Adakah makmum wajib mesti mendengar bacaan Fatihah Imam

Assalammualaikum.

1) Adakah waktu imam baca fatihah makmum mesti mendengar?

2) Bagaimana jika makmum membaca selepas imam selesai tetapi imam sudah rukuk sebelum makmum habis membacanya. Adakah perlu makmum terus rukuk tanpa menghabiskan bacaannya?

Jawapan kami;

1) Mendengar bacaan al-Fatihah imam dalam solat jahriyyah hukumnya adalah sunat (Mughni al-Muhtaj, I’anah al-Tolibin). Firman Allah Taala;

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”(Surah al-A’raf 204)

2) Wajib makmum habiskan bacaan al-Fatihahnya dan ketika itu, makmum dimaafkan untuk ketinggalan 3 rukun yang panjang (I’anah al-Tolibin).
اليسع
Wallahu a’lam

USRAH SOLAT DAN QA AGAMA
:memo:by:

https://telegram.me/usrah_solat_MSO

**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi’i