Dia yang selalu menyenangkan saya

Av4SquLgmgGdHuEMFybXl0ER9Fp-9vTI6_T3JJZZB9jf

Sepatutnya saya pergi ke Multaqa Ulama’ hari ni,tapi atas beberapa perkara saya tak dapat pergi, monyok la muka saya seposen. Suami tepuk tepuk saya insyallh nanti ada rezeki abang bawak ummi pergi dengan anak, sedih juga sebab dah rancang tiba-tiba atas beberapa masalah teknikal saya terpaksa mengundur diri, bukan apa bila keadaan nak pergi pun kelam kabut, saya pun jadi tak sedap hati nak teruskan pergi. Tengah sedih dengan muka saya seposen dua posen lima posen tiba-tiba suami saya bersuara memecah kesedihan”ummi..ummi ..ummi nak tahu tak, sebenarnya bukan pakcik kat MAFAZ ( Masjid Fatimah Azzahra’ Kosas Ampang ) tu je yang cakap abang ni handsome, tapi ramai..abg kira-kira tadi..ooo ramai ..emm dlm hati saya start dah abang ni nak buat lawak….saya tengok je muka suami bercerita sambil saya kunyah pelan canai kosong dalam mulut.. ummi nak tau dak..masa abang kerja photostat dulu..ada sorang cina selalu panggil abang hei..handsome boy!handsome boy!abang terpinga-pinga, abang pandang belakang takde orang lain yang handsome.. abang rasa, abang la tu.. lepas tu bila abang pandang uncle cina tu balik, dia panggil lagi..hey handsome boy!!..aaa mmg sah abang.. abang yakin beliau JUJUR cakap abang handsome hahahaha (saya tengok muka suami macam tak bersalah je masa buat pengakuan tu) hahahaaaa.

Begitulah dia setiap hari akan cuba membuat saya tersenyum, bila ada sesuatu permintaan saya atau perkara di luar kemampuan, dia akan cuba sedaya upaya menghiburkan saya dan anak. Saya faham isi hati dia sebagai suami, dia seorang lelaki bergelar suami pastinya mahu mengembirakan isteri sedaya upaya, tapi kadang kala ada beberapa keperluan yang perlu di dahulukan. Pada saya apa yang saya miliki hari ini sudah cukup membuatkan saya rasa cukup, cukup dari sudut keperluan, yang selebihnya saya minta adalah kehendak, biasalah kita sebagai manusia kadang – kadang lupa antara keperluan dan kehendak. Apapun saya seronok melihat setiap hari ada saja perubahan yang baik dalam hidup saya sepanjang berkeluarga, saya rasa saya perlu lebih banyak merenung nikmat-nikmat Allah yang saya perlu syukuri, lebih saya seronok bila suami saya duduk berbincang dengan saya bagaimana untuk mempertingkatkan kualiti solat bagaimana untuk memperbaiki pengurusan waktu  dan bagaimana setiap hari dia selalu mengingatkan saya berkenaan aurat didalam rumah dan diluar rumah. Ok la cukupla sekadar coretan saya hari ini, ada masa saya kongsikan lagi.Yang baik saya kongsikan disini dan yang kurang baik saya harap pembaca jangan ikut dan ambil pengajaran. Insyaallah doakan saya dan suami direzekikan untuk pergi ke Program Multaqa’ tahun depan, dan direzekikan kehidupan yang baik.Ameen

11002590_903853576332447_3244547824772459736_n

MULTAQA” ULAMA SEMALAYSIA 2015

Hadith Arbain : Hadith 1 ” Setiap Amal Bergantung Dari Niatnya “

Bismillah

Harini saya nak share sedikit pengertian hadith pertama dari kitab Hadith 40 karangan Imam Nawawi, hadith ni masa saya sekolah menengah dulu wajib hafal. Alhamdulillah berkat ajaran dan paksaan guru saya suruh hafal hadith sampai sekarang saya masih boleh ingat hadith ni, dan sekarang saya akan bacakan hadith ni kepada anak saya Fatihah, mudah mudahan dia mudah mengingat hadith ni.

hadith

Pengertian Hadith:

” Dari Amirul Mukmin Abu Hafsh “Umar Bin Al Khattab Radiyallahuanhu ia berkata ” Aku mendengar Rasulullah Saw bersabda ” Sesungguhnya setiap amal itu bergantung dari niatnya, dan sesungghnya seseorang itu hanya mendapatkan sesuai dengan apa yang di niatkannya. Barangsaiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, Maka hijrahnya (dinilai  kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang hendak di raihnya atau kerana wanita yang hendak di nikahinya maka (hakikatnya) hijrahnya itu hanyalah kepada apa yang menjadi tujuan hijrahnya “.

Diriwayatkan oleh dua Imam Ahlul Hadith, Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari, dan Abul Husain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi dalam kitab Shahih keduanya yang merupakan kitab hadith yang paling shahih

Pengertian Niat dan Maksudnya:

Niat menurut bahasa ialah Qasad (tujuan hati) dan iradah (kehendak hati). Maka dengan tujuan hati dan kehendaknya sendiri terjadilah sesuatu amal atau pekerjaan.

Ulama Fiqh mengertikan niat sebagai qasad megerjakan suatu bersamaan dengan melakukannya, dan tempatnya di hati.

Menurut istilah Syara’ Niat ialah tergerak hati kearah satu pekerjaan untuk mencari keredhoaan Allah dan menyatakan perasaan tunduk dan patuh kepada perintahnya. Inilah yang di katakan Ikhlas atau kejujuran dalam melaksanakan sesuatu amal.

Maksud Niat menurut pendapat Ulama’ ialah untuk menyatakan perbezaan antara amal ibadat dengan pekerjaan adat atau antara jenisnya ‘ ibadat itu sendiri ‘ sebagai contoh

♥ Duduk di dalam Masjid kerana iktikaf dan berehat adalah sama. Mandi kerana sesuatu kewajipan syara’ ( mandi junub atau mandi selepas datang haidh ) dan mandi kerana kebiasaanya adalah sama tetapi yang membezakan antara keduanya adalah niat.

Amal yang berdasarkan kepada niat yang baik daan ikhlas di terima Allah dan di beri ganjaranya. Imam Nawawi dalam keterangannya mengenai amal yang disertai dengan niat yang baik telah menyatakan bahawa amal ini ada 3 bahagian :

  1. Amal yang di kerjakan kerana takut kepada Allah.Amal ini dinamakan Ibadat Hamba
  2. Amal yang dikerjakan kerana mendapatkan syurga dan pahala.Amalan ini dinamakan I’badat saudagar.
  3. Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan dilaksanakan hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan dan kerana tidak tahu adakah amalnya di terima atau tidak. Amal ini dinamakan Ibadat yang merdeka.

Alhamdulillah sedikit sebanyak perkongsian saya, Insyaallah akan datang saya akan kongsikan lagi tazkirah tazkirah ringkas, semoga bermanfaat kepada semua. Opps lupa untuk meneruskan pencarian maklumat berkenaan hadith ini saya sangat galakkan sahabat membeli kitab hadith yang saya jadikan sebagai rujukan iaitu KITAB HADITH 40 (Terjemahan dan Syarahnya oleh Al Ustaz Mustafa Abdul Rahman ) Susunan Imam Muhyidddin Abu Zakariyya Yahya bin Sharif Al Nawawi terbitan Dewan Pustaka Fajar.

hadith-401

KITAB HADITB 40 

Sebaiknya bila pembaca dah dapatkan kitab hadith ini, pembaca bolehlah belajar secara berguru, samaada nak berguru di surau atau masjid masjid berdekatan. Untung sangat belajar ilmu hadith ni, saya pun nak revise balik, Alhamdulilalh di Masjid berdekatan rumah saya ada pengajian kitab hadith ini.

Ok itu je saya nak share, saya harap pembaca yang berkesempatan melawat blog saya ni dapatlah panjang panjangkan tazkirah dan perkongsian saya dalam ni, semoga jadi pahala untuk saya. Terima kasih tau sudi baca. Wallahualam

images (5)

“Bagaimana Baiknya Dia pada Saya ..Biarlah Allah dan saya yang tahu “

 

IMG_4008

 

” SAYA CUMA KERJA DI KEDAI PHOTOSTAT ” itu ayat dia semasa baca emel dari dia, Saya cuma ada sebiji motor itupun pemberian Abah katanya..”
Semasa saya mula-mula kenal dia, perasaan saya membatu, keliru tetapi hati saya kuat untuk menerima dia sebagai suami. Usia saya pada waktu itu sudah menginjak ke 31 tahun, baru selesai saja Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam ( DAIJ ) di UIAM. Perancangan saya untuk Chambering saya batalkan memandangkan hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi saya akn menamatkan zaman bujang.

Pada hari pernikahan saya berjurai airmata takutnya saya untuk hidup dengan orang yang saya tak pernah kenal secara detail, STRESS juga.Tapi itu hanyalah permainan syaitan untuk mengagalkan pernikahan saya dan suami saya. Selepas selesai pernikahan perasaan saya lega seleganya.Dari situ saya belajar erti syukur tak terhingga,selepas 3 hari nikah ada sesuatu terjadi pada kami, kalau di kenang semula menangis saya, kenapa kerana disitulah bermulanya pelajaran pertama saya dengan keyword SABAR dan saya kira TAMRIN saya dengan dia. Apa yang berlaku memang sangat menguji saya dan saya bersyukur saya dapat hadapi dengan baik, ceritanya selepas 3 hari kami nikah, saya bercadang nak ajak suami saya ke Pekan Sabak, saya nak keluarkan duit masa dan pergi ziarah abang saya, dalam perjalanan kami ke pekan sabak moto yang kami naiki putus rantai, cuak muka suami saya, serba salah pucat lesi semua ada tapi tetap tenang, nak tau saya kena tolak motor dengan suami saya sejauh 3km dengan inai penuh di jari.

Penuh tangan suami saya dengan minyak rantai, berpeluh-peluh dia cuba selesaikan tapi tak jugak berhasil ,mujur ada towel good morning boleh juga di lap. Sambil saya tolong dia saya cuba tahan kenderaan,tahan -tahan kenderaan semua tak berhenti, nak patah balik jauh, nak terus pun jauh. kami berada di tengah-tengah antara Simpang 4 dengan Pekan Sabak, nak telefon abang serba salah, nak telefon abah takut dia kelam kabut, sudahnya saya nekad,saya cakap dekat suami” dalam 3km kat depan ada bengkel motor, kita tolak nak moto ni saya kata, suami saya jawab ” takpa tapi awak takpe ke dah la inai kat tangan tu merah lagi katanya hihihi, tolak jela saya kata ,fuh memang letih mujur la saya pakai sandal biasa kalau kasut bertumit memang pengsan di buatnya.

Basah baju suami saya tolak motor, saya pula cuba tahan kenderaan, kesian sangat dah saya tengok suami saya, nak jadi cerita kami selamat sampai ke bengkel, terketar -ketar tangan suami saya,rupanya memang hari ujian buat saya dan suami, nyonya tua tu cakap ” aiyaaa sulah tutup maaaa ” terdiam saya, tapi masih belagak tenang, haus tak terkata, muka saya basah berpeluh, mujur saya jenis tak bergincu tak bermekap bagai jadi nampak saya masih nampak comel walaupun berpeluh. Nyonya tua datang dekat saya ” apa losak ?” rantai putus saya jawab, aiya lu dali mana..? tanyanya lagi..tu dari jln Hj Ishak..aiyak !! manyak jauh maa, kesian looo..nanti saya panggil saya punya budak kasi tolong, ” auntie bengkel paling dekat mana, saya tanya Suami saya memang nampak letih terduduk dia dekat bawah pokok , tak lama datang sorang uncle India, dia bagi kami sebotol air, cepat saya ambil air tu sambil cakap tq uncle,saya bagi pada suami saya, nah, awak minum dulu, kami berkongsi minum ..Allah leganya. Saya duduk di sebelah dia fikir jalan penyelesaian sambil istighfar, suami saya pula cuba tgk motor, huh mcmmana ni saya tak tau baiki motor, klu bagi mesin photostat saya taula.tergelak saya. Takpe-takpe insyaallah ada jalan saya ckp, betul tak lama lepas tu datang uncle india, dia tanya ” adik mau pegi mana? adik baru kawin ke ? saya jawab saya nak pegi pekan sabak mau beli barang, betulla baru kawin la uncle baru tiga hari..tergelak uncle india tu.Last sekali dia tawarkan nk tarik moto, dia ckp takpe adik pakai moto saya, naik dengan abang..saya naik moto adik ..nanti sekejap saya cari tali. Masa ikat tali kat moto tak habis -habis suami saya ckp ‘sy mintak maaf ye ” aduhh sebak plak

Allah memang Allah hantar uncle ni nak tolong kami, nyonya plak datang bawak minyak dan kertas, kasi cuci itu tangan, saya cuci tangan ,masa cuci tangan suami saya cakap ,maaf ye saya tak tau nak buat apa, kesian awak baru kawin dah jumpa benda mcm ni, patutnya saya bawak awak pegi honeymoon ni kena tolak motor pulak, serius kalau suami saya tak ckp benda tu saya tak sebak, bila dia cakap mcm tu,jadi sebak betul saya di buatnya, bukan sebak sebab dia tak bawak honeymoon tapi sebak sebab saya nampak muka dia yang sangat jujur, dan sangat blur masa tu, ala ni honeymoon la ni saya ketawa .

Masa tu memang saya terasa sangat Allah maqbulkan doa saya, Allah pilih dia untuk saya, dan tak sia-sia saya menunggu begitu lama akhirnya bertemu jodoh dengan dia. Hari ketiga selepas saya nikah saya kenal peribadi dia, memang dia sangat sabar, sangat tenang dan sangat lurus orangnya,(patutlah mak saya sound saya ,jgn nak membuli safwan ye..huwhuwhuwa ) aduh mak saya pun satu tak percaya kat saya, saya memang kuat membuli tapi bukan la suami saya hihihi
Hari tu 29/05/2013 kekal segar dalam ingatan saya, saya akan ceritakan pada anak saya nanti pengalaman yang paling ceria dalam hidup saya. Memang saya rasa nak nangis sebab saya berjaya mengharungi ujian tersebut dan hari tu saya kenal diri saya ooooo sabar jugak saya ni ye. Tak kisahla tolak moto pun tolak moto la. Dan masa tu saya tahu Allah bagi saya sekeping hati yang kebal. dah nak dekat dua tahun saya kahwin dengan suami saya, dan dia tetap begitu dengan sikap rendah diri dia. Semoga Allah sentiasa jaga suami saya.

IMG_0329“Bagaimana Baiknya Dia pada Saya ..Biarlah Allah dan saya yang tahu “

Pesanan Imam As-syahid Hassan Al Banna

Bismillah..

Alhamdulillah Zuhur 16 Februari 2015, saya kongsikan sedikit pesanan Imam As syahid Hassan Al Banna, walau sesibuk mana pun kita dengan urusan harian urusan dunia, urusan akhirat jangan kita lalaikan urusan dakwah perlu menjadi salah satu dalam agenda harian kita. Semoga pesanan ini memberi manfaat kepada saya dan pembaca sekelian.

Hassan-Al-Banna

” Wahai Ikhwan (saudara-saudara )! berimanlah dengan Allah. Kuatkanlah diri dengan mengenal dan berpegang serta menyerah kepada Allah. Janganlah kamu takut selain dari Allah. Tunaikanlah segala suruhanNya dan jauhilah segala laranganNya. Bersikaplah dengan perangai yang baik. Jadikan diri-diri kamu seorang yang kuat akhlak yang mulia, dengan sifat gagah sebagai orang-orang mu’min, dan sifat mulia sebagai orang-orang yang bertaqwa dan yang soleh.

” Kamu hendaklah betul-betul mengkaji serta mengulangi sirah Nabawiyah. Kamu harus menjadi orang yang banyak bekerja bukan yang banyak bercakap dan bertengkar kerana satu satu kaum bila mendapat petunjuk dari Allah mereka diilhamkan bekerja. Sebaliknya satu satu kaum itu sesat setelah mendapat petunjuk adalah kerana meraka banyak bertengkar dan berbalah. Kamu hendaklah saling sayang menyayangi sesama kamu. Berilah sepenuh tumpuan kepada perpaduan kamu kerana perpaduan adalah nadi kekuatan kamu dan sebagai tiang kepada kejayaan kamu.

” Tetapkanlah pendirian kamu sehingga Allah membuka yang haq diantara kamu dan kaum  dan Allah adalah sebaik-baik pembuka. Dengar dan taatilah pimpinan kamu samaada dalam kesusahan atau dalam kesenangan,  samaada dalam kesusahan atau yang terpaksa  kerana ia adalah panduan kepada pemikiran kamu, dan ia jua sebagai penyambung kepada hubungan sesama kamu .Kemudian dengan sabar tunggulah pertolongan dan bantuan Allah. Peluang ini tetap menjelang datang, usah di ragu-ragukan :

” Pada hari itu bergembiralah mereka yang beriman dengan pertolongan Allah, Allah menolong siapa saja yang di kehendakiNya dan Allah amat gagah dan amat penyayang ”

Surah Ar rum ayat 4-5

Semoga Allah berikan taufiq kepada kami dan kepada kamu dalam perkara-perkara yang disukaiNya.Diletakkan kami dan kamu di jalan orang-orang yang terpilih yang mendapat petunjuk. Dihidupkan kita seperti kehidupan orang-orang yang mulia dan bahagia.dimatikan kita seperti kematian para Mujahidin dengan kematian syahid. Sungguh Allah adalah sebaik-baik pemolong Amin. Allahumma Ameen

Jpeg

Sumber rujukan:

Jalan Dakwah Antara Keaslian dan Penyelewengan

Mustafa Masyhur

Dewan Pustaka Fajar

Berehatlah dikau Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Murabbi Ummah

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah…

” Berehatlah Dikau Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Murabbi Ummah,Kami kasih kami cinta,Namun Allah lebih Kasih akan kamu “

10974220_856538124402805_976392470001283170_o

 

Hari ini merupakan hari kedua Tuan Guru meninggalkan kita semua, semalam merupakan hari keberangkatan beliau bertemu sang penciptanya, keberangkatan beliau menemui illahi tersusun cantik, kembali bertemu Allah tepat jam 9.40 malam pada malam jumaat yang penuh baraqah. Saya menerima berita pemergian Tuan guru ketika sedang bermesyuarat dengan sahabat -sahabat pengerak Nisa’ Ampang, saya terkedu tapi tidak menitiskan air mata, tangisan tersebut saya simpan di dalam hati, saya kuatkan hati agar tidak mengalirkan mutiara jernih , dalam hati saya menyebut innalillah..pulangla dikau Murabbi Ummah, pulanglah bertemu Allah kerana Allah lebih kasih padamu. Saya melihat suasana mesyuarata hening, sunyi tidak ceria dan agak lesu namun sahabat pengerak Nisa’ seakan melawan perasaan sedih tersebut demi meneruskan agenda dakwah yang terpikul di pundak bahu masing-masing.

Sejujurnya hati saya seakan memaksa saya menangis, namun saya tetap bertahan, saya yakinkan diri setiap yang  bernyawa pasti akan pulang menemui Allah, dan saya juga pasti akan menemui Allah. Terbayang wajah Tuan Guru ketika mula saya diperkenalkan oleh abah saya di halaman depan surat khabar Harakah, pada ketika itu saya berusia 8 tahun. Pada usia terlalu kecil Abah mengenalkan saya inilah wajah ulama’, saya teliti tulisan kecil di akhbar saya eja dan baca TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT, Abah menyatakan kepada saya, nanti dah besar ingat sokong Tok Guru, tanpa saya faham apakah maksud Abah. Yang nyata ketika itu pada tahun 199o saya melihat Abah setia dengan Harakah , setia menyusun poster bergambar Tuan Guru dan Abah juga sibuk menggunting bendera hijau dan putih. Dan hari ini saya sudah memahami apa maksud Abah, hari ini saya mengelek anak kecil saya meneruskan perjuangan yang di tinggalkan oleh Rasullullah , disambung oleh Ulama Tuan Guru dan saya sebagai orang kecil memilih untuk menjadi pasir pelengkap kepada perjuangan ini.

10856608_10152998586780600_4943168263776564760_o

Saya akhirnya menitiskan air mata, semalam berderai juga akhirnya air mata setelah habis pengebumian beliau setelah anak tidur  setelah suami pergi menunaikan amanah kerja, saya bersendirian lerai air mata di empangan, tak mampu juga saya rupanya. Saya menangis semahu-mahunya saya seolah olah kehilangan bapa, sedangkan saya tidak pernah bersua muka yang saya pernah lihat adalah kelibat belakang beliau di Masjid Pulau Melaka, ketika saya menyertai jaulah KUSZA tahun 2005. Saya nyata tiada kenangan bergambar dengan beliau , saya tidak ada satu kenangan, yang saya ada hanyalah membawa semangat juang beliau. Semangat jiwa kental itulah yang saya bawa, dan saya kira itulah kenangan yang ada pada saya, walau sesedih manapun saya atas pemergian beliau, saya perlu seka air mata saya agar tidak tumpah basah dan melemahkan saya, saya perlu seka air mata, saya perlu bangun meneruskan risalah dakwah yang ditinggalkan. Saya berkeyakinan Tok Guru sedang gembira dan bahagia disana, saya yakin dengan doa berpanjangan dari pencinta ulama’, kubur beliau akan terus disinari cahaya. Saya seolah olah menyimpan cita-cita untuk bertemu dengan beliau lagi, jika tiada rezeki saya bertemu di dunia saya perlu kuat mengumpul amalan untuk bertemu dengan beliau di Syurga sana hanya itu yang mampu saya lakukan di sini, biarlah saya tiada kenangan bersama beliau di dunia, asalkan aya dapat membawa diri saya, suami dan anak -anak untuk bertemu dengan beliau di Syurga sana. Kasih saya terhadap Ulama’ hebat Murababbi ummah takkan terpadam, semoga saya juga kuat mendidik anak-anak dan suami untuk terus berada dalam perjuangan Islam. Dan semoga saya sekelurga juga mampu mendidik diri kami menjadi hamba yang taat kepada Allah. Jujur beliau  menjadi motivasi untuk saya dan keluarga untuk memilih jalan menuju Allah. Coretan sedih saya kali ini berakhir disini, tiada daya saya untuk menyekat kehendak Allah mengambil beliau bertemu dengannya.

Wahai Murabbi Ummah tenangla dikau di sana…Ameen

Murabbiummah

 

” Setiap yang bernyawa teman, pasti akan menemui penciptanya, Setiap yang bernyawa tidak pernah kekal di dunia kecuali ALLAH, Berimanlah dengan Allah dengan sebenar-benar Aqidah, Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang berhimpun bersama para Nabi ,para solihin di akhirat kelak , Ameeen “

10479183_512013572233470_7067527207236079026_n

Tips nak cepat memasak

Alhamdulillah akhirnya selesai..tung tang tung tang  kat dapur siapkan pes rendang, masak lemak kuning dan tomyam, hari ni saya kena siapkan pes rendang,masak lemak kuning dan tomyam,tujuannya nak mudahkan saya memasak kat dapur hihihi. Masak sambil bersilat dengan Fatihah memang menguji keimanan sikit, start dari minggu ni saya kena lebih efektif, masak kena cepat, rumah kena bersih sebab anak saya Fatihah dah mula ronda-ronda dan siap kutip itu ini hihi, jadi saya kena lebih efektif dari dia. Urusan kain baju alhamdulillah suami banyak membantu hihi. Sebenarnya tips nak cepat masak ni tercetus bila saya rasa ,saya tak dan nak kejar memasak kalau anak meragam jadi saya akan siapkan pes rendang dan bila suami cuti saya akan buat rendang, masak lama-lama sikit sejukkan dan masukkan dalam peti ais. Jadi mudahlah saya nak sediakan bekal untuk suami saya setiap hari, kalau nak masak sayur pun tak perlu ambil masa yang agak lama di dapur.Jpeg

Alhamdulilah saya kira ianya praktikal untuk saya, dan saya boleh tumpu kepada Fatihah dan siapkan keperluan keperluan lain, masa saya melayan suami nak bersembang pun ada, tapi cara ni saya buat pada hari hari kerja suami sahaja, hari suami ada di rumah saya akan masak yang fresh, baru seronok hiihi. Saya bukan apa kesian tengok anak dan suami kadang kadang suami dah balik lewat, pagi sepatutnya saya teman dia bersembang jadi lain pula, saya sibuk di dapur dan suami pula kena tolong layan si Fatihah, cuba tengok Fatihah macam macam projek sekarang dia dapat hihihi

JpegHa tengok sampai ke dapur, carrot pun jadi si Fatihah ni, takpe saya senang hati tengok anak macam ni, macam -macam keletah Fatihah seronok dan terhibur, bagus juga sekurang-kurangnya dengan adanya anak macam ni, skill memasak saya semakin bertambah, pengurusan masa saya pula semakin baik.

Jpeg

Tu dah dapat kaki, butang baju belakang pun ummi tak dapat nak pasang punya nak kejar projek international dia hihi.  Ok balik pada tips cepat memasak tadi, saya sarankan juga pada kawan kawan kalau suami kerja macam suami saya ni ( shift, on call atau selalu out station) saya kira tips buat pes siap siap dan masak siap siap, masuk dalam peti ais, sampai  masa nak pergi kerja panaskan. Senang dan sangat membantu, baik awak semua cuba hihi, pes yang saya buat ni pes rendang, tomyam dan masak lemak kuning, ikut la nk guna ayam atau daging, saya secara peribadi suka guna ayam.

Jpeg

Ok pes ni ada yang saya simpan ada yang saya akn guna untuk masak ayam petang nanti, standby untuk bekal 3 hari suami saya kerja. Yang lain saya simpan dalam peti ais untuk kes -kes kecemasan pun boleh guna, macam tiba-tiba mak mertua datang mengejut, jadi masa tula bergunanya pes yang saya buat ni, tinggal keluarkan, hilangkan sejuk dan masak je hihi.

JpegSusun kemas dalam peti ais, ala ada satu terpaksa guna warna biru hihi, suka tengok hijau semua nampak semangat tapi tak pelah nanti cari lagi bekas warna hijau hihihi. Saya harap perkongsian saya pada kali ini dapat membantu kawan -kawan yang sedang bersilat dengan anak di rumah, saya sedaya upaya cuba untuk menjadi suri rumah, isteri dan ibu yang terbaik selain cita-cita utama nak menguruskan masa dengan baik supaya saya dapat solat awal waktu, solat awal waktu yang penting sekali, takut sibuk memasak ,sibuk cari pahala jadi isteri tiba-tiba solat pula di akhir waktu macam tak seronok pula kan. Okla nanti saya share tip lain pula, setakat ni untuk kali ini, semoga bermanfaat untuk semua. Akhir sekali saya share sikit ayat Alquran yang selalu menjadi motivasi kepada saya untuk memperbaiki diri dan pengurusan masa saya.

 

” Wahai orang-orang yang beriman! janganlah harta bendamu dan anak -anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Dan barangsiapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi “

Surah Al Munafiqun Ayat – 9

Bestnya dapat bertungku

JpegBismillah…

Pagi-pagi lagi saya dah bangun, lepas baca mathurat saya terus ke dapur cari batu sungai yang di hadiahkan oleh seorang kenalan saya semasa saya nak bersalin tahun lepas. Tujuan saya nak bertungku pagi ni, nak melegakan urat-urat dan memudahkan perjalanan darah. Orang perempuan kena rajin sikit buat amalan dan petua kesihatan yang tradisional ni hihihi, nak jaga kesihatan luar dan dalam kena rajin sikit, kalau malas memang kena hadap la sakit-sakit badan sakit urat muka pucat lesi dan tak bermaya . Pada saya amalan bertungku selepas bersalin memang sangat bagus, walaupn dah 9 bulan berlalu saya tetap bertungku yela banyak sangat urat putus masa bersalin hihi, walaupun bersalin caeser tak teruk kena meneran tapi sakit badan boleh tahan juga , yela 9 bulan bawa baby dalam perut hihi.

BESTNYA BERTUNGKU

Antara perkara yang saya suka bila bertungku adalah badan saya rasa lebih ringan, perut pun tak terasa buncit, saya sangat sarankan kepada rakan-rakan pembaca lelaki atau perempuan supaya bertungku, tak kisahlah nak bertungku moden atau bertungku batu macam saya, dua-dua boleh, tapi secara peribadi saya lebih gemar menggunakan batu sungai untuk bertungku. Saya bakar batu atas dapur je, tak guna apai yang besar pun memadai api yang kecil, kalau besar takut bertukar warna jadi bara batu pulak tak bertungku la jawabnya.

JpegHaa..agak-agak dalam 10-15minit padamkan api, dan berjaga-jaga panas, jangan main redah nanti melecur tangan, gunakan penyepit untuk angkat kalau ada suami atau orang lain di rumah di galakkan untuk panggil dan bantu.  Angkat dan letak atas kain yang dah disediakan dekat bawah macam dalam gambar dekat bawah . Tengok saya siap letak daun limau nak bagi wangi punya pasal, biasa kalau mak saya di letak daun mengkudu dan daun kunyit,tapi saya cek dalam peti ais tak ada, jadi saya guna daun limau, okay juga tapi tak sewangi guna daun mengkudu dan daun kunyit. kalau dapat dua daun tu memang sedap sangat bau dia, rasa macam terapi minda hihi.

Jpeg

Balik kepada cerita kelebihan bertungku , saya sangat percaya bila selepas bersalin bertungku, ia dapat membantu pengaliran susu badan, ye la bila badan pun sihat fikiran pun tenang, tak lenguh,perjalanan darah pun elok sekaligus membantu pengaliran susu badan dengan baik. Dan yang paling penting bila bertungku badan tak masuk angin, peranakan kita pun elok terletak  dan yang paling saya suka bertungku sangat membantu dalam usaha mengempiskan perut selepas bersalin hihi. Saya lepas bersalin bertungku tau walaupun caeser, tapi saya tak la bertungku dekat tempat luka bedah, saya bertungku di bahagian paha, belakang di bahagian pingang, tapak kaki dan perut ( atas sikit dari tempat bedah, takut jahitan terbuka ) dan saya kira amalan bertungku itu juga yang membantu saya dapat mengempiskan perut selepas bersalin, selain dari saya mengamalkan minum ESP, makan Herba-lax Omega dan SR Vitamin C 500mg Shaklee.

JpegDah siap saya bungkus, cantik kemas dan kuat, mesti kemas dan kuat takut nanti tengah seronok bertungku terkeluar pula batu berapi tak pasal pasal ke hospital hihi. Saya bertungku di bahagian tapak kaki, letak angkat letak angkat, masa awal awal batu masih terasa panas lagi tak boleh nak letak lama-lama nanti dalam beberapaa minit batu akan beransur sejuk dan boleh la nak bertungku di bahagian perut dan belakang. Sedap rasa badan lepas bertungku, memang ini adalah salah satu cara saya menjaga kesihtan, walaupun saya suka makan vitamin tapi saya masih mengamalkan petua lama macam bertungku dan mengelak dari makan makanan berangin. Kalau saya tak sempat nak bertungku biasanya saya akan ambil Ostematrix dan Ostematrix sangat membantu dalam melegakan kesakitan , mengelak cramp, kebas dan dan sakit pinggang akibat menyusukan anak, saya akan ambil 4 biji setiap malam dan alhamdulillah saya tidak mengalami kebas, sakit pinggang dan cramp kaki.

10644995_645510752229854_5242398874348365149_n

Alhamdulillah punya banyak khasiat alam yang Allah jadikan untuk kita, dan saya pilih bertungku dan mengamalkan vitamin dan oleh keranan saya menyusukan anak kena pula lepas bersalin badan sakit sakit, saya pilih amalkan makan Ostematrix kandungan kalsium, magnesium dan vitamin D membantu saya dari berdepan dengan sakit badan,kebas dan cramp. Jadi dalam entri kali ini, saya sangat mencadangkan kepada pembaca rajin-rajin bertungku kerana kelebihan dia banyak ,ada dah saya sebut diatas dan saya tambah lagi dengan bertungku anda boleh mendapatkan postur badan yang cantik hasil dar lemak-lemak dan selulit yang pecah semasa bertungku. Yang terakhir rajin -rajin makan vitamin tau untung kita juga orang perempuan hihihi..ok jumpa next entri ya.