperti mana manusia menekan kita di saat kita jatuh terduduk kan. Kadang kadang kita menung sana , tapi dalam hati kita zikir astaghfirullahaladzim, Allah Allah Allah..tiba tiba suami bagitahu, tadi abang turun kedai bawa anak sekali jumpa pakcik A, dia tanya khabar itu ini, sambil usap usap kepala anak kita, sembang punya sembang pakcik A cakap, nah! duit raya hari tu tak datang rumah pakcik, dapat jumpa di sini je, maafla ye takde sampul raya. Rasa macam magic tak?

Gambar-radio-elnury-bahagia

Kadang kita rasa Allah lauk pauk macam nak habis je ni, tanya isteri nak masak apa ni ? ikan hari tu ada lagi tak? sayur ada tak ? anak ada makanan tak? si isteri yang cerdik pun jawab ” Abang saya dah siap masak dah.. ikan hari tu ada sikit, tapi saya tengok ada ikan bilis, ada telur, ada cili lagi..saya dah siap buat sambal bilis bolehla kita buat lauk, cukupla untuk kita kan. Begitu juga, di saat gentingnya duit, anak isteri kita sihat wal afiat, anak isteri nampak sangat ceria dan bahagia, suami pergi kerja di hantar, suami balik di sambut, siap hidang air, tanya isteri pula ” awak dah solat? dah abang saya dah solat awal waktu tadi, anak pun ok alhamdulillah sihat, tak meragam , awal dia tidur. Nampak tak betapa berkembangnya rezeki tu…luasnya rezeki Allah sehingga tak terjangkau dek fikiran kita hihihi saja la mencoret coret petang ni… ” Bahagianya bila mensyukuri..cukupnya walau sedikit ” jumpa di next entri ya..

TIPS mudah membaca Surah Alkahfi Setiap Jumaat

Assalamualaikum wr.wt

BMIMbJyCEAM_jpf

Kredit : www.hijabographic.com

Hari ni hari Jumaat kan..penghulu segala hari, biasanya setiap kali datang hari jumaat kita di galakkan untuk membaca Surah Al Kahfi, tujuanya adalah untuk mengelakakn diri dari fitnah Masihuddajjal. Alhamdulillah Allah swt telah menurunkan kepada kita Suraj Al Kahfi dan salah satu daripada manfaat membacanya adalah mengelak dari fitnah akhir zaman. Saya tak bercadang nak berceloteh panjang, saya sekadar nak share tips mudah nak habiskan Surah AlKahfi pada setiap hari Jumaat. Tips ni saya dah buat alhamdulillah saya rasa mudah saya nak selesaikan bacaan, jadi apa salahnya saya berkongsi pula kan ♥.

PENGENALAN SURAH ALKAHFI

4bc831055735e5e35d52587ce237a3fc

Sedikit pengenalan Surah AlKahfi ni mengandungi 110 ayat sahaja dan merupakan surah yang ke 18 di dalam Alquran surah ini di kategorikan sebagai surah Makkiyah, walaupun surah ini mengandungi 110 ayat tetapi setiap ayatnya panjang panjang. Didalam surah Alkhafi banyak kisah menarik yang boleh di jadikan sebagai teladan kepada kita semua, terdapat cerita berkenaan kisah Ashabul Kahfi di permulaan surah, kisah pemuda yang di tidurkan oleh Allah, pemuda Ashabul kahfi ini merupakan pemuda yang mempunyai keyakinan yang tinggi kepada Allah. Kemudian diceritakan berkenaan janji Allah kepada orang yang beriman yang berpegang kepada kebenaran serta mengerjakan amal soleh akan di anugerahkan syurga A’dnin keindahan di dalamnya yang tiada tandingan.Di dalam syurga Adnin ada terdapat sungai sungai yang mengalir, dan insan yang terpilih masuk ke syurga tersebut akan di beri perhiasan gelang emas, meraka akan duduk memakai pakaian hijau dari sutera yang halus dan sutera tebal. Dan mereka beroleh kerehatan yang cukup ambil menikmati keindahan syurga.

Kemudian didalam surah tersebut juga di ceritakan kisah Nabi Musa bersama dengan pembantunya, dan kisah Nabi musa bertemu dengan Nabi Khidr yang mana disebut dalam ayat tersebut Nabi Khidr merupakan hamba allah yang telah di beri rahmat dan di ajarkan beberapa ilmu dan wahyu. Dan fasa terakhir ayat tersebut diceritakan tentang Zulkarnain yang bertemu dengan Yakjuj dan Makjuj, Yakjuj dan Makjuj merupakan golongan yang membuat kerosakan di muka bumi. Begitulah sedikit sebanyak pengenalan surah Al Kahfi, yang pasti kisah di dalamnya sangat menarik untuk di hayati, untuk lebih lanjut awak awak semua kena la cari tafsir untuk baca ye. Sekarang saya nak bagi tips mudah nak habiskan Surah Alkahfi .. jom tgk bawah hihihi.

TIPS MUDAH membaca SURAH ALKAHFI:

Bahagikan bacaan Surah Alkahfi mengikut 4 waktu solat iaitu bermula dari Maghrib, Isya’, Subuh dan Zuhur atau pun Isya’ , Subuh, Zuhur dan Asar. Ok start bahagikan ayat, selepas selesai membaca surah tersebut mengikut fasa, bolehlah kita ambil sedikit masa untuk menghayati isi kandungan ayat di dalam surah tersebut, baca berulang ulang insyaallah kita akan rasa seronok

1. FASA 1 ( MAGHRIB )

Ayat 1-Ayat 28

2.FASA 2 ( ISYA’ )

Ayat 29-Ayat 53

3.FASA 3 (SUBUH )

Ayat 54-83

4.FASA 4 ( ZUHUR )

Ayat 84-110

” Sesiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka akan diterangi  baginya dengan cahaya diantara dua Jumaat “

” HADITH RIWAYAT ALBAIHAQI DAN AL HAKIM “

Sekadar perkongsian untuk semua pembaca blog saya, tips ini adalah salah satu usaha saya untuk membantu lebih ramai lagi kawan kawan yang diluar sana untuk dapatkan Alquran, dan apa yang lebih penting bacalah Alquran dengan penghayatan, bertajwid dan fahami maksud isi kandungan yang disampaikan. Itu la masa kerehatan rohani kita. Selamat mencuba!!!!

TIPS mudah habiskan 1 Juzu’ Alquran

TIPS Mudah dapatkan 1 Juzu’ Alquran 

162133_ilustrasi-al-quran_663_382

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah hari ni saya berkesempatan nak share sedikit tips untuk mudah dapatkan 1 Juzu’ Alquran..saja la saya nak share tips yang saya dah praktikkan ni, memandangkan dalam tempoh 30 hari lagi kita akan masuk ke madrasah Ramadhan. Tak sabar nak masuk ke madrasah Ramadhan, ye la bulan yang ibadah..bulan ujian bulan kemanisan segala ibu ibadah dan bulan yang boleh membentuk sakhsiah kita sebagai muslim. Ada rezeki di matikan dibulan Ramadhan yang penuh kemulian ni dalam keadaan sedang beribadah, Allah manisnya kan. Ok la merapu pula hihi..tulisan saya kali ni saya harap dapatla membantu sahabat sahabat yang selalu kecundang nak dapatkan quran setiap hari. Sebenarnya mudah je, kalau kita berkehendak pada Alquran Allah akan mudahkan jalan kita, lagipun masa Allah bagi pada kita semua sama 24 jam, dan siap ada waktu RNR iaitu 5 waktu sehari semalam kita solat. Haa waktu tu adalah kerehatan pada badan dan rohani kita tau, dan masa tu juga kita boleh ambil sekitar 8-10 minit untuk Alquran. Dalam tempoh tu saya kira kita boleh dapatkan selembar muka surat Al-Quran.. takpe ..bia sikit asalkan kita istiqomahkan.. usahakan setiap 5 waktu lepas solat kita baca selembar Alquran.. insyaallah hasilnya awesome!!.Ok saya listkan la ye senang awak awak semua nak baca hihihi, satu juzu’ mengandungi 20 muka surat depan belakang ataupun 10 lembar helaian Alquran, ok kita bahagikan, caranya adalah :

TIPS 1 ( SATU HARI SATU JUZU’ )

_odoj_one_day_one_juz_by_alyanayla-d75piih

1.WAKTU SUBUH: 

Mula dengan 2 lembar Alquran.. bermaksud 4 muka surat

2.WAKTU ZUHUR:

Sambung bacaan dengan 2 lembar Alquran lagi.. kemudian tanda ayat mana berhenti

3.WAKTU ASAR:

Sambung lagi 2 lembar Alquran, ada masa baca doa di belakang Alquran

34t7ors

4.WAKTU MAGHRIB

Sambung lagi 2 lembar Alquran kemudian amibil masa baca pengertian ayat.. dapat satu dua ayat dah memadai..percayalah lepas baca kita akan rasa tenang

5.WAKTU ISYAK

Sambung dan habiskan juzu’ tersebut.. selepas habis cuba cari mana mana ayat Alquran, kemudian renungkan isi penyampaiannya.Kalau guna cara yang ni insyaallah kita habiskan masa dalam 8-10minit..paling lama pun 15 minit

TIPS 2 ( SATU HARI SELEMBAR ALQURAN )

Yang ni mungkin terpakai pada orang yang sangat sangat sibuk atau  ibu ibu yang bergelumang dengan anak.. insyaallah saya pun amalkan tips ni, sebab ada masanya saya memang kalut, cara yang terbaik adalah saya pilih waktu yang paling tak kritikal biasanya waktu lepas subuh atau waktu lepas solat maghrib sementara nak isya’ , sebab waktu tu pada saya anak masih tidur dan agak tenang. Saya praktikkan dengan ambil masa yang ada sampai la waktu saya perlu buat kerja saya stop. Biasanya saya akan baca selembar Alquran kemudian saya akan baca maksud -maksud ayat Allah.. dan ada masa kita boleh share dengan suami atau kawan kawan. Percayalah bila kita bagi masa pada Alquran hati kita lebih tenang. Bila kita habiskan masa dengan Alquran insyaallah rezeki mencurah curah dan jiwa kita tak stress.Boleh juga kita displinkan diri kita macam ni, kita buat jadual contoh kat bawah ni

JUZU’ 1

CONTOH:

♥Day 1:√ Ayat 1-30

♥Day 2:

♥Day 3

♥Day 4:

♥Day 5:

♥Day 6: 

Bila dah habis baca kita tandakan, jadi kita akan lebih semangat nak baca Alquran..lebih lebih lagi bila ada persaingan antara suami dan isteri atau di kalangan rakan rakan.Yang penting tak boleh buat semua jangan tinggal semua, bia sedikit tapi istiqomah. Konsep yang saya amalkan ” BACA dan FAHAMI ” dan konsep ni banyak membantu kita dalam menginsafi diri dan mencari cari jawapan kepada tekanan dan masaalah kita.Alhamdulillah selesai perkongsian saya hari ni, saya harapkan sesiapa yang baca tulisan saya ni, share la di facebook, dan mudahan tulisan saya ni jadi pahala buat saya. Terimakasih sudi baca ya, jangan lupa share.

10628376_10154567265568647_6898592432037742121_n

Hadith Arbain : Hadith 1 ” Setiap Amal Bergantung Dari Niatnya “

Bismillah

Harini saya nak share sedikit pengertian hadith pertama dari kitab Hadith 40 karangan Imam Nawawi, hadith ni masa saya sekolah menengah dulu wajib hafal. Alhamdulillah berkat ajaran dan paksaan guru saya suruh hafal hadith sampai sekarang saya masih boleh ingat hadith ni, dan sekarang saya akan bacakan hadith ni kepada anak saya Fatihah, mudah mudahan dia mudah mengingat hadith ni.

hadith

Pengertian Hadith:

” Dari Amirul Mukmin Abu Hafsh “Umar Bin Al Khattab Radiyallahuanhu ia berkata ” Aku mendengar Rasulullah Saw bersabda ” Sesungguhnya setiap amal itu bergantung dari niatnya, dan sesungghnya seseorang itu hanya mendapatkan sesuai dengan apa yang di niatkannya. Barangsaiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, Maka hijrahnya (dinilai  kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang hendak di raihnya atau kerana wanita yang hendak di nikahinya maka (hakikatnya) hijrahnya itu hanyalah kepada apa yang menjadi tujuan hijrahnya “.

Diriwayatkan oleh dua Imam Ahlul Hadith, Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari, dan Abul Husain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi dalam kitab Shahih keduanya yang merupakan kitab hadith yang paling shahih

Pengertian Niat dan Maksudnya:

Niat menurut bahasa ialah Qasad (tujuan hati) dan iradah (kehendak hati). Maka dengan tujuan hati dan kehendaknya sendiri terjadilah sesuatu amal atau pekerjaan.

Ulama Fiqh mengertikan niat sebagai qasad megerjakan suatu bersamaan dengan melakukannya, dan tempatnya di hati.

Menurut istilah Syara’ Niat ialah tergerak hati kearah satu pekerjaan untuk mencari keredhoaan Allah dan menyatakan perasaan tunduk dan patuh kepada perintahnya. Inilah yang di katakan Ikhlas atau kejujuran dalam melaksanakan sesuatu amal.

Maksud Niat menurut pendapat Ulama’ ialah untuk menyatakan perbezaan antara amal ibadat dengan pekerjaan adat atau antara jenisnya ‘ ibadat itu sendiri ‘ sebagai contoh

♥ Duduk di dalam Masjid kerana iktikaf dan berehat adalah sama. Mandi kerana sesuatu kewajipan syara’ ( mandi junub atau mandi selepas datang haidh ) dan mandi kerana kebiasaanya adalah sama tetapi yang membezakan antara keduanya adalah niat.

Amal yang berdasarkan kepada niat yang baik daan ikhlas di terima Allah dan di beri ganjaranya. Imam Nawawi dalam keterangannya mengenai amal yang disertai dengan niat yang baik telah menyatakan bahawa amal ini ada 3 bahagian :

  1. Amal yang di kerjakan kerana takut kepada Allah.Amal ini dinamakan Ibadat Hamba
  2. Amal yang dikerjakan kerana mendapatkan syurga dan pahala.Amalan ini dinamakan I’badat saudagar.
  3. Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan dilaksanakan hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan dan kerana tidak tahu adakah amalnya di terima atau tidak. Amal ini dinamakan Ibadat yang merdeka.

Alhamdulillah sedikit sebanyak perkongsian saya, Insyaallah akan datang saya akan kongsikan lagi tazkirah tazkirah ringkas, semoga bermanfaat kepada semua. Opps lupa untuk meneruskan pencarian maklumat berkenaan hadith ini saya sangat galakkan sahabat membeli kitab hadith yang saya jadikan sebagai rujukan iaitu KITAB HADITH 40 (Terjemahan dan Syarahnya oleh Al Ustaz Mustafa Abdul Rahman ) Susunan Imam Muhyidddin Abu Zakariyya Yahya bin Sharif Al Nawawi terbitan Dewan Pustaka Fajar.

hadith-401

KITAB HADITB 40 

Sebaiknya bila pembaca dah dapatkan kitab hadith ini, pembaca bolehlah belajar secara berguru, samaada nak berguru di surau atau masjid masjid berdekatan. Untung sangat belajar ilmu hadith ni, saya pun nak revise balik, Alhamdulilalh di Masjid berdekatan rumah saya ada pengajian kitab hadith ini.

Ok itu je saya nak share, saya harap pembaca yang berkesempatan melawat blog saya ni dapatlah panjang panjangkan tazkirah dan perkongsian saya dalam ni, semoga jadi pahala untuk saya. Terima kasih tau sudi baca. Wallahualam

images (5)

Pesanan Imam As-syahid Hassan Al Banna

Bismillah..

Alhamdulillah Zuhur 16 Februari 2015, saya kongsikan sedikit pesanan Imam As syahid Hassan Al Banna, walau sesibuk mana pun kita dengan urusan harian urusan dunia, urusan akhirat jangan kita lalaikan urusan dakwah perlu menjadi salah satu dalam agenda harian kita. Semoga pesanan ini memberi manfaat kepada saya dan pembaca sekelian.

Hassan-Al-Banna

” Wahai Ikhwan (saudara-saudara )! berimanlah dengan Allah. Kuatkanlah diri dengan mengenal dan berpegang serta menyerah kepada Allah. Janganlah kamu takut selain dari Allah. Tunaikanlah segala suruhanNya dan jauhilah segala laranganNya. Bersikaplah dengan perangai yang baik. Jadikan diri-diri kamu seorang yang kuat akhlak yang mulia, dengan sifat gagah sebagai orang-orang mu’min, dan sifat mulia sebagai orang-orang yang bertaqwa dan yang soleh.

” Kamu hendaklah betul-betul mengkaji serta mengulangi sirah Nabawiyah. Kamu harus menjadi orang yang banyak bekerja bukan yang banyak bercakap dan bertengkar kerana satu satu kaum bila mendapat petunjuk dari Allah mereka diilhamkan bekerja. Sebaliknya satu satu kaum itu sesat setelah mendapat petunjuk adalah kerana meraka banyak bertengkar dan berbalah. Kamu hendaklah saling sayang menyayangi sesama kamu. Berilah sepenuh tumpuan kepada perpaduan kamu kerana perpaduan adalah nadi kekuatan kamu dan sebagai tiang kepada kejayaan kamu.

” Tetapkanlah pendirian kamu sehingga Allah membuka yang haq diantara kamu dan kaum  dan Allah adalah sebaik-baik pembuka. Dengar dan taatilah pimpinan kamu samaada dalam kesusahan atau dalam kesenangan,  samaada dalam kesusahan atau yang terpaksa  kerana ia adalah panduan kepada pemikiran kamu, dan ia jua sebagai penyambung kepada hubungan sesama kamu .Kemudian dengan sabar tunggulah pertolongan dan bantuan Allah. Peluang ini tetap menjelang datang, usah di ragu-ragukan :

” Pada hari itu bergembiralah mereka yang beriman dengan pertolongan Allah, Allah menolong siapa saja yang di kehendakiNya dan Allah amat gagah dan amat penyayang ”

Surah Ar rum ayat 4-5

Semoga Allah berikan taufiq kepada kami dan kepada kamu dalam perkara-perkara yang disukaiNya.Diletakkan kami dan kamu di jalan orang-orang yang terpilih yang mendapat petunjuk. Dihidupkan kita seperti kehidupan orang-orang yang mulia dan bahagia.dimatikan kita seperti kematian para Mujahidin dengan kematian syahid. Sungguh Allah adalah sebaik-baik pemolong Amin. Allahumma Ameen

Jpeg

Sumber rujukan:

Jalan Dakwah Antara Keaslian dan Penyelewengan

Mustafa Masyhur

Dewan Pustaka Fajar

Bangun Subuh Itu Satu Perjuangan

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera..

Kali ini saya ingin berkongsi sebuah filem pendek dari Indonesia mengenai perjuangan seorang pemuda untuk menunaikan Solat Subuh pada awal waktu secara berjemaah di masjid dan istiqamah dengannya. Kisah yang kelihatan lucu tapi membawa banyak pengajaran kepada kita semua.

ajaibnya-solat-subuh

Tidak ramai di antara kita yang mampu untuk bangun awal menunaikan Solat Subuh berbanding solat-solat fardhu yang lain, apatah lagi menunaikannya ke masjid. Iyelah, waktu Subuh tu antara waktu yang paling syok untuk kita tidur. Ditambah pula dengan gangguan syaitan yang direjam, huh makin liatlah nak bangun Subuh. Biasanya yang lewat bangun Subuh ni adalah mereka yang lewat tidur seperti mereka yang bekerja shif malam, kaki bola, dan juga yang sibuk mengadap permainan komputer. Kalau dah lewat tidur tu jangan haraplah nak dapat bangun Subuh awal.

Continue reading