Hukum Bersiul dan Bertepuk tangan

2d2c7d950f3bc2ad7da4d01e57062e54

Bersiul dan bertepuk tangan adalah cara orang jahiliyyah beribadah.

Firman Allah:

وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلَّا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُون

Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu (wahai orang kafir) akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu.

Oleh itu para ulama bersepakat menyatakan haram bertepuk tangan jika niat beribadah seperti orang jahiliyyah.

BERSIUL DAN BERTEPUK TANGAN BUKAN KERANA IBADAH

Para ulama berbeza pendapat jika bertepuk tangan bukan kerana ibadah.

PENDAPAT PERTAMA

Diharuskan seperti bertepuk tangan untuk memberi sokongan kepada seseorang atau sesuatu pasukan .

Walaubagaimanapun bertepuk tangan tidak sesuai untuk seseorang kerana kedudukannya ( dari sudut maruah ) dan tidak menjatuhkan maruah untuk insan yang lain ,sesiapa yang hendak bertepuk tangan hendaklah mengetahui maruahnya terlebih dahulu.

PENDAPAT KEDUA

Haram bertepuk walaupun bukan niat beribadah kerana ianya adalah perbuatan orang jahiliyyah.
PANDANGAN IBNU HAJAR AL HAITAMI DAN RAMLI

Bertepuk tangan di luar solat adalah makruh walaupun walaupun dengan niat bermain-main.Manakala al Ramli pula mengatakan haram.

BERSIUL
Apa  yang zahir kepada saya hukum bersiul sama dengan hukum bertepuk tangan .
Wallahu a’lam

 

NOTA: Nota ini diambil  dalam perbincangan group whatsapp Taman Ilmu bersama AlFadhi Us Tirmizi Taha Pensyarah Universiti Darul Iman Kuala Terengganu. Nota nota ini bebas dikongsi bersama, tujuan nota ini di himpunkan adalah bertujuan untuk memanjangkan sedeqah ilmu pada pembaca sekalian.

Cermin pagi Cermin diri

CERMIN PAGI 2015❗❗❗

download

SIAPAKAH KITA DI PAGI HARI?
Diam sejenak dan renungi diri.

Ulama berkata :

“Siapa yang berpagi-pagi dalam keadaan (suka) marah-marah adalah golongan manusia yang tidak berpuas hati dengan takdir Allah swt”Allah beri ujian pagi-pagi hari sebagai kafarrah, untuk menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan pada malam sebelumnya. Tapi sesetengah kita tidak sedar, kekadang pagi-pagi sudah marah-marah dan merosakkan kebahagiaan pagi kita…(sedang Allah datangkan ujian di pagi hari untuk menghapus dosa yang tersisa)

Contohnya:

Marah-marah anak di pagi hari kerana sebab-sebab kecil,

Pagi-pagi lagi tidak berpuas hati dengan suami/isteri/anak-anak sampai terjadinya leteran dan marah-marah.

Marah-marah (atas perkara yang kecil) sepertinya bila tersangkut dalam traffic jam atau kelewatan.

Pagi-pagi lagi dah ‘bad mood’ dan suka marah-marah pekerja bawahan. Walaupun kesilapan yang dilakukan hanya layak ditegur saja.

Ulama menyebut, manusia sebegini adalah dalam golongan manusia yang hati kecilnya tidak dapat menerima atau tidak berpuas hati dengan takdir Allah kepadanya.

Bahaya ni…
Kita tidak sedar kesan marah-marah kita itu. Selalunya kita akui kita redha, tapi hakikatnya akhlak kita mempamerkan hal yang berlainan. Perangai kita tunjuk yang sebaliknya. Sebab apa? Sebab apa yang kita cakap itu hanya pembohongan diri dan hakikatnya hati kita tidak berpuas hati dengan Allah swt…. Tahukah kita? Sebagai hambaNya wajib redha dengan ketentuan takdir Allah swt kerana setiap apa yang ditetapkan Allah itu pasti ada sebabnya dan terbaik dari Allah swt. Allah Maha Mengetahui.

Renungi diri….
Kita akan tahu siapa kita bila selalu cermin-cermin diri kita pada setiap pagi. Cermin diri anda, perbaikilah hubungan anda dengan Allah swt dan jadilah orang-orang yang redha dan bersyukur…
Redha dan terima apa saja ketetapan Allah swt kepada kita dengan hati terbuka. Pastinya ada hikmah di setiap apa yang Allah tetapkan kepada hambaNya.Selalu ucapkan dan zikirkan ‘Astaghfirullah hal azim’ dan ‘La hawlawala Quwwata illa billaah’ selalu bagi mengubati, merawat dan mendidik hati kita untuk sabar dan redha dengan segala ketentuan Allah swt.

JANGAN ‘BAD MOOD’…..
JANGAN SUKA MARAH-MARAH DI PAGI HARI…. TENANGKAN JIWA ANDA
DAN SENTIASALAH SENYUM.

Kalsium dan Magnesium membantu proses kelahiran menjadi lebih mudah

Nak tau tak kenapa masa kita pregnant doktor akan bekalkan kita kalsium, haaa saya pun baru tahu..” Kalsium dan magnesium ni memainkan peranan yang sangat penting ketika proses kelahiran. Kalsium dan magnesium bertindak dengan baik sekali dalam mengecutkan rahim bagi tujuan memudahkan proses mengeluarkan baby. 
Bayangkan si ibu yang mengandung langsung tak mengambil berat pengambilan kalsium dalam diet harian semasa mengandung..bagaimana dia melalui situasi semasa bersalin..semasa bersalin kita sangat memerlukan kalsium dan magnesium dalam darah kita, di bimbangi jika kita kekurangan terlalu banyak dua eleman penting ni, kita akan berdepan dengan masaalah tumpah darah, lebih lebih lagi jika proses bersalin memakan masa yang panjang

**************************************

woman-in-labor-husband-cartoon-mother-humor (1)

Saya sangat mencadangkan anda mengambil kalsium yang mengandungi magnesium semasa mengandung..

Pilihan saya tentunya SET BERSALIN SHAKLEE..jimat jimat jimat

Ulang Siar semula berkenaan HUKUM MENGHISAP ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPOR

Berikut adalah soalan berkenaan hukum menghisap rokok elektronik dan vapor oleh SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

SOALAN

Apakah hukum menghisap rokok elektronik dan vapor?
Pada hari ini, 17 Ogos 2015 bersamaan 2 Zulkaedah 1436H, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan kenyataan mengharamkan penggunaan rokok elektronik melalui fatwanya. Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, keputusan itu diputuskan dengan mengguna pakai hukum menghisap shisha yang telah difatwakan sebelum ini.Tambah beliau lagi, apabila telah cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ianya membazir dan ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakannya haram.Terdapatnya fatwa ulama’ yang menyokong tentang pengharaman rokok elektronik ini. Justeru, kami berpendapat seperti itu juga dengan alasan yang diberikan di atas. Untuk ulasan pengharaman, sila rujuk :

http://www.muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=465:irsyad-fatwa-ke-63-hukum-penggunaan-rokok-elektronik-vapor&catid=48&Itemid=333

Dalam isu ini, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk menolong penghisap rokok agar berhenti daripada merokok. Justeru itu, mereka menggunakan rokok elektronik sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok. Sebenarnya anggapan ini adalah menyimpang daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan nikotin yang asalnya daripada bahan yang boleh menyebabkan ketagihan dan mudarat kepada kesihatan manusia. Kami sepertimana isu merokok juga menyeru kepada khalayak umat Islam untuk meninggalkan penggunaan rokok elektronik atau vapor berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas. Alangkah baiknya duit yang kita gunakan untuk membeli rokok atau vapor, kita masukkan ke tabung masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta membantu keperluan mereka. Semoga Allah kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah dan berikan kepada kita kesihatan yang baik. Amin.

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
18 Ogos 2015 bersamaan 3 Zulkaedah 1436H

Untuk Suami Isteri ..Tazkirah dan Catatan Guru saya SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Alhamdulillah,  tergerak hati saya nak menghimpunkan Tazkirah dan Catatan Guru saya SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, tujuan saya himpunkan dan masukkan dalam blog ni adalah untuk memudahkan saya membuat rujukan dan memotivasikan diri dikala hati sedang rawan.  Semoga bermanfaat untuk pembaca sekalian. 🙂

Tazkirah Untuk Suami Isteri.

Dalam perjalanan Pulang dari Masjid Slim River, saya terbaca Facebook Dr. Aidh al-Qarani yang berpesan kepada Suami Isteri. Katanya :

•Jangan kamu halusi semua perkara.
•Jangan Kamu Cari setiap sebab.
•Jangan kamu pergi di belakang setiap khayalan.
•Taqwalah kepada Allah Redhalah dengan pembahagian dan bertolak ansurlah. Nescaya baiklah keadaan.

Beliau juga berpesan dengan katanya,” Sabar, menanggung ujian, menahan Marah dan menutup aib daripada seindah sifat suami isteri dan adalah semulia akhlak.

Akhukum Fillah
SS Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri
9.00 Malam
31 Oktober 2015
Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)