Biskut Arab Sedap..cair di mulut saya

Assalamualaikum

🙂 🙂 🙂 🙂 🙂

11822715_831086640338930_2753247676541639086_n

Wahahah.. syok tak terkata.. berjaya juga saya buat biskut arab atau nama Hollywoodnya ” Crystal Ball Cookies ” ni, rasa nak menangis la pendek kata, kalau panjang kata mau sujud syukur hihihi. Sedap sangat, betapa jenuhnya saya cari resipi biskut arab yang cair di mulut, lemak berkrim dan rasa susu, akhirnya saya berjaya juga jumpa resipi idaman di blog www.bukuresipi.com. Terima kasih admin buku resipi yang tak pernah lokek share resipi. Sebenarnya masa balik raya baru ni saya dah pernah try satu resipi, tapi hasilnya tak memuaskan hati saya, agak keras, jenuh saya berfikir macam mana nak dapat resipi biskut arab yang lemak manis dan cair di mulut, akhirnya jumpa juga hihihi. Dengan saya cuba resipi yang saya ambil dari blog buku resipi ni, saya puas hati dan berhajat nak ulang buat hiihi. Ok saya share di sini resipi sedap ni ye, sebelum tu saya nak maklumkan saya ambil resipi ni dari blog www.bukuresipi.com dan owner resipi ni Puan Noor Abdul Rahim jadi saya harap kalau lepas ni ada sesiapa yang berjaya buat biskut ni, kreditkan la pada tuannya sebagai adab kita mengambil ilmu 🙂

RESEPI BISKUT ARAB (Crystal Ball Cookies)
OLEH : Noor Abdul Rahim
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :

200g tepung gandum
50g serbuk badam
1/2 sudu kecil baking powder
125g gula halus
130g minyak sapi
pewarna merah, kuning & hijau
gula caster secukupnya untuk salut

CARA-CARA PENYEDIAANNYA :

Gaul kesemua bahan hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan mengikut warna yg disediakan.
Ambil ketiga-tiga adunan secukupnya, cantum & bulatkan sebesar guli.
Masuk kan bebola kedalam papercup kecil.
Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 15 – 20 minit (mengikut oven masing-masing)
Setelah biskut sejuk, taburkan sedikit gula caster diatasnya & simpan biskut didalam bekas kedap udara.

CATATAN:

Untuk pengetahuan oleh kerana saya nak biskut arab susu, saya gantikan 50gram serbuk badam kepada susu, kemudian saya ubah sedikit dari 130gram minyak sapi kepada 100 gram butter dan 50 gram minyak sapi, Kemudian saya uli sampai doh tak melekat di tangan, jangan terlebih tepung pula ye saya tak ubah bahagian tepung. Alhamdulillah hasil yang saya perolehi memang cantik, biskut terbentuk cantik. Untuk pengetahuan pembaca oleh kerana adunan ni ada baking powder, jadi seeloknya bulatkan sebesar guli, sebab biskut ni akan naik sikit semasa dalam proses memasak.Ok selamat mencuba ya, yang penting semasa buat keyakinan dan tawakal kena level tinggi hihihi.

Oven Lemang Kami

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya semua..

Masih lagi dalam mood raya.. Alhamdulillah hari ni ada sedikit kesempatan nak update blog hihi..entri kali ni saya kongsikan sedikit pengalaman kami sekeluarga masak lemang secara moden mengunakan oven lemang hasil ciptaan kreatif abang ipar saya.

11057522_1005294859483766_7569932065699762354_n

OVEN LEMANG D’REKA DESIGN

Yang sebenarnya dalam keluarga kami lemang ni jadi hidangan setipa kali raya, dan dalam 2.3 tahun kebelakangan ni lemang kami dapat sambutan pula, ramai yang order hihi, tahun ni rasanya paling banyak kami terima tempahan lemang, semuanya dalam 74 batang. Jadi bila orang dah suka dengan lemang kami sekeluarga ni, dan tentu kami nak buat yang terbaik dan nak hasilkan lemang yang sedap untuk pelanggan pelanggan kami. Kalau nak harapkan cara tradisional, jenuhlah kami, mau sampai pagi raya kami menunggu 74 batang lemang tu, jadi abang ipar saya hasilkan oven lemang moden ni, tak sangka pula, lemang masak sekata dan sangat cantik isi dalamnya. Tak perlu tunggu lama nak masak lemang guna oven ni, 2 jam je dah masak, guna dapur gas je, tapi hasilnya memang dapat cop jempol, lembut, lemak, sedap dan masak sekata.

11751754_1130302070320155_7998773718330425407_n

11742748_1130302093653486_6035918838051104481_n

11178349_1130302120320150_3371164086862979952_n

Gambar atas ni adik dan abang ipar saya tengah masak lemang, kami masak secara tradisional kemudian agak agak dalam sejam lebih kami alih ke dalam oven lemang, 2 jam je lemang siap di masak dan boleh di potong. Boleh dikatakan dengan adanya oven lemang yang di buat abang ipar saya, kerja nak masak lemang jadi lebih mudah, tak perlu berpeluh menunggu berjam-jam, nak buat jemputan rumah terbuka pun dah tak susah susah macam dulu, badan pun tak letih. Nak jadi ceritanya, oleh kerana kerja masak lemang jadi senang, raya ketiga kami buat lagi lemang ntuk jamu tetamu dan adik saya yang baru sampai dari Sg.Buloh hihihi, dah jadi syok pulak masak lemang, yela benda dah mudah kan, nak buat sambil sambil masak kat dapur pun boleh. Kalau ada yang berminat dengan oven lemang ni boleh terus hubungi abang ipar saya di facebook Muhammad Hidayat Husaini atau boleh terus hubungi di nombor 012 2276815.

Sakitnya Telinga Bernanah

Assalamualaikum

Sebulan saya bercuti menulis, bukan malas atau tiada idea tetapi saya berdepan dengan masaalah jangkitan di telinga, sakitnya Allah sahaja yang tahu. Alhamdulillah hari ini 30 Jun 2015 dengan izin Allah, saya di beri semula nikmat kesihatan.

BAGAIMANA IA BERMULA:

Saya mula merasa sakit pada awal bulan, saya perasan ada lendiran yang agak berbau di telinga, saya bersihkan dengan cotton bud, namun lendiran tersebut tidak berhenti mengalir sehingga saya mula rasa telinga saya berdengung. Saya kemudiannya tidak dapat mendengar dengan jelas, hanya bergantung dengan telinga sebelah kanan sahaja. Tak lama lepas tu telinga saya mula berdenyut, bila saya cuba bersihkan nanah dan kulat berwarna hitam keluar, tak tahan saya di buatnya terus ajak suami ke klinik mutiara, klinik Dr.Roha. Malangnya Dr Roha tak bertugas malam tu, dr yang merawat saya pun saya tak berapa kenal.

Telinga saya didapati ada luka, dan ada infection, dr bagi saya antibiotik dan ubat tahan sakit, lega la sikit tapi tetap tak membantu, makin sakit sampai saya tak boleh nak susukan anak, saya kemudian terus buat sedikit kajian, search di google dapatkan maklumat pasal sakit telinga, hasilnya saya jumpa di laman web Kementerian Kesihatan www.myhealth.gov.my/index.php/telinga-berair . Aduh seramnya saya tengok gambar gambar bawah ni, seram bercampur geli.

P14T3_Fungal_Infection

Gambar menunjukkan “otitis externa” akut dengan jangkitan kulat

P14T3_Otitis_Media

Gambar menunjukkan “otitis media” kronik

 

P14T3_Tomour

Gambar menunjukkan tumor pada saluran telinga

Ketakutan saya makin memuncak lebih lebih lagi tengok gambar dan tahu pula boleh memberi kesan pada otak, dengan menahan sakit, dengan nak buat kerja rumah, nak melayan order masuk dan melayan anak nak menyusu, sakit sampai saya rasa tak mampu nak bercakap. Ubat yang saya dapat dah habis, saya kena pergi lagi ke klinik, kali ni dengan Dr Awang, saya masih tak dapat jumpa dengan Dr.Roha huhuhu sedih saya. Dr Awang cek ” dah teruk ni, ada nanah, awak jangan guna cutton bud, ada kulat dalam telinga, saya bagi ubat antibiotik yang kuat sikit dengan ubat titik, kalau masih tak ok datang segera ke klinik. Ok lega sikit, maybe penangan ubat titik dan antibiotik yang kuat, saya dari tak suka makan ubat , jadi manusia paling berdisplin di dunia, ambil ubat ikut masa, sakit punya pasal, dalam masa yang sama saya telan juga Vit c dan Vita lea. Lega la sikit, tapi 3 hari lepas tu sakit balik, kali ni lebih teruk ubat titik tak jalan, saya memang menangis depan suami, sakitnya sampai saya rasa nak gigit lengan suami kuat kuat.

Petang Khamis bersamaan 25 Jun saya pergi balik ke klinik, akhirnya dapat jumpa Dr.Roha, terkejut dr Roha tengok, ” nanah dah penuh faizah, i kena sedut nanah ni, kalau tak u akan lagi sakit” kelam kabut sekejap klinik, penangan saya sakit telinga, rasa macam duduk dalam ICU, kalut semua pembantu dan nurse dalam tu.  Saya standby je sakit ke tak sakit redah je , suami saya sedikit cuak, tengok Dr.Roha kelam kabut, ” Ummi kena kuat tau, abang kena bawa anak keluar” kali ni suami tak dapat temankan saya , sebab Dr.Roha suruh keluar. Ok ready ye faizah.. u tahan sikit tau maybe akan sakit sikit, zrrrrrrr..zrrrrr ..zrrrrr nanah disedut dari telinga saya, buntang mata tengok, Ya Allah kuning , hijau dan hitam, hitam tu kulat..eiii. geli plak nengoknya ” u ok tak”  Dr Roha tanya ” ok doc, ada sedikit lega, ” ok i nak sedut lagi ni u ready ye ” zrrr zrrr zrrr.. perggh lagi banyak keluar.. Doc Roha tgk ” emm patutla awak sakit, banyak betul ” ok last kali ketiga , maybe saya akan sedut dekat sikit dengan telinga ” saya anguk jela.. tak kisah la doc, asalkan sihat jawab saya.. ” Ok ready ye faizah ” zrrrr zrrrrrt zrrrrt ..zup.. ouch sakit saya cakap, sedutan terakhir rasa nak tercabut seluruh sendi otot saya. ” Ok sorry sory kata doc Roha, are u ok ” ” ok doc .sakit tapi rasa lega.. ” emm saya kena stop dulu ni..ada sikit lagi.. tapi takpe i bagi antibiotik, maybe boleh keringkan nanah tu, nanah tu ada sikit lagi tapi terlalu dekat dengan gegendang u , i takut u sakit sangat nanti, tu yang i stop ” fuuuuh memang sakit pun, tapi air mata juang tak gugur lagi. Doktor Roha ambil kapas dan bersihkan sikit, saya di nasihatkan agar tidak membersihakn telinga dengan cutton bud untuk sementara waktu, masa mandi pun kena elak air masuk telinga,

” Ok, mujur u datang awal, bimbang jangkitan tu naik ke otak tu yang bahaya, sebelum ni u ada selsema ke, atau air masuk dalam telinga ” tanya Dr Roha ramah. Ada Dr dan saya ada selsema agak teruk sikit sebelum ni, ” emm maybe tu salah satu punca infection, tapi tak pe i bagi u ubat ni, pastikan ambil ikut jadual, dan minggu depan u kena datang jumpa i lagi, i nak cek gegendang telinga u, takut pecah atau berlubang, hopefully tak la, tapi kalau ada juga i kena refer hospital ” waaaa berdebarnya saya, akhirnya lega juga telinga saya.. hari ni 30 Jun sakit telinga semakin lega, tapi ubat belum habis lagi, harapnya sakit ni tak berulang lagi, hari khamis ni nak kena cek lagi, mudah mudahan tak de apa apa yang buruk berlaku.

NOTA KAKI :

Kalau telinga masuk air elakkan kita guna petua, masukkan air kedalam telinga untuk memudahkan air yang masuk ke telinga tu keluar dengan mudah

Berhati -hati dengan sakit telinga, kalau ada nanah refer hospital atau klinik berdekatan.

SAYANGI TELINGA ANDA.