Selamat Hari Ibu Mak…Kami sayang mak


IMG-20140902-WA0040

Selamat Hari Ibu buat mak…Alhamdulillah sehingga saat ni Allah masih kurniakan saya peluang untuk mendengar suara mak.. Allah rindunya dengan mak. saya pasti setiap orang merasai perasaan yang sama, rindu pada mak. Sempena Hari Ibu ni saya catatkan sedikit tulisan saya untuk saya dedikasikan kepada mak saya.. Mak seorang yang sangat tabah dalam membesarkan kami adik beradik, mak insan yang paling kuat yang pernah saya temui..saya sepanjang hidup dengan mak..banyak kali saya melihat peristiwa hitam melanda mak..tapi mak saya tak pernah mengalah, dia sentiasa kuat dan sabar..saya masih ingat di satu saat dimana hentaman api fitnah melanda keluarga saya.. saya tengok mak cukup kuat..dari raut wajah mak saya tahu mak sangat sedih..peristiwa kehilangan ayahnya membuatkan mak betul betul terduduk..tapi mak sabar walaupun pelbagai api fitnah melanda mak.. sejujurnya saya melihat banyak peristiwa yang menimpa mak saya, mak saya tetap sabar..sehingga ada seorang ibu saudara sepupu saya cakap dengan saya.. acik tak pernah tengok orang sesabar mak kamu.. dia senyum dalam sendu..dia kuat dalam keadaan dia lemah tak punya apa apa..saya kira mak la insan terhebat buat kami sekeluarga.

IMG_2075

Saya ingat lagi masa saya kecil, bila saya dan adik adik balik dari sekolah mak akan sediakan kuih yang sedap sedap untuk kami, mak akan duduk di dapur sambil suruh kami adik beradik potong kuih, berebut rebut kami makan air tangan mak. Mak akan buat kuih ketayap inti kelapa, apam balik, goreng pisang, kuih tepung pulut, donut dan cekodok untuk kami. Serius kuih mak memang sedap sampai kami boleh berebut kalau habis hihi.. Mak sangat istimewa bukan saja di hati kami malah di hati abah.. saya ingat masa abah nak pergi menunaikan haji, abah pesan pada saya dan kakak saya..supaya sentiasa bahagiakan mak, abah cakap mak adalah insan yang sangat abah sayang. Mak adalah insan yang paling banyak berkorban, mak sanggup meredah kesusahan bersama dengan abah.. Ya Allah sungguh mak sangat istimewa..istimewa dihati kami..istimewa di hati abah..istimewa di hati arwah atuk. Saya pernah dengar dengan telinga sendiri ada insan yang memburukkan mak saya, masa tu saya di usia remaja.. sedih saya, nak je saya bagitahu orang yang menghina mak saya..tahukah kamu apa yang sebenarnya yang berlaku..kamu tak tahu.. kamu hanya mendengar dri sebelah pihak..kamu tak melihat dengan kepala dan mata sendiri..tapi pada waktu itu saya tiada kekuatan untuk membela maruah mak, saya pendam dalam hati..saya bina azam yang kuat untuk pertahankan mak.

IMG-20140906-WA0024

Alhamdulillah sekarang kami semua sudah dewasa..kisah pahit sudah berlalu.. mak kini saya kira di rezekikan dengan kehadiran anak, menantu dan cucu yang menyayangi mak. Mungkin ini adalah hadiah kepada kesabaran mak selama ini, berkat doa dan rintihan mak kepada Allah.. saya percaya Allah pasti akan meletakkan mak di tempat yang mulia..saya suka tengok kegigihan mak, walaupun mak belajar setakat darjah 6 tapi mak gigih menuntut ilmu, mak selalu minta saya lapangkan masa mendengar bacaan mak, sedihnya saya yang ni saya belum sempat pun buat.. ada sekali dua je saya sempat dengar bacaan mak. Tapi mak betul betul hebat..mak pergi mengaji, mak belajar bacaan yang betul dengan ustazah..mak praktikkan bacaan Alquran setiap hari. Bila waktu subuh, saya pasti akan dengar suara mak berzikir, berdoa dan merintih.. saya selalu curi dengar doa mak.. kadang saya datang dekat dinding dan dengar.. mak sebut satu satu nama anak mak.. mak sebut juga nama abah mak sebut nama arwah atok. Ya Allah kau terimalah amalan mak.. baiknya mak pada kami. mak akan cakap dengan saya lepas solat mengaji, doakan arwah atok..doakan kan keluarga kita.. Ya Allah sedihnya.. begitu dalam kasih mak.. dan setiap kali saya ada masaalah..saya rasa kecewa..mak akan pesan pada saya.. Sabar… doala pada Allah supaya di jadikan orang yang sesabar sabar manusia. sebab saya ni kurang sabar sikit, jadi mak selalu pesan jadi orang yang sabar, mak pesan lagi kalau tak suka diam je.. jangan tunjuk kita tak suka..aduuh yang tula saya tengah praktikan sekarang. Emm agaknya itulah doa mak setiap hari ..bermula mak kenal Allah sampai sekarang.. mak doa supaya dirinya jadi orang yang sabar.. dan mak pun sentiasa pesan pada saya dan adik beradik  jadi orang yang sabar… Allahuakhbar hebatnya mak…. Mak alang sayang sangat mak.. Alang nak jadi macam mak jadi orang yang sabar. Alhamdulilah lega saya dapat luah kat sini.. saya harap kami semua adik beradik ipar duai dan cucu cucu mak akan terus berbakti pada mak dan abah sehingga ke akhirat. Doa saya buat mak..

” Ya Allah kau kurniakanlah kebaikan di dunia dan di akhirat buat ibuku tersayang, anugerahkan ibuku kasih sayang mu, keampunan dari mu, diluaskan pintu rezeki, dipermudahkan urusan, dipermudahkan urusan kematian, dijauhi azab sakratulmaut dan azab kubur.Dan Engkau peliharalah maruah ibuku semasa ibuku hidup dan sesudah ibuku tiada..Ameen “

403026_163671020413832_908997300_n

Membina suasana belajar untuk si manja comel

Entri kali ni saya nak share sikit langkah pertama saya membina suasana belajar untuk anak saya Fatihah, kalau yang biasa mengikuti perkembangan saya di facebook dan di blog mesti kenal anak saya Fatihah hihihi. Saya dan suami bercadang untuk memulakan tindakan awal untuk mengelakkan Fatihah dari terjebak dengan telefon dan ipad, jadi alternatif yang kami ada adalah kembali kepada kaedah yang tak moden tetapi sesuai sepanjang zaman hihihi.

JpegSaya mulakan dari awal dengan membiasakan Fatihah dengan memegang buku-buku kecil yang mempunyai gambar yang menarik, saya mula membelikan buku-buku tersebut seawal Fatihah berumur 6 bulan. Tujuan saya supaya Fatihah dapat melatih jari fatihah untuk memegang buku-buku dan melatih Fatihah berkenalan dengan warna dan gambar. Pada awalnya Fatihah lebih kepada pegang sekejap kemudian lepas, lama kelamaan Fatihah mula menunjukkan minat dan mula mencari buku -buku yang saya belikan.

JpegSetiap kali Fatihah mula memegang buku saya akan cuba menyebut satu persatu huruf dan perkataan didalam buku, kadang kadang saya eja kan kadang-kadang saya ceritakan. Buku Sang Jumbo yang dah tercabut mata dia sebelah tu merupakan buku kegemaran Fatihah, walaupun Fatihah masih kecil saya tetap bacakan, sambil saya mengayakan badan dan membunyikan bunyi haiwan, contoh kalau saya cakap sang monyet saya akan bunyikan bunyi monyet dan saya berlakon sekali hihi. Bialah orang nak ketawa pun, tapi saya percaya  Fatihah mula memahami dan mula menunjukkan minat pada cerita saya, kalau saya tak sempat suami saya akan ambil alih tugas saya bercerita dan berlakon bersama.

JpegHasilnya hari ini selepas 6 bulan Fatihah sudah mula menunjukkan minat pada buku buku kecil yang saya belikan untuk dia, sekarang bila saya mula pegang buku, Fatihah akan duduk diriba saya sambil menunjuk nunjuk buku seolah olah sedang membaca. Alhamdulillah seronok tengok perkembangan Fatihah. Saya beli buku murah -murah je, biasanya tak lebih dari Rm10, harga paling tinggi pun dalam Rm8.90 saya beli. Semalam saya dah mula menyediakan sudut khas untuk Fatihah, saya sediakan ala ala tadika mini untuk Fatihah, jenuh la saya menampal, tapi saya puas hati sebab saya pun suka.hihihi. Alhamdulillah pengalaman sebagai guru sekolah rendah banyak membantu saya dalam membina suasana belajar untuk Fatihah.

JpegNi ha ..tak siap pun lagi..nak kena slow slow..so far saya puas hati hihi (syok sendiri )

Doakan projek mini saya ni berakhir dengan kejayaan hihi, seronok pula saya mendeco rumah macam tadika hihihi nampak ceria rumah saya hihi. Saya kira saya perlu mulakan tindakan awal untuk bantu perkembangan Fatihah, untuk setakat ni saya tengah buat 3 benda yang perlu istiqomah mudah-mudahan Allah memberi keizinan atas hasil usaha saya ni. Saya share sikit sebelum menutup kalam, masa Fatihah berumur sebulan hingga sekaran 12bulan suami saya akan biasakan fatihah dengan bacaan Alquran, setiap hari tak kira di mana kecuali dalam tandas suami saya akan bacakan 3 surah utama iaitu:

1. Surah Al Fatihah

2. Ayatul kursi

3. Surah Al Ikhlas

Manakala saya pula bila suami pergi kerja masa nak tidurkan Fatihah saya akan tambah dengan

1. Surah Toha ayat 1-5

2. Surah Al Insyirah.

Setakat ni saya dan suami masih dapat meneruskan aktiviti tersebut doakan kami semoga diberi kekuatan luar dan dalam untuk membina biah solehah untuk anak kami. Entri akan datang saya akan ceritakan pula macam mana saya berdepan dengan karenah Fatihah bila saya nak solat, apa perasaan saya dan apa ujian ujian yang saya hadapi bila suami saya tiada dirumah. Untuk malam ni setakat ni dahulu cerita sempoi saya untuk semua, mudah mudahan bermanfaat untuk semua. Ameen

Subuh yang sayu

subuh1

Pagi tadi saya baca quran, tengah elok baca saya terhenti sekejap saya terdengar sayup suara Azan..bukan tak biasa dengar tapi kali ni lantunan Azan dari Masjid berdekatan rasa jauh sayu menusuk ke hati. Tak tahu kenapa hati saya jadi sesayu tu..saya teringat ramai dah meninggalkan saya..saya pula macam mana nasibnya. Azan subuh berakhir saya sambung bacaan quran, suami saya dah siap nak ke surau, macam biasa dia pesan pada saya mandi sebelum solat.

Anak masih tidur lagi, ye la memang time dia tidur pun masih kosong dengan segala taklifan di bahu, tak mumaiyiz  tak baligh jadi tiada bebanan ke atas Fatihah hiihi. Hidup dan mati kita ni tak tahu..semua jadi rahsia Allah, terkenang saya kemulian orang yang mati dalam keadan beriman, dapat pula anugerah mati pada hari jumaat tentu di alam kubur terang benderang suasananya. Rasa takut pula bila ingatkan kegelapan kubur. Moga mati kita nanti dalam keadaan husnul khotimah,dan semoga tiada fitnah kubur melanda kita. Nak cari kecerahan kubur adalah dengan berbuat amalan di dunia, antaranya solat malam, mengaji, berpuasa , bersilaturrahim dan bersedeqah. Moga – moga amalan kita nanti menjadi saksi terbaik di alam barzakh. Saya teringat pula suami anak, ibu dan ayah saya serta adik beradik saya yang tersayang, saya juga mengharapkan agar kami semua dapat berhimpun di akhirat bersama -sama. Doa saya semoga Allah memberi ruang dan jalan untuk kami semua bertemu di syurga.

Ibu dan ayah saya semoga Allah kurniakan syurga diberi pelepasan dari azab dan fitnah kubur, takut kalau ada perbuatan saya yang jadi beban dan penghalang keduanya untuk ke syurga. Malu mengenang kisah silam semoga Allah terima taubat. Disini suka saya kongsikan pada semua yang anak dara yang bujang, jangan disebabkan kita ibu dan ayah kita terheret ke neraka. kalau nak sesuatu ingat satu benda je, Allah redho ke aku buat macam ni, Allah suka ke? kalau aku buat macam ni ibu ayah aku macam mana, kasihanilah ibu dan ayah kita. Tak kira la yang baca blog saya ni siapa, tapi kalau terbaca tolong sampaikan pesanan saya ni dan tolong panjangkan :

1. Untuk anak dara anak bujang di luar kalau bercinta jangan ikut hawa nafsu, bila kita ikut hawa nafsu ke luar ke hulur ke hilir sampai lewat malam tanpa ada teman kita dah menyumbang satu dosa pada diri kita, kena pula masa kita keluar mak ayah izinkan, tak pasal pasal mak ayah dapat saham yang sama.

2. Telefon sila jaga, masa bercinta jangan gila nak bergayut syaitan kiri kanan, bila kita dah hanyut bercinta kita akan lupa jaga batas kita sebagai muslim dan muslimah, kalau dah bergayut tengah malam suara mesti dilunakkan selembut sutera, jadilah macam macam perkataan yang tak sepatutnya di ucapkan. MALULAH DENGAN ALLAH

3. Ibu dan ayah kita dah penat besarkan kita, banyak kesusahan yang mereka lalui, banyak pengorbanan yang meraka korbankan. Tolong jangan kerana kita buat maksiat, ibu dan ayah terhumban sekali lagi ke pintu neraka.

4. Anak dara dan anak bujang kalau bercinta jangan sampai meninggi sura dengan ibu dan ayah kita, kerana tak dapat penuhi kehendak pasangan nak keluar bersama, ibu dan ayah jadi mangsa. Ingat Ibu ayah bela kita sejak kecil, dia jaga sepunuh kasih sayang, jangan kerana dia yang belum tentu sayang kat kita, kita derhaka pada ibu dan ayah kita.

5. Setiap hari ajak diri kira sedeqahkan Alfatihah kepada ibu dan ayah kita, buat dari sekarang, semoga segala dosa ibu dan ayah kita diampunkan Allah dan semoga hubungan kita sebagai anak menjadi lebih rapat.3139168538_829e670687_o

Setakat ini sahaja yang saya catatkan, ikut pada kata hati saya je ni, dari pembacaan dan pengalaman. Moga kita semua jadi orang yang bertaqwa, moga mati kita Allah pelihara dari fitnah . Moga kita dipilih Allah untuk jadi hamba  yang dicintainya.

Dia yang selalu menyenangkan saya

Av4SquLgmgGdHuEMFybXl0ER9Fp-9vTI6_T3JJZZB9jf

Sepatutnya saya pergi ke Multaqa Ulama’ hari ni,tapi atas beberapa perkara saya tak dapat pergi, monyok la muka saya seposen. Suami tepuk tepuk saya insyallh nanti ada rezeki abang bawak ummi pergi dengan anak, sedih juga sebab dah rancang tiba-tiba atas beberapa masalah teknikal saya terpaksa mengundur diri, bukan apa bila keadaan nak pergi pun kelam kabut, saya pun jadi tak sedap hati nak teruskan pergi. Tengah sedih dengan muka saya seposen dua posen lima posen tiba-tiba suami saya bersuara memecah kesedihan”ummi..ummi ..ummi nak tahu tak, sebenarnya bukan pakcik kat MAFAZ ( Masjid Fatimah Azzahra’ Kosas Ampang ) tu je yang cakap abang ni handsome, tapi ramai..abg kira-kira tadi..ooo ramai ..emm dlm hati saya start dah abang ni nak buat lawak….saya tengok je muka suami bercerita sambil saya kunyah pelan canai kosong dalam mulut.. ummi nak tau dak..masa abang kerja photostat dulu..ada sorang cina selalu panggil abang hei..handsome boy!handsome boy!abang terpinga-pinga, abang pandang belakang takde orang lain yang handsome.. abang rasa, abang la tu.. lepas tu bila abang pandang uncle cina tu balik, dia panggil lagi..hey handsome boy!!..aaa mmg sah abang.. abang yakin beliau JUJUR cakap abang handsome hahahaha (saya tengok muka suami macam tak bersalah je masa buat pengakuan tu) hahahaaaa.

Begitulah dia setiap hari akan cuba membuat saya tersenyum, bila ada sesuatu permintaan saya atau perkara di luar kemampuan, dia akan cuba sedaya upaya menghiburkan saya dan anak. Saya faham isi hati dia sebagai suami, dia seorang lelaki bergelar suami pastinya mahu mengembirakan isteri sedaya upaya, tapi kadang kala ada beberapa keperluan yang perlu di dahulukan. Pada saya apa yang saya miliki hari ini sudah cukup membuatkan saya rasa cukup, cukup dari sudut keperluan, yang selebihnya saya minta adalah kehendak, biasalah kita sebagai manusia kadang – kadang lupa antara keperluan dan kehendak. Apapun saya seronok melihat setiap hari ada saja perubahan yang baik dalam hidup saya sepanjang berkeluarga, saya rasa saya perlu lebih banyak merenung nikmat-nikmat Allah yang saya perlu syukuri, lebih saya seronok bila suami saya duduk berbincang dengan saya bagaimana untuk mempertingkatkan kualiti solat bagaimana untuk memperbaiki pengurusan waktu  dan bagaimana setiap hari dia selalu mengingatkan saya berkenaan aurat didalam rumah dan diluar rumah. Ok la cukupla sekadar coretan saya hari ini, ada masa saya kongsikan lagi.Yang baik saya kongsikan disini dan yang kurang baik saya harap pembaca jangan ikut dan ambil pengajaran. Insyaallah doakan saya dan suami direzekikan untuk pergi ke Program Multaqa’ tahun depan, dan direzekikan kehidupan yang baik.Ameen

11002590_903853576332447_3244547824772459736_n

MULTAQA” ULAMA SEMALAYSIA 2015

Berehatlah dikau Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Murabbi Ummah

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah…

” Berehatlah Dikau Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Murabbi Ummah,Kami kasih kami cinta,Namun Allah lebih Kasih akan kamu “

10974220_856538124402805_976392470001283170_o

 

Hari ini merupakan hari kedua Tuan Guru meninggalkan kita semua, semalam merupakan hari keberangkatan beliau bertemu sang penciptanya, keberangkatan beliau menemui illahi tersusun cantik, kembali bertemu Allah tepat jam 9.40 malam pada malam jumaat yang penuh baraqah. Saya menerima berita pemergian Tuan guru ketika sedang bermesyuarat dengan sahabat -sahabat pengerak Nisa’ Ampang, saya terkedu tapi tidak menitiskan air mata, tangisan tersebut saya simpan di dalam hati, saya kuatkan hati agar tidak mengalirkan mutiara jernih , dalam hati saya menyebut innalillah..pulangla dikau Murabbi Ummah, pulanglah bertemu Allah kerana Allah lebih kasih padamu. Saya melihat suasana mesyuarata hening, sunyi tidak ceria dan agak lesu namun sahabat pengerak Nisa’ seakan melawan perasaan sedih tersebut demi meneruskan agenda dakwah yang terpikul di pundak bahu masing-masing.

Sejujurnya hati saya seakan memaksa saya menangis, namun saya tetap bertahan, saya yakinkan diri setiap yang  bernyawa pasti akan pulang menemui Allah, dan saya juga pasti akan menemui Allah. Terbayang wajah Tuan Guru ketika mula saya diperkenalkan oleh abah saya di halaman depan surat khabar Harakah, pada ketika itu saya berusia 8 tahun. Pada usia terlalu kecil Abah mengenalkan saya inilah wajah ulama’, saya teliti tulisan kecil di akhbar saya eja dan baca TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT, Abah menyatakan kepada saya, nanti dah besar ingat sokong Tok Guru, tanpa saya faham apakah maksud Abah. Yang nyata ketika itu pada tahun 199o saya melihat Abah setia dengan Harakah , setia menyusun poster bergambar Tuan Guru dan Abah juga sibuk menggunting bendera hijau dan putih. Dan hari ini saya sudah memahami apa maksud Abah, hari ini saya mengelek anak kecil saya meneruskan perjuangan yang di tinggalkan oleh Rasullullah , disambung oleh Ulama Tuan Guru dan saya sebagai orang kecil memilih untuk menjadi pasir pelengkap kepada perjuangan ini.

10856608_10152998586780600_4943168263776564760_o

Saya akhirnya menitiskan air mata, semalam berderai juga akhirnya air mata setelah habis pengebumian beliau setelah anak tidur  setelah suami pergi menunaikan amanah kerja, saya bersendirian lerai air mata di empangan, tak mampu juga saya rupanya. Saya menangis semahu-mahunya saya seolah olah kehilangan bapa, sedangkan saya tidak pernah bersua muka yang saya pernah lihat adalah kelibat belakang beliau di Masjid Pulau Melaka, ketika saya menyertai jaulah KUSZA tahun 2005. Saya nyata tiada kenangan bergambar dengan beliau , saya tidak ada satu kenangan, yang saya ada hanyalah membawa semangat juang beliau. Semangat jiwa kental itulah yang saya bawa, dan saya kira itulah kenangan yang ada pada saya, walau sesedih manapun saya atas pemergian beliau, saya perlu seka air mata saya agar tidak tumpah basah dan melemahkan saya, saya perlu seka air mata, saya perlu bangun meneruskan risalah dakwah yang ditinggalkan. Saya berkeyakinan Tok Guru sedang gembira dan bahagia disana, saya yakin dengan doa berpanjangan dari pencinta ulama’, kubur beliau akan terus disinari cahaya. Saya seolah olah menyimpan cita-cita untuk bertemu dengan beliau lagi, jika tiada rezeki saya bertemu di dunia saya perlu kuat mengumpul amalan untuk bertemu dengan beliau di Syurga sana hanya itu yang mampu saya lakukan di sini, biarlah saya tiada kenangan bersama beliau di dunia, asalkan aya dapat membawa diri saya, suami dan anak -anak untuk bertemu dengan beliau di Syurga sana. Kasih saya terhadap Ulama’ hebat Murababbi ummah takkan terpadam, semoga saya juga kuat mendidik anak-anak dan suami untuk terus berada dalam perjuangan Islam. Dan semoga saya sekelurga juga mampu mendidik diri kami menjadi hamba yang taat kepada Allah. Jujur beliau  menjadi motivasi untuk saya dan keluarga untuk memilih jalan menuju Allah. Coretan sedih saya kali ini berakhir disini, tiada daya saya untuk menyekat kehendak Allah mengambil beliau bertemu dengannya.

Wahai Murabbi Ummah tenangla dikau di sana…Ameen

Murabbiummah

 

” Setiap yang bernyawa teman, pasti akan menemui penciptanya, Setiap yang bernyawa tidak pernah kekal di dunia kecuali ALLAH, Berimanlah dengan Allah dengan sebenar-benar Aqidah, Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang berhimpun bersama para Nabi ,para solihin di akhirat kelak , Ameeen “

10479183_512013572233470_7067527207236079026_n