Kek Pandan Sedap..

Alhamdulillah, hari ni di beri kesempatan untuk update resipi kek pandan, resipi kek pandan asas ni saya ambil dari blog kak ita azlita masam manis, tapi saya ada buat beberapa perubahan, memang sedap resipi kak ita ita, saya dah buat lebih dari 3 kali, suami dan anak saya suka sangat, lembut macam span katanya hihi (testimoni suami saya, saya tidak berhasrat untuk over claim ). Sepanjang lebih dari 3 kali buat ni, saya sentiasa tengok kelemahan dan kekurangan saya, untuk kali ke-4 saya sangat puas hati, Kek masak dengan cantik, kulit luar masak cantik dan lembut, tak macam buat kek lain, pendek kata memang jatuh cinta di buatnya bila dah pandai buat kek asa pandan ni, cuma saya belum berpeluang nak buat lapisan kastard dia je, tak pe takpe, perlahan lahan mahirkan satu satu dulu hihi. ok tak mau banyak cerita jom tengok resipi kek asa pandan yang sedap ni.

20150915095540

Percubaan pertama saya, sedikit merekah..tapi rasanya sangat sedap, permukaannya sangat lembut macam beli di kedai.

RESIPI KEK PANDAN :

5 Biji Telur

150gram Gula kastor

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu besar Ovallete

1 sudu besar Paste pandan

150gram Tepung Gandum /Tepung kek /Tepung Superfine

1 Sudu kecil Baking Powder

80 ml Air

80 ml butter cair / minyak jagung

Pewarna Hijau

Cara -Cara:

Pukul telur dengan gula sehingga ringan, gebu dan kembang ( pastikan kembang untuk mendapatkan hasil kek yang cantik ), ayak tepung bersama baking powder dan letakkan di tepi,dan sapukan loyang dengan minyak supaya kek  mudah di keluarkan selepas masak. Apabila telur dan gula  kembang dan warna kepada  bertukar pucat, masukkan ovallete, esen vanilla, paste pandan dan pewarna adun sebati. Setelah semua sebati masukkan tepung berselang seli dengan air dan minyak adun sebati. Tuangkan ke dalam loyang yang di sapu minyak, dan masukkan ke dalam oven, masa anggaran masak adalah 50 minit atau sehingga kek masak, bergantung pada oven masing masing.

20150915095539

CATATAN:

#Sebelum memulakan proses membuat kek pastikan oven di panaskan terlebih dahulu pada suhu pada suhu 170 c.

#Saya tukarkan butter kepada minyak jagung

# Saya gunakan tepung gandum Faiza

#Setelah kek masak, keluarkan kek dengan segera dari oven dan loyang telangkupkan, bagi mengelakkan kek mengecut.

#Suhu oven adalah bergantung pada jenis oven, kalau jenis macam saya suhu pembakaran adalah 150 c sahaja.

#Jangan melengahkan dari satu proses ke satu proses membuat kek, kerana ia boleh mempengaruhi kejadian kek.

20150915095512

Oven Elba..Suhu yang di cadangkan untuk memasak kek di dalam buku manual adalah 140 c-150 c sahaja..kalau lebih maka hitamdan rentungla kek.

” Selamat Mencuba “

 

 

Diari SR : Belajar Erti hidup dari Tong Gas…

images (1)

Alamak aaaiii.. habis pulak gas..tengah tengah sedap nak panaskan kuali nak goreng ikan gas habis, aduh nila perkara yang paling tak suka sekali, ” Abang gas habisla.. tak sempat ummi nak goreng ikan ” saya intai jap dah nak masuk pukul sebelas, alahai ingatkan nak masak awal nak rehat awal, lain pulak jadinya. Mujur suami cuti, mudahla urusan nak beli gas, ” Abang suruh dia hantar cepat tau, ummi nak masak cepat ni ” insyaallah jawab suami saya sambil berlalu pergi. 15 minit kemudian suami sampai rumah, merah padam muka suami keletihan naik tangga, maklum la rumah aras 4, agak letih nak turun naik sebenarnya, saya hulur air masak, aiik mana orang hantar gasnya, tanya saya, suami saya angkat tangan tunjuk ” jap jap lagi kut, abang dah bagitahu dah nak guna cepat, emm ok jawab saya. 10 minit berlalu, 15 minit berlalu, 20 minit berlalu, siap saya buat kerja lain, masak nasi, potong sayur, sidai baju..ish tak sampai lagi ni, dah mula geram.. abang mana ni, uncle tu tak sampai sampai pun lagi..muka saya agak berkerut sebab jadual SR saya agak terganggu harini, ” tak tau ummi, kejap lagi kut, sabar ye, abang tengok kat luar kejap ” suami sarung selipar dan terus menuju ke arah tangga, mengintai intai orang yang menghantar gas. Saya pula dah start gelisah, aduh janganla Fatihah bangun, kalau bangun jenuhla nak bersilat dengan dia pula, saya gelisah tengok jam..aduh dah nak masuk pukul 12 setengah..lauk tak siap lagi, ishh.

images (2)

Suami saya masuk rumah, ” takde la ummi, tak tau la sebelum ni tak pernah lambat macam ni, ummi tunggu kejap ye ” Alaaaa.. ni yang tak boleh tahan ni, nape la service dia lambat sangat, geram la ummi macam ni, ni dah nak dekat sejam abang, sat g anak bangun tak dan nak masak ” saya seakan tak boleh mengawal perasaan di sebabkan target saya hari ni nak siap masak awal nak rehat..nak itu ini..nak macam macam la hihi. ” sabar ummi, bukan sengaja dia lambat hantar ni, mesti ada hal lain ” ok saya terima alasan suami.

SEJAM SETENGAH BERLALU TANPA TONG GAS:

Arrrrgggh mana ni abang dah sejam setengah dah ni, geramnya ummi..saya dah mula naik angin, kedai mana ni abang, lepas ni kalau dia sampai ummi nak tanya dia kenapa lambat sangat, abang dah bayarkan tanya saya ” suami saya diam, sambil tengok muka saya, air mata saya mula la nak mengalir sebab saya tak suka lambat buat kerja rumah. ” Ummi, sabar ummi ” aduh peliknya la saya , suami saya ni tembok kesabaran dia sangat la kebal berbanding saya, Fatihah pula dah bangun, itu yang buat saya jadi aargggh nape la jadi macam ni. ” Eeeai geramnya la.. air mata duyung saya mula nak menitik, itulah saya kalau dah geram mula nak menangis. “Ummi punya la nak siap kerja awal hari ni, ummi ada perancangan lain, ni sebab tong gas lambat, abis semua perancangan ummi, tengokla nanti dia sampai ummi nak tanya dia kenapa lambat , saya melepaskan kata kata geram. Suami geleng kepala ” ummi ummi kenapa jadi macam ni, ummi g bilik air la, mandi ke, basuh muka ambil wuduk ” saya ikut apa suami cakap, walaupun dalam hati aaarggh bengangnya..semuala saya bebel bebel dalam hati.

AKHIRYA TONG GAS SAMPAI

Tok tok tok.. haaa!! dah sampai pun, haaaish lambat betul kali ni saya agak marah, suami macam biasa tunjuk isyarat sabar, pintu di buka ..” maaf encik !!! saya minta maaf lambat hantar ” saya memasang telinga di sebelah pintu, ” eh tak pe takpe uncle, saya intai dari celah pintu.. tersentuh hati saya..uncle berbangsa india, rambut beruban, kelihatan banyak kedut kedut di tangan, kelihatan sangat letih, matanya layu, tangan sedikit mengeletar ketika mengangkat tong gas, serta merta muka saya berubah sayu, hati saya rasa berdosa ya amat, serasa pintu, dinding rumah batu bata, dan sekeliling saya mencerlung mata seperti nak telan saya. ” Ya Allah siannya uncle ni… ” itu je saya mampu cakap dalam hati, tapi tak mampu mengelap dosa mulut dan hati saya tadi. Suami saya tanya ” uncle mau minum ? tak pa takpa jawab uncle, uncle dari mana , nampak letih , suami saya berbasa basi dengan uncle, tadi saya hantar gas di Kampung Ampang Indah, sampai sana  tong gas rosak, saya angkat semula, bawa balik kedai, kasi hantar baru, sampai sana saya pasang, pun sama kepala gas sudah rosak, tak boleh pasang, jadi saya angkat semula kasi hantar baru, hantar satu kali lagi, baru ok, sebab tu saya lambat hantar sini ” oo tak pe takpe uncle, saya minta maaf ye, kasi susah sama uncle, suami saya membalas..saya nampak uncle senyum.. Encik tak marah saya pun sudah cukup ” Adooooi Pap!!! rasa kena hempuk dengan batu besar kepala saya, saya terdiam, sambil tepuk tepuk dahi, Fatihah duk tenung ummi, ” awatla ummi buat perangai macam ni nak ooi, saya marah pada diri saya sendiri ” aduh kesian kesian..

18970594-Propane-gas-cylinder-Stock-Vector-bottleBELAJAR DARI TONG GAS

Suami tutup pintu rapat, terus ke dapur dan pasang kepala gas, saya diam sambil mengekor belakang suami tanda orang bersalah. Suami ajak saya duduk, sambil pegang tangan saya, ” ummi.. ummi dengar tak apa uncle tadi tu cakap, saya mengangguk lemah. Ummi nampak tak, kenapa abang tak bagi marah marah tadi, sekali lagi saya angguk macam burung belatuk. Ummi dalam hidup kita ni kita jangan mudah nak hukum sesuatu benda yang kita tak tahu hujung pangkal, ummi nampakkan uncle yang hantar tadi, orangnya tua, macam sebaya abah, mukanya letih sangat angkat tong gas, tong gas tu berat tau ummi 14 kg, ada isi pulak tu, abang yang angkat tong gas kosong pun rasa nak sakit sakit badan, cuba ummi bayangkan, orang tua, kudrat dia banyak mana, naik pula tangga, rumah kita yang 4 tingkat ni, sebelum tu uncle tu duk ulang alik dengan moto buruk, 2 ,3 kali ulang alik, angkat tong gas, turunkan tong gas, jalan masuk kampung tu bukan elok sangat, cuaca pula panas, cuba ummi fikir balik apa akan jadi kalau ummi terus marah dia tadi ” saya diam tak terkata apa, rasa sedih dan bersalah dengan apa yang saya cakap tadi. Ummi bising bising nak masak, takut anak jaga, apalah sangat ummi nak marah berbanding ummi sabar dan tenang, kalau ummi sabar dan tenang tadi, banyak urusan lain ummi boleh buat, lagipun anak ni abang kan ada, hari ni abang cuti kan, saya diam lagi mengakui kebenaran kata kata suami. “Abang ni kerja berdepan dengan customer, abang taula macam mana perasaan bila di marah, di herdik, diperli, sedangkan kita dah buat yang terbaik, lagi pula kalau customer tu marah marah dan buat laporan pada pihak atasan, sedih rasa hati, sebab bila dah naik ke pihak atasan, ada pelbagai kemungkinan, mungkin di beri amaran,mungkin di gantung kerja, mungkin buang kerja. ” Ummi suka tak kalau abang di buang kerja di sebabkan seorang customer yang tak boleh sabar, ummi sedih tak kalau abang kena marah dengan pihak atasan, sedangkan abang dah buat yang terbaik” menitik air mata saya. Betul betul saya bersalah, rasa nak lari minta maaf dengan Uncle tu tadi. ” Cuba ummi bayangkan, ummi marah uncle tu, ummi report dengan tuan kedai, tuan kedai marah uncle tu, tuan kedai pecat dia, anak isteri dia macam mana, ummi tak kesian ke? ummi dah aniaya orang lain kerana sifat tak sabar ummi,”waaaargggh ini  kali memang touching, aduh betul apa suami saya cakap tu, kalau saya ikut perasaan tadi, di buatnya tuan kedai  tu pecat uncle tu, hilang dah mata pencarian uncle tu, naya pada keluarga dia.. warrrrgggh nasib baik tak buat tadi.

Lepas dari dengar nasihat dan teguran suami, saya rasa sebak sangat, apalah saya ni, teruk sangat ke nak bersabar dalam dua jam, berbanding ada sifat tolak ansur dan berperi kemanusian, saya termelenggung lama, Allah hantar seorang uncle untuk ajar sifat tolak ansur dan berperi kemanusiaan , sekaligus belajar meningkatkan rasa sabar dan berlapang dada. Kisah saya dan tong gas ni terjadi lebih kurang dalam 4 bulan lepas, lama saya simpan cerita ni, teragak agak saya nak kongsikan dengan kawan kawan, akhirnya saya publish cerita ni memang la saya segan sikit sebab cerita sikap saya yang kurang sabar, tapi  saya belajar sesuatu dari seorang penghantar  tong gas, dan saya rasa pembaca juga boleh belajar banyak nilai dari cerita saya ni. Mungkin selama ni, kita terlalu ego untuk orang memuaskan hati kita, menyempurnakan hajat kita, asalkan kerja kita dan urusan kita selesai. Kita senang lenang sebab di sebalik kehidupan kita ada banyak orang yang menyumbang dalam membahagiakan kita, tapi kita lupa pandang ke bawah menilai semulia mulianya hati orang yang membantu melengkapkan keperluan kita. Memandang rendah pada orang lain, merasa tak puas hati, geram kerana urusan kita lambat atau kurang sempurna bukanla sikap yang baik, belajarlah  menghargai setiap insan yang menyumbang kepada kesempurnaan hidup kita. #Belajar dari si penghantar tong gas# #jangan kerana sikap tak sabar kita orang lain teraniaya hilang pekerjaan #belajar mengawal emosi tanamkan sikap simpati  #untuk menganiaya orang tak perlu kita merancang, hanya dengan tindakan kurang sabar kita sahaja masa depan orang lain musnah.

” Selamat membaca dan selamat belajar dari kisah ini “