Susu Ibu.. Apakah persedian kita semasa mengandung dan selepas menjadi Ibu

Entri kali ni saya berkongsi sikit pasal susu ibu, susu untuk anak kita, sebelum saya berkahwin saya tak ambil berat sangat pasal susu ibu ni, setakat baca angguk dan faham je, kemudia bila saya dah berkahwin saya mengandung perasaan tu jadi lain. Senang cerita saya jadi seronok membuat pembacaan pasal susu ibu, salah satu puncanya adalah kerana saya tak nak anak saya kena jaundice. Faktor lain saya selalu terbaca entri pasal perasaan seorang ibu tentang luluhnya hati bila anak baru lahir terpaksa di tahan kerana demam kuning yang terlalu tinggi, salah satu artikel yang saya baca adalah dari blog Dr.Syamirullah, kisah tentang seorang ibu muda yang berdepan anak yang baru lahir kena demam kuning yang sangat tinggi sehingga mengancam nyawa anaknya.

Jadi atas pembacaan tersebut saya mula merancang dan bersedia untuk mendapat susu badan yang banyak untuk anak saya Fatihah, bermula dari seawal mengandung saya pasang niat untuk menyusukan Fatihah seawal dia melihat dunia. Disini saya kongsikan sedikit persediaan saya untuk mendapatkan susu badan yang banyak semasa mengandung dan selepas melahirkan Fatihah.

Photo0250

Gambar pertama Fatihah 2 jam selepas di lahirkan masih tidur, saya bangun nak susukan dia.

1. Doa dan Harapan

Semasa mengandung setiap kali lepas solat saya mesti doa supaya susu  badan saya banyak dan cukup untuk Fatihah, dan saya memang doa supaya di jauhkan dari kering susu badan atau susu badan tak cukup untuk Fatihah

2. Menjaga Pemakanan

Cara kedua semasa mengandung suami saya dan saya cukup menjaga pemakanan, makan makanan sunnah dan makan Vitamin adalah salah satu yang membantu saya  untuk mendapatkan khasiat seterusnya mengharapkan makanan tersebut mampu di jana menjadi susu yang baik untuk anak saya .

3.Berurut

Tak lupa juga semasa mengandung saya kerap pegi urut badan,berurut adalah salah satu cara yang sangat membantu dalam melancarkan perjalanan susu badan.Tapi tak ramai yang buat cara ni, saya mengambil nasihat orang lama dan turut mengamalkan cara moden, tak salah rasanya untuk kita mencuba selagi cara tersebut tidak memudaratkan. Boleh di katakan saya pergi berurut 2 minggu sekali di bulan- bulan terakhir sebelum bersalin

Alhamdulillah sebagaimana saya berusaha, akhirnya hasil dari usaha dan doa, hari pertama Fatihah lahir susu badan cukup banyak, terharu saya tak putus saya ucapkan alhamdulillah, sampai nurse dekat Hospital pun cakap eh susu awak ni banyak la, untungla anak awak, awak jangan lupa perah ye, takut bengkak nanti. Syukur pada Allah dengan segala nikmat yang di berikan pada saya dan anak saya. Nak jadi cerita, sebagaimana susu badan saya banyak, sebegitula kerapnya Fatihah menyusu badan, target awal saya adalah untuk Fatihah bebas dari jaundice nampaknya diizinkan Allah, dengan kekerapan Fatihah menyusu badan ianya membantu Fatihah bebas dari jaundice, seronok saya Fatihah sihat tak perlu saya berulang alik ke hospital.

Walaupun Fatihah dah bebas dari jaundice saya tetap membuat persediaan untuk menambah susu badan, ini sangat penting pada saya kerana target kedua saya adalah untuk memastikan Fatihah dapat menyusu penuh dengan saya sehingga umurnya genap 2 tahun. Persediaan untuk mendapatkan susu badan selepas bersalin adalah sangat penting, sebab masa tu saya dah mula praktikkan menyusu anak, saya perlu memastikan susu banyak dan berkualiti supaya Fatihah kenyang dan dapat tidur lena. Saya kongsikan ikhtiar saya untuk mendapatkan susu badan yang banyak dan berkualiti :

1. Mengamalkan minum air suam, dan mengambil makanan tambahan ESP dan VITA-LEA 

Makanan tambahan sebenarnya membantu saya mendapat zat dan nutriean yang hilang semasa bersalin, jadi saya memang pastikan setiap hari saya mengambil ESP dan Set selepas berpantang Shaklee saya amalkan setiap hari tanpa rasa jemu, nak tau sebab apa, sebab Fatihah perlukan susu dia tak boleh makan benda lain selain susu badan jadi saya MEWAJIBKAN diri saya dalm tempoh berpantang selama 3 bulan tak skip makan Vitamin. Terutama ESP dan VITA-LEA yang ni memang saya tak skip saya minum setiap hari, selain badan bertenaga susu badan masyaallah. Hasilnya alhamdulillah, nak tau setiap kali saya perah susu dapat satu botol full, susu badan saya nampak lebih pekat dan Fatihah nampak lebih lena tidur.Beza tau ada masa saya terlupa minum jauh beza kepekatan susu masa makan makana berkhasiat dengan tidak.11052445_760010884113173_5404156078412972504_o

ESP kosong bancuh pekat 

Ramai ibu-ibu yang tidak menitik beratkan soal pengambilan Vitamin selepas bersalin, sedangkan pengambilan vitamin selepas bersalin sangat penting, kerana ia membantu mengembalikan semula zat, mineral kita yang banyak hilang semasa proses bersalin.  Ramai juga yang beranggapan perkara ini adalah sekadar untuk melariskan produk Shaklee, ianya salah sama sekali, saya sendiri tak berani berkongsi pengalaman tanpa merasai sendiri hasil dari pemakanan sihat Shaklee ni.

2. Ibu-ibu elakkan makan -makanan yang tidak berkhasiat

Ramai yang diluar sana tidak mengambil berat soal pemakanan, belum habis pantang dah makan macam-macam sebenarnya bila kita makan makanan tak berkhasiat macam mee segera, keropok-keropok , asam -asam dan minuman berkarbonat ianya boleh menjejaskan pengeluaran susu, susu mungkin keluar tetapi khasiatnya mungkin kurang berkualiti.

3. Elakkan dari stress:

Bila ibu-ibu stress sedikit sebanyak menjejaskan pengeluaran susu, kita stress emosi kita tak stabil, kita jadi kurang makan badan terasa lesu, fikiran jadi negatif . Macam mana nak membantu menyusukan baby kan. Bila dah stress dengar anak menangis pun rasa nak menjerit. Disini perlunya pelabagi sokongan keluarga terutama suami. Suami jangn menekan isteri, beri isteri sokongan dan bantu semasa dalam tempoh berpantang. ramai di luar sana tak ambil kisah soal ni, kesian isteri dah la sakit bersalin tak hilang, kena pula stress nak urus anak dan rumah tangga, susu badan pula tak keluar. Jadi nak tak nak sama -sama kena berkorban, support each other ya .

4. Berurut

Ya berurut juga salah satu cara membantu siibu untuk melancarkan proses pengeluaran susu, dan elak dari bengkak susu, yang ni juga ramai ibu moden malas nak buat. Tak rugi habiskan masa sekitar sejam dalam seminggu untuk berurut, biasanya bidan yang urut kita dia tahu macam mana nak bantu susu badan keluar dengan baik. kalau tak percaya, anda kena cuba sendiri.

5. Sentiasa positif untuk lebih kerap menyusukan baby

Susu baby ni semakin dihisap semakin banyak, jadi jangan culas nak menyusukan anak, kalau sakit badan sepanjang malam susukan anak, cuba ambil Ostematrix insyaallah ianya sangat membantu.

Photo0790

Gambar Fatihah umur 2 bulan setengah .. bam bam kan 

6. Bertungku 

Jpeg

Ha yang ni pun ramai malas nak buat, sebenarnya bila bertungku badan kita jadi selesa, ia membantu mengecutkan rahim, membantu perjalanan darah dan juga membantu pengeluaran susu badan. Secara kajian sains tak ada la saya nak buktikan disisni, tapi ini merupakan petua orang lama yang sangat membantu,  bertungku juga membantu memecahkan segala lemak-lemak badan dan menghilangkan sakit -sakit urat. Ada setengah orang siat bertungku letak dipayudara buat sekejap-sekejap la, alhamdulillah ia membantu menghasilkan susu.

7. Makan buah kurma, madu kelulut dan habbatussawda’

Kedua jenis makanan sunnah ni memang saya amalkan, saya makan selepas 4 hari selepas saya melahirkan anak, AllahuAkhbar meriahnya susu tak tau nak cakap, tapi kena jaga jaga sikit habbatussawda ni agak panas, so ada masa saya stop makan sebab anak kesian kat anak.

Serba sedikit saya kongsikan tips persedian sebagai ibu untuk menjaga dan memastikan bekalan susu untuk baby sentiasa ada, disini saya menulis bukanlah sebagai seorang pakar, saya sekadar berkongsi pengalaman dari pembacaan dan aplikasi yang saya lakukan sendiri, Alhamdulillah sampai sekarang saya masih menyusukan anak saya , dan bulan ni merupakan bukan ke 12 saya menyusukan anak saya, ada baki lagi 12 bulan lebih untuk saya terus memastikan bekalan susu saya banyak dan berkualiti untuk anak saya Fatihah.insyaallah berkat dengan usaha, doa dan terus mengamalkan pemakanan sihat sya positif melihat kejayaan menyusukan Fatihah sehingga cukup umur dua tahun.

Jpeg

Terimakasih sebab sudi membaca

Jom Layan Sarapan Pagi Cara Kampung Yang Awesome

3257679778_cc99f1a3cd

Rindunya dengan kampung, rindu dengan suasana, cara hidup budaya dan makanan -makanan kampung. Antara yang menjadi tarikan utama duduk di kampung adalah makanan, makanan kampung yang sedap dari sarapan pagi, lauk pauk makanan tengahari , juadah minum petang dan manisan. Kali ni saya kongsikan sedikit tentang beberapa jenis sarapan pagi cara kampung yang sangat awesome, sarapan pagi cara kampung yang betul-betul kampung tau bukan kampung pinggir bandar ke atau kampung yang dah dimodenkan.

1. Nasi Lemak Daun Pisang

IMG_7970_zps7185786c

Nasi Lemak daun pisang dengan sambal ikan bilis, makan panas-panas siap ada air kopi o, bau wangi nasi lemak yang di bungkus dengan daun pisang fuh terangkat, mau mengulang je makan. Nasi lemak daun pisang boleh didapati sekitar harga Rm0.50 -Rm 0.70 dah naik sikit harganya, tapi rasanya Masyaallah superb, susah dah nak dapat nasi lemak daun pisang terutama bila duduk bandar, di kampung saya Kampung Simpang 4 B.N.O  saya masih boleh merasai nasi lemak daun pisang serendah harga Rm0.50. Dan biasanya bila balik kampung saya akan singgah kedai along Aman atau kedai arwah pak cik Ipin tapi bila balik Ampang sedia jela Rm1.20-Rm1.30 beli depan kedai seven E hihihi.

Kopi-o-sedap-dengan-copy-mixer

2. Nasi Goreng kampung air tangan mak 

Hihihi Nasi goreng kampung mak buat, air tangan mak siapa pun akan teringat, bukan nasi goreng kat kedai tau. Biasa kalau mak mak kita buat dia mesti letak cili kecil dan ikan bilis, ikutla macam mana kreatifnya mak kita buat kan, tapi yang nyata nasi goreng air tangan mak memang sedap, padahal  mak-mak kita buat biasa -biasa je kan.

makan-nasi-goreng-terlalu-pedas-pria-singapura-lapor-polisi

3.Ubi kayu Rebus dengan Sambal Ikan Bilis 

Ubi kayu rebus makan dengan sambal ikan bilis, fuh terangkat, kalau masa saya kecik dulu, mak akan cabut ubi waktu petang dalam pukul 6 petang, pagi esoknya mak akan rebus sampai empuk buh garam sikit, aduh menangis punya sedap, ada juga kadang-kadang di sajikan dengan kelapa dan ikan masin, tapi biasanya saya suka makan cicah dengan sambal bilis. Hidangan ni bukan saja di sajikan pada waktu pagi, waktu petang pun ye  tambah -tambah kalau hujan lebat, siap  pula dengan hidangan kopi atau teh o panas. Haish,  Comfirm teringat ingat, kenyang sedap dan lazat.


2013-10-28 18.14.20

teh o

4. Cekodok Pisang

Cekodok pisang yang sangat sedap, kalau di kampung, sarapan pagi hari sabtu dan ahad mak saya selalu buat cekodok pisang, memang sedap, berbeza dengan cekodok yang di jual di gerai tepi jalan. Cekodok yang dibuat di rumah lebih asli rasa pisang bukan rasa tepung, nyum nyum kalau di gerai kadang kadang terlalu besar mungkin terlebih bahan serbuk penaik hihi. Saya orang Sabak Bernam memang jadi kebiasaan saya makan cekodok pisang, ada juga yang panggil jemput pisang tapi saya tetap panggil cekodok hihi.  Sebenarnya tak la susah mana pun nak buat cekodok pisang ni, tapi dek kerana kesibukan membuatkan kita lupa resipi cekodok pisang yang alah petik jari je buat hihi.


20130320_170006

5. Pulut Ikan Masin

Hah!hahaha pulut ikan masin, walaupun side effect selepas makan mengantuk atau berangin badan, dikau tetap menjadi pujaan hatiku, kalau nak rasa best makan pulut ikan masin ni balik kampung tanak sendiri makan ramai ramai dengan keluarga masa sarapan atau minum petang. Sedap sangat, biasa kalau di bandar mahal juga , ikan masin alahai potong macam nak tak nak je, pulut seketul letak kelapa lebih kurang nah ambil bayar Rm 2-3 nangis dibuatnya. Baik masa sendiri kan.

image

Kredit gambar: Majalah RASA Kumpulan Krangkraft 

Rasanya cukup setakat ni dulu saya share, nanti ada pula yang menangis terliur hihi, perkongsian kali ni adalah akibat dari kerinduan nak balik kampung nak rasa air tangan mak punya pasal hihi. Apa pun semua makanan yang saya kongsikan diatas merupakan makanan yang berasal dari kampung, tapi sekarang dah komersial siap di hotel pun dah ada hidangan sarapan cara kampung ni. Cuma kualiti jela ada yang okey ada yang biasa- biasa ada yang high class punya rasa, janji sediakan duit je nak bayar kan.

CREADIT GAMBAR  dari GOOGLE.

Subuh yang sayu

subuh1

Pagi tadi saya baca quran, tengah elok baca saya terhenti sekejap saya terdengar sayup suara Azan..bukan tak biasa dengar tapi kali ni lantunan Azan dari Masjid berdekatan rasa jauh sayu menusuk ke hati. Tak tahu kenapa hati saya jadi sesayu tu..saya teringat ramai dah meninggalkan saya..saya pula macam mana nasibnya. Azan subuh berakhir saya sambung bacaan quran, suami saya dah siap nak ke surau, macam biasa dia pesan pada saya mandi sebelum solat.

Anak masih tidur lagi, ye la memang time dia tidur pun masih kosong dengan segala taklifan di bahu, tak mumaiyiz  tak baligh jadi tiada bebanan ke atas Fatihah hiihi. Hidup dan mati kita ni tak tahu..semua jadi rahsia Allah, terkenang saya kemulian orang yang mati dalam keadan beriman, dapat pula anugerah mati pada hari jumaat tentu di alam kubur terang benderang suasananya. Rasa takut pula bila ingatkan kegelapan kubur. Moga mati kita nanti dalam keadaan husnul khotimah,dan semoga tiada fitnah kubur melanda kita. Nak cari kecerahan kubur adalah dengan berbuat amalan di dunia, antaranya solat malam, mengaji, berpuasa , bersilaturrahim dan bersedeqah. Moga – moga amalan kita nanti menjadi saksi terbaik di alam barzakh. Saya teringat pula suami anak, ibu dan ayah saya serta adik beradik saya yang tersayang, saya juga mengharapkan agar kami semua dapat berhimpun di akhirat bersama -sama. Doa saya semoga Allah memberi ruang dan jalan untuk kami semua bertemu di syurga.

Ibu dan ayah saya semoga Allah kurniakan syurga diberi pelepasan dari azab dan fitnah kubur, takut kalau ada perbuatan saya yang jadi beban dan penghalang keduanya untuk ke syurga. Malu mengenang kisah silam semoga Allah terima taubat. Disini suka saya kongsikan pada semua yang anak dara yang bujang, jangan disebabkan kita ibu dan ayah kita terheret ke neraka. kalau nak sesuatu ingat satu benda je, Allah redho ke aku buat macam ni, Allah suka ke? kalau aku buat macam ni ibu ayah aku macam mana, kasihanilah ibu dan ayah kita. Tak kira la yang baca blog saya ni siapa, tapi kalau terbaca tolong sampaikan pesanan saya ni dan tolong panjangkan :

1. Untuk anak dara anak bujang di luar kalau bercinta jangan ikut hawa nafsu, bila kita ikut hawa nafsu ke luar ke hulur ke hilir sampai lewat malam tanpa ada teman kita dah menyumbang satu dosa pada diri kita, kena pula masa kita keluar mak ayah izinkan, tak pasal pasal mak ayah dapat saham yang sama.

2. Telefon sila jaga, masa bercinta jangan gila nak bergayut syaitan kiri kanan, bila kita dah hanyut bercinta kita akan lupa jaga batas kita sebagai muslim dan muslimah, kalau dah bergayut tengah malam suara mesti dilunakkan selembut sutera, jadilah macam macam perkataan yang tak sepatutnya di ucapkan. MALULAH DENGAN ALLAH

3. Ibu dan ayah kita dah penat besarkan kita, banyak kesusahan yang mereka lalui, banyak pengorbanan yang meraka korbankan. Tolong jangan kerana kita buat maksiat, ibu dan ayah terhumban sekali lagi ke pintu neraka.

4. Anak dara dan anak bujang kalau bercinta jangan sampai meninggi sura dengan ibu dan ayah kita, kerana tak dapat penuhi kehendak pasangan nak keluar bersama, ibu dan ayah jadi mangsa. Ingat Ibu ayah bela kita sejak kecil, dia jaga sepunuh kasih sayang, jangan kerana dia yang belum tentu sayang kat kita, kita derhaka pada ibu dan ayah kita.

5. Setiap hari ajak diri kira sedeqahkan Alfatihah kepada ibu dan ayah kita, buat dari sekarang, semoga segala dosa ibu dan ayah kita diampunkan Allah dan semoga hubungan kita sebagai anak menjadi lebih rapat.3139168538_829e670687_o

Setakat ini sahaja yang saya catatkan, ikut pada kata hati saya je ni, dari pembacaan dan pengalaman. Moga kita semua jadi orang yang bertaqwa, moga mati kita Allah pelihara dari fitnah . Moga kita dipilih Allah untuk jadi hamba  yang dicintainya.