Doh Pizza Homemade yang sedap

Hyee semua.. teringin nak makan pizza? tapi budjet tak cukup, ok jangan risau anda boleh buat sendiri, lebih puas hati, lebih jimat perbelanjaan , hari ni saya nak share resepi doh pizza yang lembut dan sedap, hasil dari tanya kawan kawan yang biasa buat resipi, dan intai intai resipi di www.aziekitchen.com, saya ubah sikit mengikut kesesuaian, maka terhasillah doh pizza yang best dan lembut. terima kasih pada kawan kawan saya Siti Hamiyah, Maryam Jameelah, Atiqah Ismail dan Saniayatul, mereka ni pembakar semangat dan pemberi idea kepada terhasilnya doh pizza yang lembut ni. Now, kita layan sekejap resipi doh di bawah ni:

12109868_871921862922074_2774697884845501385_o

Resipi doh Pizza

BAHAN – BAHAN:

4 Cawan Tepung Gandum
1 Sudu kecil garam ( nak lebihkan boleh )
1 1/2 Sudu besar gula ( saya buh 2 sudu )
1 3/4 Yis mauripan
1 1/2 Cawan Olive Oil ( Minyak masak pun boleh )
1/ 2 Cawan air suam
2- 3 Sudu yogurt ( doh lebih lembut dengan yogurt )

12112470_871921839588743_2854484816492570146_n

BAHAN TOPPING:

1 Tin Cendawan butang

2 biji Lada Bengala hijau dan merah

Cheese Mozarela

1 Tin tomato puri atau sos spagetti

1 Tin sardin Adabi

Bawang Besar potong bulat atau dadu

Sos Cili

( Bahan bahan topping terpulang kepada anda nak letak apa, kalau suka sea food boleh letak seafood, kalau suka hot dog letak hot dog, saya pertama kali buat saya betak sardin, kemudian taburla sesuka hati  )

CARA MEMBUAT DOH PIZZA

Bancuh yis dengan air suam, dah berbuih masukkan ke dalam tepung yang dah di gaul dengan garam dan gula… gaul dengan chopstick atau garfu. Kemudian masukkan yogurt gaul lagi, kemudian baru masukkan minyak, buh sikit sikit.. agak agak.doh tak melekat kat tangan. Kalau letak semua takut lembik sangat pula, sebab kita dah letak.yogurt tadi. Bila adunan dah sebati dah di uli dan tak melekat kat tangan sapukan minyak pada doh. Tutup dan tunggu sampai sejam ,biar doh naik dua kali ganda.Dah naik , boleh la di leper leperkan buat tapak pizza, bakar dalam 10 – 15 minit. Dah masak sejukkan kemudian bungkus comel comel buh dalam peti ais bahgian atas, bila bila nak masak keluarkan je. Tapi kalau nak letak terus topping pun boleh, bakar selama 25 minit dengan suhu kepanasan oven 140-150 darjah. Pembakaran adalah bergantung pada oven masing masing, oven saya klu lebih dari 150 darjag kepanasa, pinzza jadi rentung.Selamat mencuba hihi

Ok tu je
Ikhlas dari Fbpage Rehatdanrawat.com
Like my page rehat dan rawat ya

KWSP bantu Selesai Hutang Pelajaran

images

Beberapa orang rakan menghubungi saya berkenaan status yang  saya tulis di facebook berkenaan hutang belajar saya bakal dilunaskan dengan duit KWSP, status saya lebih kurang begini bunyinya “Alhamdulillah..setel.. hutang SUK bakal dibyr dgn duit KWSP.. Alhamdulillah..”. Sebenarnya saya pun baru tahu yang hutang belajar boleh di selesaikan melalui simpanan di KWSP melalui akaun 2, maklumat tersebut diperolehi dari suami saya, untuk mendapatkan kesahihan saya dan suami telah menghubungi SUK Selangor dan KWSP untuk bertanyakan hal ni, alhamdulillah memang betul maklumat tersebut, bukan maklumat tipu. Pada hari Rabu yang lepas saya hubungi SUK Selangor untuk uruskan perkara berkenaan hutang belajar saya, alhamdulillah mudah je, tak sampai pun 15 minit urusannya, saya cuma perlu memaklumkan kepada pegawai tersebut beberapa maklumat penting dan pertukaran alamat, kemudian pegawai tersebut memaklumkan bahagian pinjaman pelajaran SUK selangor akan menguruskan beberapa maklumat seperti, surat perjanjian dan beberapa dokumen penting untuk di hantar kepada saya. Sebelum tu, pegawai tersebut ada memaklumkan kepada saya bahawa syarat untuk KWSP selesaikan hutang belajar tersebut mestilah pinjaman tersebut dibuat pada tahun 2001 ke atas, kemudian pegawai tersebut menyatakan perkara yang perlu ada adalah seperti berikut :

1.Surat Perjanjian Pinjaman

2.Sijil Diploma/Sijil Ijazah atau transkrip akhir meliputi semua keputusan setiap semester.

Berkenaan dengan surat perjanjian pinjaman, pihak SUK akan uruskan, cuma kita perlu ada adalah sijil kelulusan diploma atau ijazah. Kesemua dokumen akan di uruskan oleh pihak SUK dan kita akan di beri pilihan samaada nak ambil sendiri di pejabat bahagian pinjaman dan pelajaran SUK atau diposkan terus ke alamat rumah, saya pilih pos kerumah kerana kekangan masa. Jadi bila dokumen tersebut dah sampai pada kita, maka bolehlah kita bawa ke pejabat KWSP, di sana akan di uruskan segalanya, dan hutang kita akan di selesaikan melalui akaun 2. Pada peminjam peminjam pelajaran samaada dari Yayasan negeri atau PTPTN anda boleh lah berbuat demikian, jangan tangguh lama lama, tak senang duduk di buatnya, kesian pada penjamin kita. Saya harap maklumat ni dapat membantu rakan rakan sekelian insyaallah.

Donut Gebu..Untuk Fatihah

Lamanya tak update blog, bersawang sikit hihihi, hari ni baru berkesempatan penuh untuk update blog, saya mulakan dengan resipi donut gebu. Saya baru  buat semalam donut untuk anak dan suami, percubaan kali ketiga agak menyeronokkan sebab urusan nak menguli, menerap dan mengoreng jadi lebih mudah dengan bantuan suami. Tambah menarik suami saya belikan penerap donut, laju sikit saya buat kerja, kalau pakai tangan agak ambil masa. Resipi donut gebu ni memang gebu dan sedap, bukan sekadar omongan kosong tau , saya ambil dari blog kak ita www.azlitamasammanis.com, boleh di katakan resipi di blog kak ita memang sedap dan best, tak percaya boleh cuba, kak ita saya mohon paste kat sini ye, moga berpanjangan amal jariah kak ita. Okey tak mau cakap banyak meh saya share resipi donut gebu ni, boleh la buat hidangan sarapan pagi atau minum petang.

12122943_865096473604613_4675807260597319904_n

Resipi Donut Gebu:

Sumber :www.azlitamasammanis.com

1 biji kentang ~ di kukus atau di rebus, kemudian kupas kulit dan lenyek halus. ( kentang jangan kupas kulit masa rebus nanti dia serap air banyak )
250 gm tepung gandum / tepung protin tinggi / tepung roti
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung
70 ml air ais
1 1/2 sudu besar shortening / margerin / butter
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh baking powder
1 3/4 sudu teh yis segera

12096542_865096503604610_1892891969348733667_n

CARA CARA:

Satukan tepung yang di ayak ke dalam bekas.Masukkan gula, susu tepung, baking powder dan yis. Kemudian gaul rata, masukkan pula kentang yang telah di leyek halus, ratakan. Dalam bekas lain, satukan garam dan telur, kocok sebentar. Masukkan telur dalam adunan tepung, kacau rata tuangkan air ais sedikit demi sedikit hingga adunan sebati dan kental.Akhir sekali masukkan shortening dan uli hingga adunan lembut dan elastik

Saya tak buat pun, saya masukkan dalam mangkuk besar, tutup dengan tuala lembap, dan masukkan dalam oven, biarkan dalam 40 minit sehingga doh mengembang dua kali ganda dari saiz asal, jangan terlalu kembang nanti pahit pula donut.

12047194_865096486937945_674808480849657137_n

TIPS:
Anda boleh masukkan doh dalam plastik bag dan ramas-ramas doh selama 10 – 20 minit hingga doh menjadi elastik dan tak melekat di tangan.Tutup doh dengan kain towel, atau plastik wrap dan simpan di tempat yang hangat hingga adunan doh naik 2 kali ganda. Anggaran masa 30 minit. Anda boleh letak dalam almari atau letak dalam oven untuk memberikan rasa hangat pada doh. Pastikan oven tidak di on.Selepas doh naik 2 kali ganda, tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin.

Pastikan minyak tidak terlalu panas bagi mengelakkan donut terlalu cepat masak,bimbang hangus, agak agak dah panas minyak ,dah boleh masukkan, semasa proses mengoreng  balik balikkan donut bagi mendapatkan hasil warna yang keemas emasan, angkat jika warna sudah mula keemasan, warna donut lebih cantik dan menarik, sebab itulah kita tak boleh guna minyak yang terlampau panas, nanti warna donut tak cantik.

Dah selesai, boleh salut dengan gula, atau nak buat fancy donut pun boleh, kalau suami saya dia makan macam tu je, sedap sangat katanya, lembut, anak saya Fatihah sampai 4 biji dia makan, memang kenyang la, dan tak meragam hihihi. Nak ceritanya donut ni memang lembut, kalau kena gaya betul uli dan betul sukatannya, samapai esok pun masih lembut, jadi jangan tunggu lagi, pergi dapur korek korek bahan dan buat, rugi kalau simpan je resipi ni hihihi.

SELAMAT MENCUBA !!!