6 Perkara yang mengharamkan NIKAH

Assalamualaikum

Warga rehat dan rawat..saya kongsikan disini 6 perkara yang mengharamkan nikah..saya peroleh dari Usrah Solat dan QA Agama.. panjang panjangkan dan sebar sebarkan ye .

851333768_47732_16911369517728229145

851333780_48159_9495508477654540728

851308841_29384_15963418918084754633

851312555_30188_7699993898604023159

LIKE FBpage kami rehatdanrawat.com

Faizah Zaini

Shaklee Independent Distributor

Juga Dapatkan Buku kanak kanak yang menarik dari kami keluaran Pustaka Yamien

013 327 2458

 

Hukum makmum sibuk baca Surah Al-Fatihah di belakang imam

Assalamualaikum ustaz

Pertanyaan tentang apakah hukumnya makmum sibuk baca Surah Al-Fatihah di belakang imam?
-contoh situasi: ketika imam membaca surah laim sesudah surah Al-Fatihah ( ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah Al-Fatihah, ini dapat kita perhatikan ketika solat berjemaah jahriyyah (subuh, maghrib dan isya).

Jawapan kami;

Sunat makmum membaca al-Fatihah selepas bacaan al-Fatihah imamnya. Hal ini adalah sekiranya makmum mempunyai berat sangkaan bahawa dia sempat untuk membaca al-Fatihah sebelum imamnya rukuk. Selepas itu, barulah makmum mendengar bacaan surah imamnya pula.Namun, sekiranya diketahui atau berat sangkaan makmum bahawa dia tidak akan sempat membaca al-Fatihah sebelum imamnya rukuk, maka ketika itu sunat bagi makmum tersebut membaca al-Fatihah beserta dengan imam tanpa perlu menunggu imamnya selesai membaca al-Fatihah (Fath al-‘Allam, al-Syams al-Munirah).Justeru, sunat bagi makmum mendengar bacaan imamnya (Mughni al-Muhtaj, I’anah al-Tolibin). Firman Allah Taala;

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”(Surah al-A’raf 204)

Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam;

فإذا كبر فكبروا، وإذا قرأ فأنصتوا (واه مسلم (404)

“Apabila imam bertakbir, maka hendaklah kamu bertakbir dan apabila imam membaca al-Quran, maka hendaklah kamu diam.”

Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam dalam sebuah hadis hasan sahih;

إذا كنتم خلفي فلا تقرءوا إلا بأم القرءان

“Apabila kamu berada di belakangku (sebagai makmum), maka janganlah kamu membaca (al-Quran) melainkan al-Fatihah.”(al-Darqutni)
اليسع
Wallahu a’lam

USRAH SOLAT DAN QA AGAMA

Adakah makmum wajib mesti mendengar bacaan Fatihah Imam

Assalammualaikum.

1) Adakah waktu imam baca fatihah makmum mesti mendengar?

2) Bagaimana jika makmum membaca selepas imam selesai tetapi imam sudah rukuk sebelum makmum habis membacanya. Adakah perlu makmum terus rukuk tanpa menghabiskan bacaannya?

Jawapan kami;

1) Mendengar bacaan al-Fatihah imam dalam solat jahriyyah hukumnya adalah sunat (Mughni al-Muhtaj, I’anah al-Tolibin). Firman Allah Taala;

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”(Surah al-A’raf 204)

2) Wajib makmum habiskan bacaan al-Fatihahnya dan ketika itu, makmum dimaafkan untuk ketinggalan 3 rukun yang panjang (I’anah al-Tolibin).
اليسع
Wallahu a’lam

USRAH SOLAT DAN QA AGAMA
:memo:by:

https://telegram.me/usrah_solat_MSO

**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi’i

PROMOSI BUKU KANAK KANAK LET’ S INVESTIGATE !! Hanya Rm 40 untuk 5 buah buku

Buku Let’s Investigate

===========================

Anak anak kita mesti tertanya tanya kan.

Ummi Ummi Siapa cipta Bumi,

Abi Abi siapa cipta air ,

Adik tak faham la macam mana air hujan boleh turun..

Ummi , Abi ceritalah Kenapa bulan banyak bentuk.. kenapa ada bintang di langit..???

20151207201506

20151207201513

20151207201519

20151207201525

===================================

Haaaa!!!! susah juga soalan ni kalau kita sendiri pun tak ada pengetahuan nak jawab kan 

Apa kata kita belikan buku LET”S INVESTIGATE untuk anak anak kita .. Anka anak dapat maklumat melalui buku Let’s Investigate 

Malah membantu anak anak CINTA KEPADA ALLAH

++++++++++++++++++++++++++

LET’S INVESTIGATE!!! Hanya RM40 untuk 5 buah BUKU 

Buku yang menarik untuk dibaca , buku ini menceritakan tentang alam ciptaan Allah dan di kaitkan dengan Sains.

Membantu mendekatkan anak anak untuk melihat Kebesaran Allah dalam mencipta Alam..

Membantu anak anda meminati bidang sains.

Harga untuk 5 Buah Buku adalah Rm40 Sahaja.

+++++++++++++++++++++++++

Jom wasap kami laju laju
013 327 2458

LIKE PAGE KAMI : rehatdanrawat.com

PROMOSI Buku Jawi Kanak Kanak ..Jualan Penghabisan Stok!!!

PROMOSI PENGHABISAN STOK KEMBALI!!!!

20151207201413

====================================
Kami Menawarkan Buku Buku Jawi kanak kanak dengan harga PROMOSI!!
=======================================

Buku Buku yang sangat menarik untuk di miliki

Membantu anak anda mengisi masa lapang
Membantu anak anda menguasai jawi melalui kosa kata Membantu anak anda lancar membaca jawi

Kami Menawarkan Buku Buku ini kepada :
1. Anak anak anda
2. Guru guru Jqaf
3. Guru Guru Tadika

********************************************
BUKU CERITA JAWI KANAK KANAK 3EDISI
********************************************

Set Buku Cerita Jawi Warisan Pak Mat Lob dengan 3 EDISI
Edisi Asas Jawi 7 buah buku
Edisi Mahir Jawi 10 buah buku
Edisi lancar Jawi 10 buah buku

****************************************

20151207201353

Hanya RM 110 termasuk pos untuk 27 Buah Buku !!
Menarik kan!!

HARGA BERPATUTAN !!!

Hubungi kami di no : 013 327 2458

LIKE page kami rehat dan rawat !!

20151207201150

Hukum perempuan yang didatangi haid melakukan tawaf

Assalamualaikum Ustaz. Apakah hukum perempuan yang didatangi haid melakukan tawaf? Terima kasih

JAWAPAN
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Imam-imam empat mazhab berpendapat bahawa perempuan yang didatangi haid dilarang melakukan tawaf berdasarkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Aisyah R.Anha ketika beliau kedatangan haid:

افْعَلِي مَا يَفْعَلُهُ الْحَاجُّ غَيْرَ أَنْ لاَ تَطُوْفِي بِالْبَيْتِ حَتَّى تَطْهُرِيْ
Maksudnya: “Lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh orang yang menunaikan haji, namun jangan melakukan tawaf di Baitullah melainkan setelah engkau suci.” Riwayat al-Bukhari (290) & Muslim (1211)

Jika perempuan haid itu mengingkari lalu melakukan tawaf, maka tawafnya tidak sah dan dia hendaklah membayar dam. Ulama Mazhab Hanafi mengatakan tawafnya sah dan dia dikenakan seekor unta. Begitu juga perempuan yang bernifas dan orang yang berjunub, kedua-duanya dikenakan seekor unta.

Al-Mughirah menyatakan: “Tidak disyaratkan bersuci untuk tawaf malah ia sunat sahaja. Jika dia tawaf dalam keadaan berhadas maka dia dikenakan bayaran seekor kambing dan jika dalam keadaan berjunub maka dia dikenakan bayaran seekor unta.”

Wallahuaʿlam

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN