Bahagianya bila mensyukuri..Cukupnya walau sedikit..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bahagianya bila kita mensyukuri nikmat di hadapan kita, cukupnya  duit walau kelihatan seperti sedikit, hari ni adalah hari gaji bagi pekerja di bawah seliaan swasta. nampaknya statement gaji , alhamdulillah itu perkataan pertama yang keluar dari mulut. Banyak atau sikit bukanlah kayu ukur utama dalam menentukan cukupnya duit kita, tapi keberkatan dari hasil usaha kita berkerja itulah yang utama dan kayu ukur kepada kecukupan kita. Percaya atau tidak sekiranya kita bersyukur dengan nikmat di hadapan kita , Allah akan tambahkan lagi nikmat kepada kita, percaya atau tidak bila kita bekerja dengan amanah, menjaga waktu solat, menjaga Alquran dalam rutin harian,menjaga pergaulan, memenuhi hak anak dan isteri walau sedikit, keberkatan dan kecukupan akan kita rasaai. Duit Rm 50 seolah berkembang mekar membawa hasil seolah kita mempunyai duit seratus dua ratus tiga ratus , macammana pula jadi berkembang jadi Rm50, kadang kadang duit di tangan ada Rm50, hujung bulan berbaki lagi seminggu, apa nak makan nanti, macam mana bekalan anak isteri, kadang kala kita lupa pada yang maha pemberi, bila berdepan dengan situsi genting pastinya Allah tidak menekan kita seperti mana manusia menekan kita di saat kita jatuh terduduk kan. Kadang kadang kita menung sana , tapi dalam hati kita zikir astaghfirullahaladzim, Allah Allah Allah..tiba tiba suami bagitahu, tadi abang turun kedai bawa anak sekali jumpa pakcik A, dia tanya khabar itu ini, sambil usap usap kepala anak kita, sembang punya sembang pakcik A cakap, nah! duit raya hari tu tak datang rumah pakcik, dapat jumpa di sini je, maafla ye takde sampul raya. Rasa macam magic tak?

Gambar-radio-elnury-bahagia

Kadang kita rasa Allah lauk pauk macam nak habis je ni, tanya isteri nak masak apa ni ? ikan hari tu ada lagi tak? sayur ada tak ? anak ada makanan tak? si isteri yang cerdik pun jawab ” Abang saya dah siap masak dah.. ikan hari tu ada sikit, tapi saya tengok ada ikan bilis, ada telur, ada cili lagi..saya dah siap buat sambal bilis bolehla kita buat lauk, cukupla untuk kita kan. Begitu juga, di saat gentingnya duit, anak isteri kita sihat wal afiat, anak isteri nampak sangat ceria dan bahagia, suami pergi kerja di hantar, suami balik di sambut, siap hidang air, tanya isteri pula ” awak dah solat? dah abang saya dah solat awal waktu tadi, anak pun ok alhamdulillah sihat, tak meragam , awal dia tidur. Nampak tak betapa berkembangnya rezeki tu…luasnya rezeki Allah sehingga tak terjangkau dek fikiran kita hihihi saja la mencoret coret petang ni… ” Bahagianya bila mensyukuri..cukupnya walau sedikit ” jumpa di next entri ya..

Diari SR : Pause! Ummi .. ooo anakku mengujiku

Bismillah..

Alhamdulillah tidur sudah anakanda Fatihah.. Subhanallah selesai tugasan SR hari ni, sungguh menjadi suri rumah sepenuh masa, melayani anak usia setahun lebih bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya perlu kepada kekuatan mental, kesabaran dan banyaknya pergantungan kepada Allah. Harini terasa lembik juga melaksanakan tugasan harian, tapi masih mampu bertahan selepas minum Performance Drink segelas dan telan Vita Lea dan Vit C, syukur kelebihan makanan tambahan yang direzekikan Allah kepada saya ni, membuatkan emosi saya sedikit terkawal dan badan lebih bertenaga.

ApKjw2dlIWLC0w43Ml4Z9PYBk9gO5RRVziLL7URrABYA

PAGI INDAH FATIHAH:

Awal pagi biasanya Fatihah dah bangun, saya masih di gigi sejadah menghitung bijian tasbih, mi..mii..mii Fatihah anak solehah anak syurga akan menyeringai sambil berjalan menuju ke riba saya. ” Assalamualaikum Fatihah, sayang Ummi sikit ” itulah dialog pertama saya setiap pagi untuk Fatihah..kemudian saya akan ajarkan kepada Fatihah baca doa bangun tidur, suami saya biasanya akan duduk di tepi sambil bantu Fatihah memahami butir doa yang saya baca. Ok kakak jom baca syahadah .. suami saya akan bantu Fatihah angkat jari ” Asyhaduallailahaillallah Wa AsyhaduannaMuhammadarrasulullah ” Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah. Hihihi biasanya saya buat style cikgu tadika sikit, maklumla saya kan bekas guru sekolah dan ada sedikit pengalaman juga mengajar di Tadika Pasti hihi, jadi gunakan sepenuh pengalaman tersebut untuk didik Fatihah. Kemudian saya akan sambung dengan bacaan ikrar islam, memang Fatihah tak duduk setempat masa saya baca, ada je kerja dia, tapi saya baca je, sebab saya tahu Fatihah dengan otak segar dan geliganya menyerap penuh apa yang saya cuba sampaikan, biasanya bila saya baca dia mulala nak masuk dalam telekung sayala, panjat abah diala, berjalan round kawasan la.. tapi tak la jauh, sebab baru bangun tidokan, saya tak kisah janji saya baca je, ni kat bawah saya selitkan ikrar yang saya baca setiap pagi untuk Fatihah.

Rodhitubillahhi Rabba

Aku redho Bertuhankan Allah

Wabil Islamidina

Beragamakan Islam

WabiMuhammadin Nabiyawwarasula

Bernabi serta berasulkan Nabi Muhammad s.a.w

Wabil Qur’ani Imama

Berimamkan Alquran

Wabil Ka’bati Qiblata

Berkiblatkan Ka’bah

Wabilmu’minina Ikhwana…

dan Mukminin itu bersaudara

Inilah ikrar Islam yang saya cuba praktikkan bacaan untuk Fatihah setiap pagi, mudah mudahan meresap jauh ke dalam jiwa Fatihah, saya sedaya upaya untuk istiqomah mengajar kalimah toyyibah setiap pagi kepada Fatihah. Yela kita ikhtiar yang terbaik moga Allah bantu kan.

AouLS5K4Jobcq8Z6hZE8TRrH8RCp8nZazAsV-iSg225e

KARENAH DAN KELETAH :

Dah namanya budak umur setahun, tentu banyak yang nak diexplore kan, pagi yang indah permai biasanya Fatihah akan mulakan dengan tengok segala buku dan mainan yang saya kemaskan sebelum tido, haa apa lagi sesi menyusun, menabur pun bermula, kadang kadang kalau mood dia baik, elok je dia main dengan Abah dia, tapi kalau kena mood kurang baik, mulala dia, merengek tarik baju saya nak berdukung je, nak saya ada je kat tepi dia, susahla la sikit saya nak siapkan sarapan. Kalau jadi macam ni, memang menguji kesabaran juga, sebab saya perlu segera menyiapkan kerja kerja dapur, menyiapkan bekal Abah Fatihah, dan selesaikan pakaian yang belum di basuh, lambat seminit dua alamat larila masa saya, dan boleh buat saya jadi kelam kabut. Kalau kena Fatihah meragam, Abah Fatihah biasanya akan ambil tugasan saya, ringankan apa yang patut, dan selalunya Abah Fatihah akan menenangkan saya ” tak pe Ummi, Ummi layan je anak dulu, bia abang selesaikan apa patut ” pada waktu nilah saya perlu bina tembok kesabaran saya, dan sentiasa tekan butang ” PAUSE ” kat dahi supaya saya boleh bersabar dan bertenang. Fuuh! maklumlah budak fully BF ni lain sikit ragam dia, kalau kena nak dengan ummi, dengan ummi la, maila bala tentera mana pun cuba memujuk dia memang tak jalan, kecuali Abah dia umpan bawak p jalan, tapi itu pun sekejap je, lepas tu ummila segalanya hahahah.

AsRgF3Hy5M9E5QGp2aSA-YapH3VruwpDc22clNZG73vh (1)

TUKANG KEMAS DAPUR

Satu lagi yang buat saya kena selalu tekan butang ” PAUSE ” adalah bab kemas mengemas, walaupun saya ni hebat mengemas dapur, tapi anak saya lebih hebat dalam bab mengemas hihihi, maklum jela dapur saya kabinet terbuka, memang mudahla Fatihah nak capai dan usik barang yang tersusun. Karenah Fatihah ni kadang kadang banyak membantu saya membina sikap sabar dan positif, kalau nak rasa geram memangla geram, macam macam di tabur di usik, tapi saya kena la belajar menerima, inilah kemanisan ada anak, inilah peluang saya mendidik diri jadi sabar dan tenang. Kalau dulu saya tak boleh terima dapur dan ruang tamu bersepah, sekarang dengan adanya Fatihah, saya kena belajar menerima dan lebih terbuka, bukan lama pun dia nak menyepah paling paling pun dalam setengah jam, apa sangat yang saya nak marahkan setakat setengah jam je bersepah, berbanding dengan kelebihan yang Allah bagi pada anak saya Fatihah kan. Jadi bila Fatihah start je kerja dia, saya pun kena standby tarik nafas , senyum, rileks dan positif, kalau start je rasa nak geram haa kena cepatla la tekan butang “PAUSE ” kat dahi hihi.

BUTANG PAUSE

Butang Pause ni memang kena jadi senjata utama saya, butang ” Pause ” yang saya maksudkan di atas adalah, gabungan Istighfar, selawat , zikir , sabar, positif dan sentiasa rasa bahagianya hahaha, dan yang paling magicnya saya boleh bercakap lembut dengan anak saya semasa kawalan emosi saya tak berapa betul hihi. Itulah salah satu ilmu yang saya dapat selepas bergelar ibu, banyak lagi yang macam macam punya kisah si Fatihah ni, yang buat saya kena tekan butang ” Pause “. Pernah jugalah tengah saya tak sihat, Abah Fatihah pula tak de, saya tengah solat Fatihah tarik telekung saya sampai tercabut, dah rakaat keempat pula tu, Allah..memang tercabut sungguh dan tak dapat di selamatkan, masa tu saya memang rasa nak ‘aaaaarggggh!!!!! tapi alhamdulillah saya berjaya kawal , saya nangis je, dan saya peluk dia sambil zikir, memang menguji sungguh hihi, pengalaman indah semua tu. Dan Alhamdulillah memang pada awalnya saya tak pandai, tapi alhamdulillah sekarang saya dah mampu buat, berkat didikan suami saya juga, butang pause ni sentiasa berfungsi untuk saya dan sangat praktikal, saya sebolehnya nak sentiasa jadi orang yang sabar, mudah mudahan amin hihihi. Semoga saya terus kuat dan jadi ibu yang sabar. Terima kasih la semua sebab sudi baca celoteh dinihari saya ni …hihihi

ASSALAMUALAIKUM

 

Resipi best Moist Choclate Orange Cake yang sedap..

Bismillah

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah hari ni Alllah beri ruang dan izin sekali lagi untuk saya update entri seterusnya. Entri kali ni saya nak share pasal resipi Moist Choclate Orange Cake, sedap sangat, suka saya tengok kek naik dengan cantik, bila dah masak ketara kelembutannya. Resipi saya ambil ihsan dari FB Resipi Sheila Rusly, kawan kawan yang baca entri saya kali ni, boleh la like page kak sheila sebagai tanda sokongan dan tanda terimakasih kerana kesudian berkongsi resipi dengan kita :-). Ok di bawah ni saya taipkan semula resipi asal kek, boleh la cuba lepas ni, senang sangat nak buat, janji rajin je hihihi.

Resepi Kek Coklat Orange Moist

AlWN2PcW6iPe_-snJEsCL4iQKtTSGHQTzbCTZIr2_WqH

Bahan-Bahan:

1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko (Van Houten lah sedap)
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
3 sudu oren sunquick atau ikut sendiri

Cara- caranya

1.Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.

2.Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak.

3.Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan . (kita bakar kaedah waterbath selama 1 1/2 jam dgn suhu 150 C)

TOPPING COKLAT

Bahan-bahan:

250 g coklat masakan } potong kecil2
1 sudu besar majerin
130 ml double cream atau whipping cream
Sedikit gula halus secukup rasa / susu pekat(supaya topping tu tak pahit sgt)

Cara membuat: Cairkan coklat secara double-boiler. Alihkan dari api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.

????????????????

Catatan :
Saya ada buat perubahan sikit, saya gantikan minyak dengan butter, 250gram butter boleh dapat satu cawan, perlu diingatkan semasa proses mencairkan butter api tak boleh kuat tau, gunakan api yang perlahan jadi butter akan cair dengan cantik. Saya cadangakan panaskan je dulu periuk kemudian tutup, baru masukkan butter, butter akan cair dengan sendiri, bila dah agak suam sikit buka semual api tapi gunakan api yang perlahan.Untuk masak pula, saya lebih suka kukus kek ni, mudah kerja hihi, masa saya kukus,saya balutkan dengan plastik pembalut supaya air tak menitik merosakkan permukaan kek, saya tak guna aluminium foil sebab takde hihi, tapi alhamdulillah hasilnya sangat cantik. Sedap sangat kek ni, terutama bila makan masa suam suam, anak saya Fatihah puas makan, jadi jangan tunggu tunggu lagi, lepas ni boleh cari bahan hihihi .Selamat mencuba ya.