Tips berhenti kerja untuk jadi surirumah sepenuh masa untuk jaga anak

Bila saya buat keputusan untuk berhenti kerja dan mahu fokus untuk membesarkan anak, ramai yang hru biru perasaan, macam -macam komen macam macam cadangan macam macam nasihat saya terima, antaranya adalah:

1. Kenapa berhenti? sayang je belajar tinggi tinggi

2.Tak kesian ke kat husband you

3.Emm abis tu sapa nak tolong bayar hutang belajar awak nanti

4.Ala kerja je, kesian kat husband awak, anak takpe hantar je nursery ajar dia lebih berdikari

5.Awak kerja la balik, sayang la ijazah awak tu

6.keewangan awak dah kukuh ke? kalau belum kukuh kerjala atleast lepas la nak beli apa-apa

Hihihi saya pekakkan telinga je, saya faham yang bagi nasihat pada saya semua berniat baik, tapi pada saya keputusan saya untuk berhenti kerja setelah saya dan suami berbincang dan memikirkan kesan baik dan buruk yang perlu dihadapi bersama dan paling utama adalah berkaitan dengan anak. Kalau diikutkan cita cita saya sangat tinggi saya mahu menjadi Hakim Mahkamah Syariah hahaha, saya sangat cintakan dunia perundangan sebab tu juga yang membuatkan saya menyambung pengajian di UIA dalam bidang Pentadbiran dan Kehakiman Islam atau nama comelnya  (DAIJ ). Namun selepas berkahwin dan mempunyai anak saya nekad untuk berhenti kerja dan memilih untuk menjadi surirumah tangga sepenuh masa dan fokus utama saya adalah untuk membesarkan anak.

SAM_1070Kenangan Hari Konvokesyen DAIJ di UIAM tahun 2012

SAM_1078Bersama rakan seperjuangan..

Tak dinafikan keputusan untuk berhenti kerja bukan mudah untuk dilakukan, tapi saya meletakkan diri saya sebagai orang yang positif dengan lakaran kehidupan, keluar dari zone selesa kepada zone biasa-biasa. Melihat anak membesar di depan mata, mendidik dan memberi ruang masa bersama dengan anak adalah lebih utama pada saya, pengalaman saya menjadi guru selama hampir 5 tahun cukup memberi kesan pada saya, tak sanggup nak letak anak di nursery, tak sanggup nak melihat anak menanti nanti kepulangan saya dan tak sanggup nak tengok air mata jernih anak bila saya lewat ambil dari day care. Saya dah nampak semua tu, saya tengok dengan mata kepala sendiri betapa hausnya jiwa si anak sekiranya anak sentiasa di tinggalkan lama melebihi 2 jam, 12 jam lagi la tak sanggup. Saya kira pengalaman menjadi guru menjadi guru day care sudah cukup mengajar saya,  oleh sebab itu saya memilih untuk meninggalkan kerjaya saya dan nekad berhenti kerja untuk membesarkan anak dan menjaga keperluan suami.

JpegAlhamdulillah suami saya merupakan orang yang hebat yang menyokong keputusan saya, tiada keluhan dibibir suami saya malah menyambut gembira keputusan saya untuk tidak lagi berkerja, sebelum itu saya nyatakan hasrat saya kepada mak dan abah, alhamdulillah mak abah menyambut gembira cuma sebelum tu mak abah tanya suami saya “takpe ke faizah tak kerja, sanggup ke kamu menyara keluarga sorang sorang ni ” jawapan suami saya  ” takpa saya sanggup dan saya lebih suka faizah berhenti kerja dan menumpukan kepada urusan pendidikan anak, mungkin saya tak kaya untuk memberi kemewahan tapi cuba untuk menyempurnakan tanggungjwab dan keperluan anak isteri dengan baik, saya yakin rezeki Allah. Alhamdulillah jawapan paling sweet saya pernah dengar hihihi. Saya kongsikan beberapa tips untuk pembaca semua tips persediaan mental saya sebelum membuat keputusan berhenti kerja, tips ni saya kira satu sokongan utama untuk saya nekad buat keputusan besar ni.

1. YAKIN AKAN REZEKI ALLAH

Saya yakin rezeki Allah,rezeki suami dan rezeki anak sentiasa ada, saya positif melihat rezeki Allah luas, bukan hanya pada kemewahan duit,kerjaya yang hebat tapi ketenangan kelapangan hati,kesihatan kesejahteraan hubungan suami dan isteri adalah anugerah rezeki yang besar dari Allah. Dan anak yang di lahirkan rezekinya dah siap tertulis, janji yakin dengan Allah, jangan buruk sangka dengan Allah.Doa yang baik baik pasti yang datang yang baik baik juga.

2. POSITIFKAN DIRI, KUATKAN HATI UNTUK MENERIMA CABARAN,BERSEDIA UNTUK MENUKAR GAYA HIDUP KEPADA LEBIH BERSEDERHANA DAN BERSYUKUR

Saya kuatkan hati saya nampak kesan jangka panjang yang lebih positif, saya pekakkan telinga kalau ada yang komen ada yang sinis,ada yang perli dan saya juga elakkan dari membuka segala kelemahan saya, saya banyak membaca cerita-cerita ibu ibu yang solehah yang berjaya membesarkan anak walaupun hanya suami sahaja yang berkerja. Saya bersedia untuk lebih bersederhana dalam gaya hidup, lebih berjimat dan belajar untuk sentiasa bersyukur.Bila kita bersyukur Allah akan tambah rezeki kita itu saya yakin dan saya buka hati saya untuk melihat konsep rezeki itu dengan pandangan hati yang lebih luas.

3.ANAK ADALAH AMANAH ALLAH

Bila saya berkahwin dan mempunyai anak, naluri keibuan saya lebih kuat, saya sedar anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai,saya mesti menghargai manusia kecil didepan saya, saya perlu lihat bahawa saya adalah orang yang diberi peluang untuk mendapat zuriat lebih awal, berbanding orang lain yang terpaksa menunggu lama untuk menanti zuriat. Jadi saya rasa yakin dengan keputusan saya berhenti kerja ia membantu saya untuk melaksanakan amanah Allah dengan baik. Nyata saya senang dengan keputusan saya, hati saya lebih rilex, saya tak tension tak stress saya mampu menangani masaalah anak dengan baik, yang seronoknya saya jadi manusia yang lebih SABAR. Masyaallah hebatnya perasaan tu.

4. PELABURAN AKHIRAT

Ye ini merupakan pelaburan saya, bukan sekadar pelaburan dunia tapi pelaburan akhirat, saya laburkan masa saya untuk mendidik anak saya, saya mahu dia mendapat sentuhan,suapan didikan ,teguran dan nasihat dari saya dan suami saya. Saya mahu melihat akan datang anak saya menjadi sahabat kepada saya, sebagaimana hubungan saya dengan mak saya, saya boleh bersembang bercerita, melakukan aktiviti bersama dan paling manis saya dapat menjaga mak saya. Jadi saya mahu anak saya nanti akrab dengan saya, saya dan suami sayalah rujukan dia, saya yakin jiwa anak saya kan mudah terdidik dan lebih lembut bila saya sentisa menyentuh dan mendampingi dia. Ini adalah misi dan visi saya dalam membina keluarga, bukan sekadar nak dapat manis kat dunia malah nak dapat manisnya di akhirat.

Jpeg

Cukup 4 tips saya kongsikan Alhamdulillah sekarang saya dah makin seronok dengan kehidupan penuh sebagai suri rumah.Dan saya sendiri dapat rasa kemanisan bila dapat melihat anak saya Fatihah membesar dengan baik didepan mata saya sendiri. Bersusah susah dahulu saya ni, insyaallah yang senang pasti kan ada. Sekarang saya suka tengok Fatihah bila saya nak solat dia kan angkat tangan macam nak baca doa, suka juga tengok dia bila saya cakap Bahasa Arab dan English dia mula tunjuk respon positif. Insyaallah bila saya dah buat keputusan ni saya yakin Allah ada untuk saya bergantung harap.

Membina suasana belajar untuk si manja comel

Entri kali ni saya nak share sikit langkah pertama saya membina suasana belajar untuk anak saya Fatihah, kalau yang biasa mengikuti perkembangan saya di facebook dan di blog mesti kenal anak saya Fatihah hihihi. Saya dan suami bercadang untuk memulakan tindakan awal untuk mengelakkan Fatihah dari terjebak dengan telefon dan ipad, jadi alternatif yang kami ada adalah kembali kepada kaedah yang tak moden tetapi sesuai sepanjang zaman hihihi.

JpegSaya mulakan dari awal dengan membiasakan Fatihah dengan memegang buku-buku kecil yang mempunyai gambar yang menarik, saya mula membelikan buku-buku tersebut seawal Fatihah berumur 6 bulan. Tujuan saya supaya Fatihah dapat melatih jari fatihah untuk memegang buku-buku dan melatih Fatihah berkenalan dengan warna dan gambar. Pada awalnya Fatihah lebih kepada pegang sekejap kemudian lepas, lama kelamaan Fatihah mula menunjukkan minat dan mula mencari buku -buku yang saya belikan.

JpegSetiap kali Fatihah mula memegang buku saya akan cuba menyebut satu persatu huruf dan perkataan didalam buku, kadang kadang saya eja kan kadang-kadang saya ceritakan. Buku Sang Jumbo yang dah tercabut mata dia sebelah tu merupakan buku kegemaran Fatihah, walaupun Fatihah masih kecil saya tetap bacakan, sambil saya mengayakan badan dan membunyikan bunyi haiwan, contoh kalau saya cakap sang monyet saya akan bunyikan bunyi monyet dan saya berlakon sekali hihi. Bialah orang nak ketawa pun, tapi saya percaya  Fatihah mula memahami dan mula menunjukkan minat pada cerita saya, kalau saya tak sempat suami saya akan ambil alih tugas saya bercerita dan berlakon bersama.

JpegHasilnya hari ini selepas 6 bulan Fatihah sudah mula menunjukkan minat pada buku buku kecil yang saya belikan untuk dia, sekarang bila saya mula pegang buku, Fatihah akan duduk diriba saya sambil menunjuk nunjuk buku seolah olah sedang membaca. Alhamdulillah seronok tengok perkembangan Fatihah. Saya beli buku murah -murah je, biasanya tak lebih dari Rm10, harga paling tinggi pun dalam Rm8.90 saya beli. Semalam saya dah mula menyediakan sudut khas untuk Fatihah, saya sediakan ala ala tadika mini untuk Fatihah, jenuh la saya menampal, tapi saya puas hati sebab saya pun suka.hihihi. Alhamdulillah pengalaman sebagai guru sekolah rendah banyak membantu saya dalam membina suasana belajar untuk Fatihah.

JpegNi ha ..tak siap pun lagi..nak kena slow slow..so far saya puas hati hihi (syok sendiri )

Doakan projek mini saya ni berakhir dengan kejayaan hihi, seronok pula saya mendeco rumah macam tadika hihihi nampak ceria rumah saya hihi. Saya kira saya perlu mulakan tindakan awal untuk bantu perkembangan Fatihah, untuk setakat ni saya tengah buat 3 benda yang perlu istiqomah mudah-mudahan Allah memberi keizinan atas hasil usaha saya ni. Saya share sikit sebelum menutup kalam, masa Fatihah berumur sebulan hingga sekaran 12bulan suami saya akan biasakan fatihah dengan bacaan Alquran, setiap hari tak kira di mana kecuali dalam tandas suami saya akan bacakan 3 surah utama iaitu:

1. Surah Al Fatihah

2. Ayatul kursi

3. Surah Al Ikhlas

Manakala saya pula bila suami pergi kerja masa nak tidurkan Fatihah saya akan tambah dengan

1. Surah Toha ayat 1-5

2. Surah Al Insyirah.

Setakat ni saya dan suami masih dapat meneruskan aktiviti tersebut doakan kami semoga diberi kekuatan luar dan dalam untuk membina biah solehah untuk anak kami. Entri akan datang saya akan ceritakan pula macam mana saya berdepan dengan karenah Fatihah bila saya nak solat, apa perasaan saya dan apa ujian ujian yang saya hadapi bila suami saya tiada dirumah. Untuk malam ni setakat ni dahulu cerita sempoi saya untuk semua, mudah mudahan bermanfaat untuk semua. Ameen

Ikan Sepat Abah untuk kami

Alhamdulillah, saya berpeluang balik kampung bertemu dengan keluarga tersayang, Allahuakbar seronoknya saya dapat menatap wajah abah dan emak lapangnya hati saya. Saya rasa seperti mendakap seluruh kebahagian bila dapat jumpa mak abah di kampung, lapangnya hati tak tau nak cerita. Saya bertolak balik ke kampung hari sabtu lepas balik naik bas, perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam, sepanjang perjalanan tak terkira seronoknya hati nak jumpa mak dan abah. Sampai je dirumah terus salam dan peluk mak abah yang sibuk siang ikan sepat ronggeng untuk dikeringkan. Allah macam macam ceritala dengan mak abah.

323662_306791092666578_979934331_o

Mak dan abah tak henti henti cakap aa esok boleh la kak lang dan safwan makan ikan sepat, besar besar lang abah dapat. Sekali menjala punya la banyak rezeki Allah bagi. Allah tak terkata saya, punya mak dan abah tak sabar nak tunjuk ikan sepat hasil abah menjala pada saya. Esok paginya seperti yang mak abah janjikan, Abah lepas je solat subuh dah siap dengan jala ikan, saya pula sibuk siapkan sarapan dan persediaan nak masak tengahari di dapur dengan adik dan kak ngah.Nah tengok punya syok ikan sepat yang abah dapat.

11077923_770682669712661_5295797626272627278_n

Abah dengan mak macam tula , bila anak anak balik dia akan jadi manusia paling sibuk mengembirakan anak anak, abah dengan mak tak kaya, tapi abah dan mak kaya dengan kasih sayang pada anak anak. Setiap anak yang balik mesti di layan sama rata. Kalau marah pun sama rata dapat hihi. Abah sebenarnya paling suka bila anak anak menghargai hasil usaha abah yang berpenat lelah cari ikan untk nak-anak. Pada Abah itu satu kepuasan dan kebahagian bila anak anak menghargai dan seronok dengan hasil tangkapan abah. Mak pula tak berhenti tanya anak anak, nak makan lauk apa, nak masak macam mana, huhu sayangnya mak dan abah pada kami 9 beradik. Mulut mak dengan abah tak berhenti bercerita tentang seronoknya dapat ikan, seronoknya jemur ikan kering sepat, seronoknya dapat jual ikan dan seronoknya anak cucu dan menantu makan ikan hasil tangkapan abah dan hasil masakan mak.

10460824_770684469712481_4593728495611383186_n

Tu gambar saya tengah nak pilih ikan untuk masak tengahari, yang lebih tu kami simpan, selebihnya abah jual. Saya dan adik beradik tak kisah makan nasi berlaukan ikan darat ni, ikan sepat, keli haruan, ikan bulan, talipia dan puyu memang makanan kami dari kecil. Abah dan mak bukan orang senang, kami dilatih dari kecil untuk menghargai setiap hasil usaha abah dan mak dan tidak merungut. Memang hasil didikan mak abah kami 9 beradik tak pernah menolak makan ikan darat hasil tangkapan abah. Dan yang paling kami seronok menantu menantu abah semua pandai makan ikan darat.

11130281_770682003046061_310571931329490650_n

Hari ni saya dah ada di Ampang, rasa sedih pun ada sebab sekejap sangat rasa cuti, emm saya dah mula rindukan ikan goreng sepat mak, dah mula rindukan abah yang selalu marah kalau saya lambat tengok ikan yang abah tangkap. memangla hubungn kekeluargaan ni satu nilai yang cukup tinggi, nikmat bersilaturrahim dengan adik beradik ni nikmat besar pada saya. Nikmat balik kampung menghirup udara yang nyaman, walaupun tengahari panas melekit tiada aircond yang menyejukkan, tapi hubungan kasih sayang seolah olah memadam segala kekurangan. Nikmat melihat wajah mak abah dan adik beradik pula tak terkata dan tak mampu di bayar dengan duit, Subhanallah.Tengoklah seronoknya suasana kampung, Fatihah pun enjoy dengan suasana kampg.un

11130205_771175066330088_4872111964573195673_n

Insyaallah lepas ni saya nak balik kampung lagi, nak jumpa mak abah dan adik beradik lain, seronok sangat dapat berkumpul ramai ramai, last kami semua dapat berkumpul masa kenduri adik saya yang ke-6, lepas tu masing masing ada yang balik rumah mertua, tak dapat sekali berkumpul. Mudah mudahan lepas ni kami semua dapat berkumpul dengan penuh kasih sayang dan meriah. Untuk pembaca di luar sana doakan kami semua dapat berkumpul di Syurga Allah, doakan sillaturrahim kami sekeluarga adik beradik, menantu dan anak cucu abah dan mak semakin kukuh, Allah moga dengan seronoknya kalian membaca kisah saya ni, ianya menjadi doa buat kami sekeluarga aminnn.

IMG-20140811-WA0042

 

YA ALLAH HIMPUNKAN SELURUH KETURUNAN DAN ZURIAT HAJI ZAINI DI DALAM SYURGAMU, AMPUNKAN DOSA MEREKA,ERATKAN SILLATURRAHIM KELUARGA MEREKA, JADIKANALAH KELUARGA INI KELURGA YANG TAAT PADA PERINTAHMU, DAN MENJAUHI LARANGANMU, PELIHARA AQIDAH MEREKA DAN JADIKANLAH SELURUH KETURUNAN HAJI ZAINI DARI KALANGAN ORANG YANG MENDIRIKAN SOLAT DAN KUAT AQIDAH MEREKA. YA ALLAH SATUKAN HATI ANAK BERANAK HAJI ZAINI DAN JAUHKAN DARI BERPECAH BELAH, YA ALLAH KAU KURNIAKANLAH HAJI ZAINI ANAK ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH  YANG MENJADI PENYEJUK MATA BUATNYA,RAHMATILAH KELURGA MEREKA. YA ALLAH KURNIAKANLAH KEPADA MEREKA TEMPAT TINGGAL YANG BAIK DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. AMEEN