Doh Pizza Homemade yang sedap

Hyee semua.. teringin nak makan pizza? tapi budjet tak cukup, ok jangan risau anda boleh buat sendiri, lebih puas hati, lebih jimat perbelanjaan , hari ni saya nak share resepi doh pizza yang lembut dan sedap, hasil dari tanya kawan kawan yang biasa buat resipi, dan intai intai resipi di www.aziekitchen.com, saya ubah sikit mengikut kesesuaian, maka terhasillah doh pizza yang best dan lembut. terima kasih pada kawan kawan saya Siti Hamiyah, Maryam Jameelah, Atiqah Ismail dan Saniayatul, mereka ni pembakar semangat dan pemberi idea kepada terhasilnya doh pizza yang lembut ni. Now, kita layan sekejap resipi doh di bawah ni:

12109868_871921862922074_2774697884845501385_o

Resipi doh Pizza

BAHAN – BAHAN:

4 Cawan Tepung Gandum
1 Sudu kecil garam ( nak lebihkan boleh )
1 1/2 Sudu besar gula ( saya buh 2 sudu )
1 3/4 Yis mauripan
1 1/2 Cawan Olive Oil ( Minyak masak pun boleh )
1/ 2 Cawan air suam
2- 3 Sudu yogurt ( doh lebih lembut dengan yogurt )

12112470_871921839588743_2854484816492570146_n

BAHAN TOPPING:

1 Tin Cendawan butang

2 biji Lada Bengala hijau dan merah

Cheese Mozarela

1 Tin tomato puri atau sos spagetti

1 Tin sardin Adabi

Bawang Besar potong bulat atau dadu

Sos Cili

( Bahan bahan topping terpulang kepada anda nak letak apa, kalau suka sea food boleh letak seafood, kalau suka hot dog letak hot dog, saya pertama kali buat saya betak sardin, kemudian taburla sesuka hati  )

CARA MEMBUAT DOH PIZZA

Bancuh yis dengan air suam, dah berbuih masukkan ke dalam tepung yang dah di gaul dengan garam dan gula… gaul dengan chopstick atau garfu. Kemudian masukkan yogurt gaul lagi, kemudian baru masukkan minyak, buh sikit sikit.. agak agak.doh tak melekat kat tangan. Kalau letak semua takut lembik sangat pula, sebab kita dah letak.yogurt tadi. Bila adunan dah sebati dah di uli dan tak melekat kat tangan sapukan minyak pada doh. Tutup dan tunggu sampai sejam ,biar doh naik dua kali ganda.Dah naik , boleh la di leper leperkan buat tapak pizza, bakar dalam 10 – 15 minit. Dah masak sejukkan kemudian bungkus comel comel buh dalam peti ais bahgian atas, bila bila nak masak keluarkan je. Tapi kalau nak letak terus topping pun boleh, bakar selama 25 minit dengan suhu kepanasan oven 140-150 darjah. Pembakaran adalah bergantung pada oven masing masing, oven saya klu lebih dari 150 darjag kepanasa, pinzza jadi rentung.Selamat mencuba hihi

Ok tu je
Ikhlas dari Fbpage Rehatdanrawat.com
Like my page rehat dan rawat ya

Donut Gebu..Untuk Fatihah

Lamanya tak update blog, bersawang sikit hihihi, hari ni baru berkesempatan penuh untuk update blog, saya mulakan dengan resipi donut gebu. Saya baru  buat semalam donut untuk anak dan suami, percubaan kali ketiga agak menyeronokkan sebab urusan nak menguli, menerap dan mengoreng jadi lebih mudah dengan bantuan suami. Tambah menarik suami saya belikan penerap donut, laju sikit saya buat kerja, kalau pakai tangan agak ambil masa. Resipi donut gebu ni memang gebu dan sedap, bukan sekadar omongan kosong tau , saya ambil dari blog kak ita www.azlitamasammanis.com, boleh di katakan resipi di blog kak ita memang sedap dan best, tak percaya boleh cuba, kak ita saya mohon paste kat sini ye, moga berpanjangan amal jariah kak ita. Okey tak mau cakap banyak meh saya share resipi donut gebu ni, boleh la buat hidangan sarapan pagi atau minum petang.

12122943_865096473604613_4675807260597319904_n

Resipi Donut Gebu:

Sumber :www.azlitamasammanis.com

1 biji kentang ~ di kukus atau di rebus, kemudian kupas kulit dan lenyek halus. ( kentang jangan kupas kulit masa rebus nanti dia serap air banyak )
250 gm tepung gandum / tepung protin tinggi / tepung roti
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung
70 ml air ais
1 1/2 sudu besar shortening / margerin / butter
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh baking powder
1 3/4 sudu teh yis segera

12096542_865096503604610_1892891969348733667_n

CARA CARA:

Satukan tepung yang di ayak ke dalam bekas.Masukkan gula, susu tepung, baking powder dan yis. Kemudian gaul rata, masukkan pula kentang yang telah di leyek halus, ratakan. Dalam bekas lain, satukan garam dan telur, kocok sebentar. Masukkan telur dalam adunan tepung, kacau rata tuangkan air ais sedikit demi sedikit hingga adunan sebati dan kental.Akhir sekali masukkan shortening dan uli hingga adunan lembut dan elastik

Saya tak buat pun, saya masukkan dalam mangkuk besar, tutup dengan tuala lembap, dan masukkan dalam oven, biarkan dalam 40 minit sehingga doh mengembang dua kali ganda dari saiz asal, jangan terlalu kembang nanti pahit pula donut.

12047194_865096486937945_674808480849657137_n

TIPS:
Anda boleh masukkan doh dalam plastik bag dan ramas-ramas doh selama 10 – 20 minit hingga doh menjadi elastik dan tak melekat di tangan.Tutup doh dengan kain towel, atau plastik wrap dan simpan di tempat yang hangat hingga adunan doh naik 2 kali ganda. Anggaran masa 30 minit. Anda boleh letak dalam almari atau letak dalam oven untuk memberikan rasa hangat pada doh. Pastikan oven tidak di on.Selepas doh naik 2 kali ganda, tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin.

Pastikan minyak tidak terlalu panas bagi mengelakkan donut terlalu cepat masak,bimbang hangus, agak agak dah panas minyak ,dah boleh masukkan, semasa proses mengoreng  balik balikkan donut bagi mendapatkan hasil warna yang keemas emasan, angkat jika warna sudah mula keemasan, warna donut lebih cantik dan menarik, sebab itulah kita tak boleh guna minyak yang terlampau panas, nanti warna donut tak cantik.

Dah selesai, boleh salut dengan gula, atau nak buat fancy donut pun boleh, kalau suami saya dia makan macam tu je, sedap sangat katanya, lembut, anak saya Fatihah sampai 4 biji dia makan, memang kenyang la, dan tak meragam hihihi. Nak ceritanya donut ni memang lembut, kalau kena gaya betul uli dan betul sukatannya, samapai esok pun masih lembut, jadi jangan tunggu lagi, pergi dapur korek korek bahan dan buat, rugi kalau simpan je resipi ni hihihi.

SELAMAT MENCUBA !!!

Kek Pandan Sedap..

Alhamdulillah, hari ni di beri kesempatan untuk update resipi kek pandan, resipi kek pandan asas ni saya ambil dari blog kak ita azlita masam manis, tapi saya ada buat beberapa perubahan, memang sedap resipi kak ita ita, saya dah buat lebih dari 3 kali, suami dan anak saya suka sangat, lembut macam span katanya hihi (testimoni suami saya, saya tidak berhasrat untuk over claim ). Sepanjang lebih dari 3 kali buat ni, saya sentiasa tengok kelemahan dan kekurangan saya, untuk kali ke-4 saya sangat puas hati, Kek masak dengan cantik, kulit luar masak cantik dan lembut, tak macam buat kek lain, pendek kata memang jatuh cinta di buatnya bila dah pandai buat kek asa pandan ni, cuma saya belum berpeluang nak buat lapisan kastard dia je, tak pe takpe, perlahan lahan mahirkan satu satu dulu hihi. ok tak mau banyak cerita jom tengok resipi kek asa pandan yang sedap ni.

20150915095540

Percubaan pertama saya, sedikit merekah..tapi rasanya sangat sedap, permukaannya sangat lembut macam beli di kedai.

RESIPI KEK PANDAN :

5 Biji Telur

150gram Gula kastor

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu besar Ovallete

1 sudu besar Paste pandan

150gram Tepung Gandum /Tepung kek /Tepung Superfine

1 Sudu kecil Baking Powder

80 ml Air

80 ml butter cair / minyak jagung

Pewarna Hijau

Cara -Cara:

Pukul telur dengan gula sehingga ringan, gebu dan kembang ( pastikan kembang untuk mendapatkan hasil kek yang cantik ), ayak tepung bersama baking powder dan letakkan di tepi,dan sapukan loyang dengan minyak supaya kek  mudah di keluarkan selepas masak. Apabila telur dan gula  kembang dan warna kepada  bertukar pucat, masukkan ovallete, esen vanilla, paste pandan dan pewarna adun sebati. Setelah semua sebati masukkan tepung berselang seli dengan air dan minyak adun sebati. Tuangkan ke dalam loyang yang di sapu minyak, dan masukkan ke dalam oven, masa anggaran masak adalah 50 minit atau sehingga kek masak, bergantung pada oven masing masing.

20150915095539

CATATAN:

#Sebelum memulakan proses membuat kek pastikan oven di panaskan terlebih dahulu pada suhu pada suhu 170 c.

#Saya tukarkan butter kepada minyak jagung

# Saya gunakan tepung gandum Faiza

#Setelah kek masak, keluarkan kek dengan segera dari oven dan loyang telangkupkan, bagi mengelakkan kek mengecut.

#Suhu oven adalah bergantung pada jenis oven, kalau jenis macam saya suhu pembakaran adalah 150 c sahaja.

#Jangan melengahkan dari satu proses ke satu proses membuat kek, kerana ia boleh mempengaruhi kejadian kek.

20150915095512

Oven Elba..Suhu yang di cadangkan untuk memasak kek di dalam buku manual adalah 140 c-150 c sahaja..kalau lebih maka hitamdan rentungla kek.

” Selamat Mencuba “

 

 

Resipi best Moist Choclate Orange Cake yang sedap..

Bismillah

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah hari ni Alllah beri ruang dan izin sekali lagi untuk saya update entri seterusnya. Entri kali ni saya nak share pasal resipi Moist Choclate Orange Cake, sedap sangat, suka saya tengok kek naik dengan cantik, bila dah masak ketara kelembutannya. Resipi saya ambil ihsan dari FB Resipi Sheila Rusly, kawan kawan yang baca entri saya kali ni, boleh la like page kak sheila sebagai tanda sokongan dan tanda terimakasih kerana kesudian berkongsi resipi dengan kita :-). Ok di bawah ni saya taipkan semula resipi asal kek, boleh la cuba lepas ni, senang sangat nak buat, janji rajin je hihihi.

Resepi Kek Coklat Orange Moist

AlWN2PcW6iPe_-snJEsCL4iQKtTSGHQTzbCTZIr2_WqH

Bahan-Bahan:

1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko (Van Houten lah sedap)
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
3 sudu oren sunquick atau ikut sendiri

Cara- caranya

1.Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.

2.Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak.

3.Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan . (kita bakar kaedah waterbath selama 1 1/2 jam dgn suhu 150 C)

TOPPING COKLAT

Bahan-bahan:

250 g coklat masakan } potong kecil2
1 sudu besar majerin
130 ml double cream atau whipping cream
Sedikit gula halus secukup rasa / susu pekat(supaya topping tu tak pahit sgt)

Cara membuat: Cairkan coklat secara double-boiler. Alihkan dari api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.

????????????????

Catatan :
Saya ada buat perubahan sikit, saya gantikan minyak dengan butter, 250gram butter boleh dapat satu cawan, perlu diingatkan semasa proses mencairkan butter api tak boleh kuat tau, gunakan api yang perlahan jadi butter akan cair dengan cantik. Saya cadangakan panaskan je dulu periuk kemudian tutup, baru masukkan butter, butter akan cair dengan sendiri, bila dah agak suam sikit buka semual api tapi gunakan api yang perlahan.Untuk masak pula, saya lebih suka kukus kek ni, mudah kerja hihi, masa saya kukus,saya balutkan dengan plastik pembalut supaya air tak menitik merosakkan permukaan kek, saya tak guna aluminium foil sebab takde hihi, tapi alhamdulillah hasilnya sangat cantik. Sedap sangat kek ni, terutama bila makan masa suam suam, anak saya Fatihah puas makan, jadi jangan tunggu tunggu lagi, lepas ni boleh cari bahan hihihi .Selamat mencuba ya.

Biskut Arab Sedap..cair di mulut saya

Assalamualaikum

🙂 🙂 🙂 🙂 🙂

11822715_831086640338930_2753247676541639086_n

Wahahah.. syok tak terkata.. berjaya juga saya buat biskut arab atau nama Hollywoodnya ” Crystal Ball Cookies ” ni, rasa nak menangis la pendek kata, kalau panjang kata mau sujud syukur hihihi. Sedap sangat, betapa jenuhnya saya cari resipi biskut arab yang cair di mulut, lemak berkrim dan rasa susu, akhirnya saya berjaya juga jumpa resipi idaman di blog www.bukuresipi.com. Terima kasih admin buku resipi yang tak pernah lokek share resipi. Sebenarnya masa balik raya baru ni saya dah pernah try satu resipi, tapi hasilnya tak memuaskan hati saya, agak keras, jenuh saya berfikir macam mana nak dapat resipi biskut arab yang lemak manis dan cair di mulut, akhirnya jumpa juga hihihi. Dengan saya cuba resipi yang saya ambil dari blog buku resipi ni, saya puas hati dan berhajat nak ulang buat hiihi. Ok saya share di sini resipi sedap ni ye, sebelum tu saya nak maklumkan saya ambil resipi ni dari blog www.bukuresipi.com dan owner resipi ni Puan Noor Abdul Rahim jadi saya harap kalau lepas ni ada sesiapa yang berjaya buat biskut ni, kreditkan la pada tuannya sebagai adab kita mengambil ilmu 🙂

RESEPI BISKUT ARAB (Crystal Ball Cookies)
OLEH : Noor Abdul Rahim
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :

200g tepung gandum
50g serbuk badam
1/2 sudu kecil baking powder
125g gula halus
130g minyak sapi
pewarna merah, kuning & hijau
gula caster secukupnya untuk salut

CARA-CARA PENYEDIAANNYA :

Gaul kesemua bahan hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan mengikut warna yg disediakan.
Ambil ketiga-tiga adunan secukupnya, cantum & bulatkan sebesar guli.
Masuk kan bebola kedalam papercup kecil.
Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 15 – 20 minit (mengikut oven masing-masing)
Setelah biskut sejuk, taburkan sedikit gula caster diatasnya & simpan biskut didalam bekas kedap udara.

CATATAN:

Untuk pengetahuan oleh kerana saya nak biskut arab susu, saya gantikan 50gram serbuk badam kepada susu, kemudian saya ubah sedikit dari 130gram minyak sapi kepada 100 gram butter dan 50 gram minyak sapi, Kemudian saya uli sampai doh tak melekat di tangan, jangan terlebih tepung pula ye saya tak ubah bahagian tepung. Alhamdulillah hasil yang saya perolehi memang cantik, biskut terbentuk cantik. Untuk pengetahuan pembaca oleh kerana adunan ni ada baking powder, jadi seeloknya bulatkan sebesar guli, sebab biskut ni akan naik sikit semasa dalam proses memasak.Ok selamat mencuba ya, yang penting semasa buat keyakinan dan tawakal kena level tinggi hihihi.

Jemput Jemput sayur dengan Sos cili homemade

11377202_793566767424251_8832358774435750691_n

Assalamualaikum semua…

Hihihi ..ibu ibu  takde idea nak buat sarapan dan minum petang hihi..saya suka  buat sarapan dan minum petang simple simple,hari ni saya nak share resipi jemput jempu sayur dengan sos cili homemade, nyum nyum sedap. Sejak dua menjak ni jemput jemput sayur bagai tak jemu masuk tekak, nak tau sebab apa? sebab sos homemade yang sedap ni la, tak susah pun buatnya sambil goreng jemput jemput je. Ada yang resipi tak? mesti la ada kan, ok saya share kat sini ye, resipi jemput jemput sayur dan sos homemade yang sedap sangat ni hihihi. Opps sebelum tu, saya tak mau over claim sos ni saya buat sendiri dan edit sendiri bagi rasa dia sedap, jadi sesungguhnya saya buat memang kena dengan tekak saya, saya sekadar bagi bahan asas, bab citarasa dan rasa tu kawan kawan boleh adjust sendiri ye, nak masam ke, nak pedas lebih ke, nak manis ke atau nak masin hihihi.

RESIPI JEMPUT JEMPUT SAYUR

BAHAN BAHAN UTAMA

1.Daun kucai ( dipotong -potong, jgn panjang sangat ,jgn pendek sangat jangan halus sangat ye )

2.Taugeh (Ikut nak banyak mana, saya suka letak segenggam lebih, sebab ia membantu melembutkan jemput jemput saya )

3.Carrot (Di sagat kasar )

4. 2 Cawan tepung gandum

5. 1 biji telur

6. 1 Mangkuk udang (Ikut nak banyak mana )

7. Garam.

8. Air

CARA-CARA:

Campurkan semua bahan di dalam mangkuk yang besar, tujuannya adalah untuk memudahkan kita gaul, masukkan tepung,tepung tu ikut la nak banyak mana, kalau saya, saya start dalam 2 cawan, masukkan garam ,agak agak dalam setengah sudu kecil atau kurang dari tu pun boleh, masukkan telur , sayur mayur diatas , kacau sebati. Adunan tu agak agakla jangan terlalu cair jangan terlalu pekat, kalau nak tahu adunan lepas kacau sebati adunan tu try ambil dengan tangan, kalau cepat je jatuh tu cair sangat, kalau lambat sangat jatuhnya tu terlalu pekat, kena letak air sikit. Ok dah selesai adunan, maka bolehla di goreng dengan api yang sederhana, jangan kuat sangat api, nanti jemput jemput tak cantik.Goreng sambail selawat dan niat mudah mudahan anak dan suami suka makan dan rezeki jadi berkat hihihi.Ok sekarang jom buat sos plak hihihi.

RESIPI SOS CILI HOMEMADE

BAHAN – BAHAN  :

1. 5-7  ulas bawang putih yang di buang kulitnya ( Tak perlu potong, biarkan sebiji sebiji )

2. 6-7 biji Cili merah ( Blend )

3. 6 biji Cili merah kecil , saya suka pedas jadi saya tambah cili kecil (Blend )

4. Secawan air

5. 2-3 Sudu kecil tepung jagung 

6. 2-3 sudu Gula merah

7. 2-3 sudu Gula biasa

8. 2 sudu kecil cuka

9. Minyak masak

10 Garam 

CARA CARA:

Panas minyak, kemudian masukkan bawang putih (tak perlu tumbuk, masukkan je sebiji sebiji ), bila dah kekuningan masukkan  cili yang sudah diblender halus, tumis sehingga timbul minyak. Kemudian masukkan air, gula merah, gula biasa, cuka dan garam secukup rasa. Rasakan mengikut selera masing masing. setelah sebati biarkan mendidih dan masukkan tepung jagung, perhatikan dan gaul sebati, kepekatan adalah bergantung kepada citarasa masing masing. Biarkan mendidih, pastikan rasanya sesuai dengan citarasa masing masing. Tahap kepekatan sos adalah bergantung kepada citarasa tuan badan.Tutup api siap dan sedia di hidangkan.ChiliPadi

SELAMAT MENCUBA !!!!

Tips nak cepat memasak

Alhamdulillah akhirnya selesai..tung tang tung tang  kat dapur siapkan pes rendang, masak lemak kuning dan tomyam, hari ni saya kena siapkan pes rendang,masak lemak kuning dan tomyam,tujuannya nak mudahkan saya memasak kat dapur hihihi. Masak sambil bersilat dengan Fatihah memang menguji keimanan sikit, start dari minggu ni saya kena lebih efektif, masak kena cepat, rumah kena bersih sebab anak saya Fatihah dah mula ronda-ronda dan siap kutip itu ini hihi, jadi saya kena lebih efektif dari dia. Urusan kain baju alhamdulillah suami banyak membantu hihi. Sebenarnya tips nak cepat masak ni tercetus bila saya rasa ,saya tak dan nak kejar memasak kalau anak meragam jadi saya akan siapkan pes rendang dan bila suami cuti saya akan buat rendang, masak lama-lama sikit sejukkan dan masukkan dalam peti ais. Jadi mudahlah saya nak sediakan bekal untuk suami saya setiap hari, kalau nak masak sayur pun tak perlu ambil masa yang agak lama di dapur.Jpeg

Alhamdulilah saya kira ianya praktikal untuk saya, dan saya boleh tumpu kepada Fatihah dan siapkan keperluan keperluan lain, masa saya melayan suami nak bersembang pun ada, tapi cara ni saya buat pada hari hari kerja suami sahaja, hari suami ada di rumah saya akan masak yang fresh, baru seronok hiihi. Saya bukan apa kesian tengok anak dan suami kadang kadang suami dah balik lewat, pagi sepatutnya saya teman dia bersembang jadi lain pula, saya sibuk di dapur dan suami pula kena tolong layan si Fatihah, cuba tengok Fatihah macam macam projek sekarang dia dapat hihihi

JpegHa tengok sampai ke dapur, carrot pun jadi si Fatihah ni, takpe saya senang hati tengok anak macam ni, macam -macam keletah Fatihah seronok dan terhibur, bagus juga sekurang-kurangnya dengan adanya anak macam ni, skill memasak saya semakin bertambah, pengurusan masa saya pula semakin baik.

Jpeg

Tu dah dapat kaki, butang baju belakang pun ummi tak dapat nak pasang punya nak kejar projek international dia hihi.  Ok balik pada tips cepat memasak tadi, saya sarankan juga pada kawan kawan kalau suami kerja macam suami saya ni ( shift, on call atau selalu out station) saya kira tips buat pes siap siap dan masak siap siap, masuk dalam peti ais, sampai  masa nak pergi kerja panaskan. Senang dan sangat membantu, baik awak semua cuba hihi, pes yang saya buat ni pes rendang, tomyam dan masak lemak kuning, ikut la nk guna ayam atau daging, saya secara peribadi suka guna ayam.

Jpeg

Ok pes ni ada yang saya simpan ada yang saya akn guna untuk masak ayam petang nanti, standby untuk bekal 3 hari suami saya kerja. Yang lain saya simpan dalam peti ais untuk kes -kes kecemasan pun boleh guna, macam tiba-tiba mak mertua datang mengejut, jadi masa tula bergunanya pes yang saya buat ni, tinggal keluarkan, hilangkan sejuk dan masak je hihi.

JpegSusun kemas dalam peti ais, ala ada satu terpaksa guna warna biru hihi, suka tengok hijau semua nampak semangat tapi tak pelah nanti cari lagi bekas warna hijau hihihi. Saya harap perkongsian saya pada kali ini dapat membantu kawan -kawan yang sedang bersilat dengan anak di rumah, saya sedaya upaya cuba untuk menjadi suri rumah, isteri dan ibu yang terbaik selain cita-cita utama nak menguruskan masa dengan baik supaya saya dapat solat awal waktu, solat awal waktu yang penting sekali, takut sibuk memasak ,sibuk cari pahala jadi isteri tiba-tiba solat pula di akhir waktu macam tak seronok pula kan. Okla nanti saya share tip lain pula, setakat ni untuk kali ini, semoga bermanfaat untuk semua. Akhir sekali saya share sikit ayat Alquran yang selalu menjadi motivasi kepada saya untuk memperbaiki diri dan pengurusan masa saya.

 

” Wahai orang-orang yang beriman! janganlah harta bendamu dan anak -anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Dan barangsiapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi “

Surah Al Munafiqun Ayat – 9