Bangun Subuh Itu Satu Perjuangan

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera..

Kali ini saya ingin berkongsi sebuah filem pendek dari Indonesia mengenai perjuangan seorang pemuda untuk menunaikan Solat Subuh pada awal waktu secara berjemaah di masjid dan istiqamah dengannya. Kisah yang kelihatan lucu tapi membawa banyak pengajaran kepada kita semua.

ajaibnya-solat-subuh

Tidak ramai di antara kita yang mampu untuk bangun awal menunaikan Solat Subuh berbanding solat-solat fardhu yang lain, apatah lagi menunaikannya ke masjid. Iyelah, waktu Subuh tu antara waktu yang paling syok untuk kita tidur. Ditambah pula dengan gangguan syaitan yang direjam, huh makin liatlah nak bangun Subuh. Biasanya yang lewat bangun Subuh ni adalah mereka yang lewat tidur seperti mereka yang bekerja shif malam, kaki bola, dan juga yang sibuk mengadap permainan komputer. Kalau dah lewat tidur tu jangan haraplah nak dapat bangun Subuh awal.

Continue reading

Merawat Diri Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Boleh dikatakan di kalangan kita, mesti pernah terdengar tentang rakan-rakan ataupun saudara mara ataupun diri sendiri yang terkena gangguan makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar ataupun jin. Gangguan daripada makhluk ini boleh jadi gangguan yang ringan sehingga yang berat. Kategori gangguan ada banyak dan kategori jin pun ada banyak. Pusat-pusat rawatan Islam berkaitan gangguan ini pun ada banyak.

Tetapi kali ini kita tidaklah nak membincangkan perihak jenis-jenis jin dan gangguan ini kerana saya bukanlah ahli di dalam bidang ini. Cuma saya tertarik dengan buku yang ditulis oleh Ustaz Abdul Majid Hasan dari AKRINE melalui bukunya Jin Undercover iaitu “Merawat Diri Sendiri”. Tajuk buku pun macam saspen je. Hehe.

jin-undercover

Continue reading

Kepentingan Air Dalam Kehidupan

seamaster

Bismillah..

Saya mulakan blog ini dengan tajuk karangan UPSR. Hehe.. Adalah dimaklumkan di kawasan kejiranan kami ini akan berlaku gangguan bekalan air pada 16 Disember. Oleh itu dengan penuh sukacitanya saya ingin mengingatkan kawan-kawan dan diri saya sendiri supaya berjimat-cermat menggunakan air dan menyimpan stok bekalan air secukupnya.

Tahun ini negeri Selangor dah beberapa kali berlaku masalah gangguan air. Ada yang sekejap, ada yang lama sampai kena catu bekalan air. Masa tu seminggu sekali baru dapat air. Fuh seksanya bila air tak ada ni. Umpama budak-budak tak dapat guna Internet, hehe. Sebenarnya lebih teruk dari tu. Sebab kita nak masak, nak mandi, nak cuci pakaian semua kena guna air.

Continue reading