Jemput Jemput sayur dengan Sos cili homemade

11377202_793566767424251_8832358774435750691_n

Assalamualaikum semua…

Hihihi ..ibu ibu  takde idea nak buat sarapan dan minum petang hihi..saya suka  buat sarapan dan minum petang simple simple,hari ni saya nak share resipi jemput jempu sayur dengan sos cili homemade, nyum nyum sedap. Sejak dua menjak ni jemput jemput sayur bagai tak jemu masuk tekak, nak tau sebab apa? sebab sos homemade yang sedap ni la, tak susah pun buatnya sambil goreng jemput jemput je. Ada yang resipi tak? mesti la ada kan, ok saya share kat sini ye, resipi jemput jemput sayur dan sos homemade yang sedap sangat ni hihihi. Opps sebelum tu, saya tak mau over claim sos ni saya buat sendiri dan edit sendiri bagi rasa dia sedap, jadi sesungguhnya saya buat memang kena dengan tekak saya, saya sekadar bagi bahan asas, bab citarasa dan rasa tu kawan kawan boleh adjust sendiri ye, nak masam ke, nak pedas lebih ke, nak manis ke atau nak masin hihihi.

RESIPI JEMPUT JEMPUT SAYUR

BAHAN BAHAN UTAMA

1.Daun kucai ( dipotong -potong, jgn panjang sangat ,jgn pendek sangat jangan halus sangat ye )

2.Taugeh (Ikut nak banyak mana, saya suka letak segenggam lebih, sebab ia membantu melembutkan jemput jemput saya )

3.Carrot (Di sagat kasar )

4. 2 Cawan tepung gandum

5. 1 biji telur

6. 1 Mangkuk udang (Ikut nak banyak mana )

7. Garam.

8. Air

CARA-CARA:

Campurkan semua bahan di dalam mangkuk yang besar, tujuannya adalah untuk memudahkan kita gaul, masukkan tepung,tepung tu ikut la nak banyak mana, kalau saya, saya start dalam 2 cawan, masukkan garam ,agak agak dalam setengah sudu kecil atau kurang dari tu pun boleh, masukkan telur , sayur mayur diatas , kacau sebati. Adunan tu agak agakla jangan terlalu cair jangan terlalu pekat, kalau nak tahu adunan lepas kacau sebati adunan tu try ambil dengan tangan, kalau cepat je jatuh tu cair sangat, kalau lambat sangat jatuhnya tu terlalu pekat, kena letak air sikit. Ok dah selesai adunan, maka bolehla di goreng dengan api yang sederhana, jangan kuat sangat api, nanti jemput jemput tak cantik.Goreng sambail selawat dan niat mudah mudahan anak dan suami suka makan dan rezeki jadi berkat hihihi.Ok sekarang jom buat sos plak hihihi.

RESIPI SOS CILI HOMEMADE

BAHAN – BAHAN  :

1. 5-7  ulas bawang putih yang di buang kulitnya ( Tak perlu potong, biarkan sebiji sebiji )

2. 6-7 biji Cili merah ( Blend )

3. 6 biji Cili merah kecil , saya suka pedas jadi saya tambah cili kecil (Blend )

4. Secawan air

5. 2-3 Sudu kecil tepung jagung 

6. 2-3 sudu Gula merah

7. 2-3 sudu Gula biasa

8. 2 sudu kecil cuka

9. Minyak masak

10 Garam 

CARA CARA:

Panas minyak, kemudian masukkan bawang putih (tak perlu tumbuk, masukkan je sebiji sebiji ), bila dah kekuningan masukkan  cili yang sudah diblender halus, tumis sehingga timbul minyak. Kemudian masukkan air, gula merah, gula biasa, cuka dan garam secukup rasa. Rasakan mengikut selera masing masing. setelah sebati biarkan mendidih dan masukkan tepung jagung, perhatikan dan gaul sebati, kepekatan adalah bergantung kepada citarasa masing masing. Biarkan mendidih, pastikan rasanya sesuai dengan citarasa masing masing. Tahap kepekatan sos adalah bergantung kepada citarasa tuan badan.Tutup api siap dan sedia di hidangkan.ChiliPadi

SELAMAT MENCUBA !!!!

TIPS mudah membaca Surah Alkahfi Setiap Jumaat

Assalamualaikum wr.wt

BMIMbJyCEAM_jpf

Kredit : www.hijabographic.com

Hari ni hari Jumaat kan..penghulu segala hari, biasanya setiap kali datang hari jumaat kita di galakkan untuk membaca Surah Al Kahfi, tujuanya adalah untuk mengelakakn diri dari fitnah Masihuddajjal. Alhamdulillah Allah swt telah menurunkan kepada kita Suraj Al Kahfi dan salah satu daripada manfaat membacanya adalah mengelak dari fitnah akhir zaman. Saya tak bercadang nak berceloteh panjang, saya sekadar nak share tips mudah nak habiskan Surah AlKahfi pada setiap hari Jumaat. Tips ni saya dah buat alhamdulillah saya rasa mudah saya nak selesaikan bacaan, jadi apa salahnya saya berkongsi pula kan ♥.

PENGENALAN SURAH ALKAHFI

4bc831055735e5e35d52587ce237a3fc

Sedikit pengenalan Surah AlKahfi ni mengandungi 110 ayat sahaja dan merupakan surah yang ke 18 di dalam Alquran surah ini di kategorikan sebagai surah Makkiyah, walaupun surah ini mengandungi 110 ayat tetapi setiap ayatnya panjang panjang. Didalam surah Alkhafi banyak kisah menarik yang boleh di jadikan sebagai teladan kepada kita semua, terdapat cerita berkenaan kisah Ashabul Kahfi di permulaan surah, kisah pemuda yang di tidurkan oleh Allah, pemuda Ashabul kahfi ini merupakan pemuda yang mempunyai keyakinan yang tinggi kepada Allah. Kemudian diceritakan berkenaan janji Allah kepada orang yang beriman yang berpegang kepada kebenaran serta mengerjakan amal soleh akan di anugerahkan syurga A’dnin keindahan di dalamnya yang tiada tandingan.Di dalam syurga Adnin ada terdapat sungai sungai yang mengalir, dan insan yang terpilih masuk ke syurga tersebut akan di beri perhiasan gelang emas, meraka akan duduk memakai pakaian hijau dari sutera yang halus dan sutera tebal. Dan mereka beroleh kerehatan yang cukup ambil menikmati keindahan syurga.

Kemudian didalam surah tersebut juga di ceritakan kisah Nabi Musa bersama dengan pembantunya, dan kisah Nabi musa bertemu dengan Nabi Khidr yang mana disebut dalam ayat tersebut Nabi Khidr merupakan hamba allah yang telah di beri rahmat dan di ajarkan beberapa ilmu dan wahyu. Dan fasa terakhir ayat tersebut diceritakan tentang Zulkarnain yang bertemu dengan Yakjuj dan Makjuj, Yakjuj dan Makjuj merupakan golongan yang membuat kerosakan di muka bumi. Begitulah sedikit sebanyak pengenalan surah Al Kahfi, yang pasti kisah di dalamnya sangat menarik untuk di hayati, untuk lebih lanjut awak awak semua kena la cari tafsir untuk baca ye. Sekarang saya nak bagi tips mudah nak habiskan Surah Alkahfi .. jom tgk bawah hihihi.

TIPS MUDAH membaca SURAH ALKAHFI:

Bahagikan bacaan Surah Alkahfi mengikut 4 waktu solat iaitu bermula dari Maghrib, Isya’, Subuh dan Zuhur atau pun Isya’ , Subuh, Zuhur dan Asar. Ok start bahagikan ayat, selepas selesai membaca surah tersebut mengikut fasa, bolehlah kita ambil sedikit masa untuk menghayati isi kandungan ayat di dalam surah tersebut, baca berulang ulang insyaallah kita akan rasa seronok

1. FASA 1 ( MAGHRIB )

Ayat 1-Ayat 28

2.FASA 2 ( ISYA’ )

Ayat 29-Ayat 53

3.FASA 3 (SUBUH )

Ayat 54-83

4.FASA 4 ( ZUHUR )

Ayat 84-110

” Sesiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka akan diterangi  baginya dengan cahaya diantara dua Jumaat “

” HADITH RIWAYAT ALBAIHAQI DAN AL HAKIM “

Sekadar perkongsian untuk semua pembaca blog saya, tips ini adalah salah satu usaha saya untuk membantu lebih ramai lagi kawan kawan yang diluar sana untuk dapatkan Alquran, dan apa yang lebih penting bacalah Alquran dengan penghayatan, bertajwid dan fahami maksud isi kandungan yang disampaikan. Itu la masa kerehatan rohani kita. Selamat mencuba!!!!

TIPS mudah habiskan 1 Juzu’ Alquran

TIPS Mudah dapatkan 1 Juzu’ Alquran 

162133_ilustrasi-al-quran_663_382

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah hari ni saya berkesempatan nak share sedikit tips untuk mudah dapatkan 1 Juzu’ Alquran..saja la saya nak share tips yang saya dah praktikkan ni, memandangkan dalam tempoh 30 hari lagi kita akan masuk ke madrasah Ramadhan. Tak sabar nak masuk ke madrasah Ramadhan, ye la bulan yang ibadah..bulan ujian bulan kemanisan segala ibu ibadah dan bulan yang boleh membentuk sakhsiah kita sebagai muslim. Ada rezeki di matikan dibulan Ramadhan yang penuh kemulian ni dalam keadaan sedang beribadah, Allah manisnya kan. Ok la merapu pula hihi..tulisan saya kali ni saya harap dapatla membantu sahabat sahabat yang selalu kecundang nak dapatkan quran setiap hari. Sebenarnya mudah je, kalau kita berkehendak pada Alquran Allah akan mudahkan jalan kita, lagipun masa Allah bagi pada kita semua sama 24 jam, dan siap ada waktu RNR iaitu 5 waktu sehari semalam kita solat. Haa waktu tu adalah kerehatan pada badan dan rohani kita tau, dan masa tu juga kita boleh ambil sekitar 8-10 minit untuk Alquran. Dalam tempoh tu saya kira kita boleh dapatkan selembar muka surat Al-Quran.. takpe ..bia sikit asalkan kita istiqomahkan.. usahakan setiap 5 waktu lepas solat kita baca selembar Alquran.. insyaallah hasilnya awesome!!.Ok saya listkan la ye senang awak awak semua nak baca hihihi, satu juzu’ mengandungi 20 muka surat depan belakang ataupun 10 lembar helaian Alquran, ok kita bahagikan, caranya adalah :

TIPS 1 ( SATU HARI SATU JUZU’ )

_odoj_one_day_one_juz_by_alyanayla-d75piih

1.WAKTU SUBUH: 

Mula dengan 2 lembar Alquran.. bermaksud 4 muka surat

2.WAKTU ZUHUR:

Sambung bacaan dengan 2 lembar Alquran lagi.. kemudian tanda ayat mana berhenti

3.WAKTU ASAR:

Sambung lagi 2 lembar Alquran, ada masa baca doa di belakang Alquran

34t7ors

4.WAKTU MAGHRIB

Sambung lagi 2 lembar Alquran kemudian amibil masa baca pengertian ayat.. dapat satu dua ayat dah memadai..percayalah lepas baca kita akan rasa tenang

5.WAKTU ISYAK

Sambung dan habiskan juzu’ tersebut.. selepas habis cuba cari mana mana ayat Alquran, kemudian renungkan isi penyampaiannya.Kalau guna cara yang ni insyaallah kita habiskan masa dalam 8-10minit..paling lama pun 15 minit

TIPS 2 ( SATU HARI SELEMBAR ALQURAN )

Yang ni mungkin terpakai pada orang yang sangat sangat sibuk atau  ibu ibu yang bergelumang dengan anak.. insyaallah saya pun amalkan tips ni, sebab ada masanya saya memang kalut, cara yang terbaik adalah saya pilih waktu yang paling tak kritikal biasanya waktu lepas subuh atau waktu lepas solat maghrib sementara nak isya’ , sebab waktu tu pada saya anak masih tidur dan agak tenang. Saya praktikkan dengan ambil masa yang ada sampai la waktu saya perlu buat kerja saya stop. Biasanya saya akan baca selembar Alquran kemudian saya akan baca maksud -maksud ayat Allah.. dan ada masa kita boleh share dengan suami atau kawan kawan. Percayalah bila kita bagi masa pada Alquran hati kita lebih tenang. Bila kita habiskan masa dengan Alquran insyaallah rezeki mencurah curah dan jiwa kita tak stress.Boleh juga kita displinkan diri kita macam ni, kita buat jadual contoh kat bawah ni

JUZU’ 1

CONTOH:

♥Day 1:√ Ayat 1-30

♥Day 2:

♥Day 3

♥Day 4:

♥Day 5:

♥Day 6: 

Bila dah habis baca kita tandakan, jadi kita akan lebih semangat nak baca Alquran..lebih lebih lagi bila ada persaingan antara suami dan isteri atau di kalangan rakan rakan.Yang penting tak boleh buat semua jangan tinggal semua, bia sedikit tapi istiqomah. Konsep yang saya amalkan ” BACA dan FAHAMI ” dan konsep ni banyak membantu kita dalam menginsafi diri dan mencari cari jawapan kepada tekanan dan masaalah kita.Alhamdulillah selesai perkongsian saya hari ni, saya harapkan sesiapa yang baca tulisan saya ni, share la di facebook, dan mudahan tulisan saya ni jadi pahala buat saya. Terimakasih sudi baca ya, jangan lupa share.

10628376_10154567265568647_6898592432037742121_n

Selamat Hari Ibu Mak…Kami sayang mak


IMG-20140902-WA0040

Selamat Hari Ibu buat mak…Alhamdulillah sehingga saat ni Allah masih kurniakan saya peluang untuk mendengar suara mak.. Allah rindunya dengan mak. saya pasti setiap orang merasai perasaan yang sama, rindu pada mak. Sempena Hari Ibu ni saya catatkan sedikit tulisan saya untuk saya dedikasikan kepada mak saya.. Mak seorang yang sangat tabah dalam membesarkan kami adik beradik, mak insan yang paling kuat yang pernah saya temui..saya sepanjang hidup dengan mak..banyak kali saya melihat peristiwa hitam melanda mak..tapi mak saya tak pernah mengalah, dia sentiasa kuat dan sabar..saya masih ingat di satu saat dimana hentaman api fitnah melanda keluarga saya.. saya tengok mak cukup kuat..dari raut wajah mak saya tahu mak sangat sedih..peristiwa kehilangan ayahnya membuatkan mak betul betul terduduk..tapi mak sabar walaupun pelbagai api fitnah melanda mak.. sejujurnya saya melihat banyak peristiwa yang menimpa mak saya, mak saya tetap sabar..sehingga ada seorang ibu saudara sepupu saya cakap dengan saya.. acik tak pernah tengok orang sesabar mak kamu.. dia senyum dalam sendu..dia kuat dalam keadaan dia lemah tak punya apa apa..saya kira mak la insan terhebat buat kami sekeluarga.

IMG_2075

Saya ingat lagi masa saya kecil, bila saya dan adik adik balik dari sekolah mak akan sediakan kuih yang sedap sedap untuk kami, mak akan duduk di dapur sambil suruh kami adik beradik potong kuih, berebut rebut kami makan air tangan mak. Mak akan buat kuih ketayap inti kelapa, apam balik, goreng pisang, kuih tepung pulut, donut dan cekodok untuk kami. Serius kuih mak memang sedap sampai kami boleh berebut kalau habis hihi.. Mak sangat istimewa bukan saja di hati kami malah di hati abah.. saya ingat masa abah nak pergi menunaikan haji, abah pesan pada saya dan kakak saya..supaya sentiasa bahagiakan mak, abah cakap mak adalah insan yang sangat abah sayang. Mak adalah insan yang paling banyak berkorban, mak sanggup meredah kesusahan bersama dengan abah.. Ya Allah sungguh mak sangat istimewa..istimewa dihati kami..istimewa di hati abah..istimewa di hati arwah atuk. Saya pernah dengar dengan telinga sendiri ada insan yang memburukkan mak saya, masa tu saya di usia remaja.. sedih saya, nak je saya bagitahu orang yang menghina mak saya..tahukah kamu apa yang sebenarnya yang berlaku..kamu tak tahu.. kamu hanya mendengar dri sebelah pihak..kamu tak melihat dengan kepala dan mata sendiri..tapi pada waktu itu saya tiada kekuatan untuk membela maruah mak, saya pendam dalam hati..saya bina azam yang kuat untuk pertahankan mak.

IMG-20140906-WA0024

Alhamdulillah sekarang kami semua sudah dewasa..kisah pahit sudah berlalu.. mak kini saya kira di rezekikan dengan kehadiran anak, menantu dan cucu yang menyayangi mak. Mungkin ini adalah hadiah kepada kesabaran mak selama ini, berkat doa dan rintihan mak kepada Allah.. saya percaya Allah pasti akan meletakkan mak di tempat yang mulia..saya suka tengok kegigihan mak, walaupun mak belajar setakat darjah 6 tapi mak gigih menuntut ilmu, mak selalu minta saya lapangkan masa mendengar bacaan mak, sedihnya saya yang ni saya belum sempat pun buat.. ada sekali dua je saya sempat dengar bacaan mak. Tapi mak betul betul hebat..mak pergi mengaji, mak belajar bacaan yang betul dengan ustazah..mak praktikkan bacaan Alquran setiap hari. Bila waktu subuh, saya pasti akan dengar suara mak berzikir, berdoa dan merintih.. saya selalu curi dengar doa mak.. kadang saya datang dekat dinding dan dengar.. mak sebut satu satu nama anak mak.. mak sebut juga nama abah mak sebut nama arwah atok. Ya Allah kau terimalah amalan mak.. baiknya mak pada kami. mak akan cakap dengan saya lepas solat mengaji, doakan arwah atok..doakan kan keluarga kita.. Ya Allah sedihnya.. begitu dalam kasih mak.. dan setiap kali saya ada masaalah..saya rasa kecewa..mak akan pesan pada saya.. Sabar… doala pada Allah supaya di jadikan orang yang sesabar sabar manusia. sebab saya ni kurang sabar sikit, jadi mak selalu pesan jadi orang yang sabar, mak pesan lagi kalau tak suka diam je.. jangan tunjuk kita tak suka..aduuh yang tula saya tengah praktikan sekarang. Emm agaknya itulah doa mak setiap hari ..bermula mak kenal Allah sampai sekarang.. mak doa supaya dirinya jadi orang yang sabar.. dan mak pun sentiasa pesan pada saya dan adik beradik  jadi orang yang sabar… Allahuakhbar hebatnya mak…. Mak alang sayang sangat mak.. Alang nak jadi macam mak jadi orang yang sabar. Alhamdulilah lega saya dapat luah kat sini.. saya harap kami semua adik beradik ipar duai dan cucu cucu mak akan terus berbakti pada mak dan abah sehingga ke akhirat. Doa saya buat mak..

” Ya Allah kau kurniakanlah kebaikan di dunia dan di akhirat buat ibuku tersayang, anugerahkan ibuku kasih sayang mu, keampunan dari mu, diluaskan pintu rezeki, dipermudahkan urusan, dipermudahkan urusan kematian, dijauhi azab sakratulmaut dan azab kubur.Dan Engkau peliharalah maruah ibuku semasa ibuku hidup dan sesudah ibuku tiada..Ameen “

403026_163671020413832_908997300_n

oooo lamanya tak update blog

Assalamualaikum

Lamanya tak update blog, huhuhu alhamdulillah hari ni saya berkesempatan update blog saya, 3 minggu saya yang penuh dengan tetamu datang kerumah, mak mertua datang, saya pula demam berganti -ganti demam dengan anak kemudian suami pula demam. Akhirnya inilah masa yang terbaik, setelah saya melalui fasa yang agak berat minggu minggu sebelumnya. Jadi saya rasa macam ketinggalan jauh pula. Macam biasa blog saya akan bercerita tentang Shaklee dan kehidupan saya sekeluarga hihihi, bulan lepas Promosi Cinch Coklat dan Cinch Latte, berebut orang ambil peluang sebab bukannya senang nak dapat harga jatuh terjunam dan terduduk murah, time promosi la geng geng nak kurus ni ambil peluang hihihi.

10361020_737131102989682_8350535363781079595_n

 

Memang sedap Cinch ni, saya pun suka, produk khas dari Shaklee untuk tujuan menguruskan badan secara sihat, kerana Cinch diperkaya dengan Leucine. Tadi tengahari baru je sampai order saya, order last dengan harga promosi bulan lepas, 2 can saya nak hantar ke Perak, 1 Can ke Pulau Pinang dan 1 Can lagi ke Rawang Selangor. Waaaarggh saya plak yang terliur tengok Cinch yang kaya dengan Leucine siap saya berangan nak maintain berat badan hihihi. Bulan ni Cinch tak di promosi macam bulan lepas, bulan lepas Shaklee Offer buy 3 free 1, bulan ni Shaklee buat kerja gila lagi, depa buat promosi YES PACK untuk Healthy Fitness Set, dimana dengan YES PACK ni kita akan dapat harga yang jauh lebih murah. Haaa terbeliak biji mata hitamku hihihi.. Nak tau apa yang ada dalam YES PACK Healthy Fitness Set ni. Ok saya listkan:

YES PACK HEALTHY FITNESS SET

1. 2 canister Cinch Shake Mix ( Vanila Flavour ) : 1 can = 765 gram = 15 serving

2. 1 Kotak Energy Cinch Tea : 28 sticks

3.1 Herb Lax : 120 Tablets

4. 1 Vita Lea Iron Formula : 120 Tablets

5. 1 Lecithin : 180 Tablets

Masyaallah bestnya pack ni kan.. murah – murah sangat Yes Pack ni tau, harga asal Yes Pack ni RM 718 (Termasuk Pos ) untuk Promosi Yes Pack ni Shaklee tawarkan harga jauh lebih murah sampai nak terbeliak biji mata RM 509 sahaja ..fuhh terduduk punya best harga. Memang puas hati nak beli kali ni hihihi.Untuk yang memasang angan angan untuk kurus dengan sihat kena cepat cepatla hubung saya untuk dapatkan Yes Pack yang sangat murah ni. Murah dan berkualiti serta puas hati, janji masa proses nak turunkan berat badan mesti kena berdisplin jaga makan ya.

10373091_697353460300780_845953110303184110_o

Cinch kaya dengan Leucine, indeks glisemik yang rendah dan ia juga protein berkualiti tinggi, saya percaya siapa yang cuba Cinch mesti duk mengulang minum, sebab ia sedap dan mengenyangkan serta memberi tenaga, dan yang paling penting untuk ibu menyusu, Cinch membantu kita menurunkan berat badan dengan baik dan membantu penyusuan kita.

11130023_10205616738092060_7142085940829472724_n

1907517_10205616737332041_7645904055066260103_n

11133650_10205616738492070_6316704969795523018_n

Syok kan..baca pun dah buat kita teruja, jadi saya rasa untuk kali ni saya stop kat sini dulu, sat sat lagi kalau ada masa lebih sikit saya akan tulis lagi..hihi..lagipun anak saya dah nak bangun, saya perlu bersiap untuk mandikan dia dan siapkan makan malam.Kita jumpa next entri ya.. opps lupa..yang nak order YES PACK boleh direct terus contact saya

Faezah Zaini

013 327 2458 

Jumpa lagi!!! Assalamualaikum