Biskut Arab Sedap..cair di mulut saya

Assalamualaikum

🙂 🙂 🙂 🙂 🙂

11822715_831086640338930_2753247676541639086_n

Wahahah.. syok tak terkata.. berjaya juga saya buat biskut arab atau nama Hollywoodnya ” Crystal Ball Cookies ” ni, rasa nak menangis la pendek kata, kalau panjang kata mau sujud syukur hihihi. Sedap sangat, betapa jenuhnya saya cari resipi biskut arab yang cair di mulut, lemak berkrim dan rasa susu, akhirnya saya berjaya juga jumpa resipi idaman di blog www.bukuresipi.com. Terima kasih admin buku resipi yang tak pernah lokek share resipi. Sebenarnya masa balik raya baru ni saya dah pernah try satu resipi, tapi hasilnya tak memuaskan hati saya, agak keras, jenuh saya berfikir macam mana nak dapat resipi biskut arab yang lemak manis dan cair di mulut, akhirnya jumpa juga hihihi. Dengan saya cuba resipi yang saya ambil dari blog buku resipi ni, saya puas hati dan berhajat nak ulang buat hiihi. Ok saya share di sini resipi sedap ni ye, sebelum tu saya nak maklumkan saya ambil resipi ni dari blog www.bukuresipi.com dan owner resipi ni Puan Noor Abdul Rahim jadi saya harap kalau lepas ni ada sesiapa yang berjaya buat biskut ni, kreditkan la pada tuannya sebagai adab kita mengambil ilmu 🙂

RESEPI BISKUT ARAB (Crystal Ball Cookies)
OLEH : Noor Abdul Rahim
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :

200g tepung gandum
50g serbuk badam
1/2 sudu kecil baking powder
125g gula halus
130g minyak sapi
pewarna merah, kuning & hijau
gula caster secukupnya untuk salut

CARA-CARA PENYEDIAANNYA :

Gaul kesemua bahan hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan mengikut warna yg disediakan.
Ambil ketiga-tiga adunan secukupnya, cantum & bulatkan sebesar guli.
Masuk kan bebola kedalam papercup kecil.
Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 15 – 20 minit (mengikut oven masing-masing)
Setelah biskut sejuk, taburkan sedikit gula caster diatasnya & simpan biskut didalam bekas kedap udara.

CATATAN:

Untuk pengetahuan oleh kerana saya nak biskut arab susu, saya gantikan 50gram serbuk badam kepada susu, kemudian saya ubah sedikit dari 130gram minyak sapi kepada 100 gram butter dan 50 gram minyak sapi, Kemudian saya uli sampai doh tak melekat di tangan, jangan terlebih tepung pula ye saya tak ubah bahagian tepung. Alhamdulillah hasil yang saya perolehi memang cantik, biskut terbentuk cantik. Untuk pengetahuan pembaca oleh kerana adunan ni ada baking powder, jadi seeloknya bulatkan sebesar guli, sebab biskut ni akan naik sikit semasa dalam proses memasak.Ok selamat mencuba ya, yang penting semasa buat keyakinan dan tawakal kena level tinggi hihihi.

One thought on “Biskut Arab Sedap..cair di mulut saya

Comments are closed.