RADIO QURAN MULTIFUNCTION

851416023_27512_18386197872918058558

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah akhirnya boleh juga update blog, maaf semua blog sya menghadapi masaalah sedikit untuk menerima update terbaru. Untuk pengetahuan semua, saya sekarang sedang mempromosikan Radio Quran Multifunction, radio bersaiz mini yang mengandungi pengisian kerohanian dan Alquran 30 juzu’ khususnya mula mendapat tempat di hati para pelanggan saya. Dengan adanya radio bersaiz mini, urusan untuk membantu anak anak celik Alquran lebih mudah, penggunaan smart phone juga dapat di kurangkan, proses pembelajaran alquran secara mendengar terus dari radio membantu menguatkan daya ingatan si kecil. Ianya sangat sesuai di gunakan bermula dari peringkat bayi sehingga dewasa. Radio Quran Multifunction ini di datangi dengan bentuk yan lebih menarik dan boleh di gunakan sebagai jam harian di rumah, malah ia juga boleh berfungsi sebagai alarm clock di rumah anda.

Pengisian Radio Quran Multifunction:

====================================
Bacaan lengkap al Quran 30Juz
Terjemahan al Quran 30Juz
Ruqyah Syar’iyyah rawatan sihir dan pendinding dari gangguan.
Doa, Zikir, Ma’thurat dan Selawat.
Ceramah agama-Us.Kazim Elias,Us. Azhar Idrus,Us.Abdullah Khairi.
Nasyid untuk kanak-kanak yang lebih up to date ( sila rujuk sebahagian list nasyid bahagian gambar pamplet )
=============================
Ciri-ciri
1- Jam LED dan loceng Jam #baru#
2- Pilih mp3 Quran kegemaran atau stesen FM radio dengan butang nombor.
3- MP3 file perlu  dimainkan secara semula selepas loceng ( tidak bersifat automatik )
===============================
Spesifikasi
1- Skrin besar LED#baru#
2- Jam dan Loceng Jam #baru#
3- Waktu mengecas: 3jam
4- Kuasa bateri 1800mAh #baru#
5- Tahan dimainkan sehingga 10Jam!
6- FM Radio 87.5-108.0
7- Memory: TF card,U-Disk max 16gb (8gb TF card disertakan)
8- Output: 3W
9- Saiz produk: 115x69x28mm
=====================

Harga Radio Quran Multifunction

Setiap pembelian akan di berikan:

  1. Usb untuk mengecas
  2. Pamplet sebagai rujukan

Untuk pembelian radio ini pihak kami tidak menyediakan plug untuk mengecas, pihak kami hanya memberikan usb untuk mengecas radio dan pelanggan boleh mengecas di komputer, power bank atau laptop .Walau bagaimanapun sekiranya pihak pelanggan berminat untuk memiliki plug pengecas, harga plug pengecas adalah Rm 6.00 sahaja

==============================

Rm 90.00 Semenanjung Malaysia ( termasuk kos pengeposan )

Rm 94.00 Sabah & Sarawak (termasuk kos pengeposan )


Jika Berminat untuk memiliki Radio Quran Multifunction ini . boleh terus hubungi no di bawah :
Whatsapp/Call:
0192909752 Faizah Zaini
0133272458 Safwan Hussin

 

GAMBAR PAMPLET RADIO

13335514_1050311521721530_1988150628761261350_n

13312655_1050311585054857_1953375756970734990_n

 

CAIRAN DARI KEMALUAN WANITA

CAIRAN DARI KEMALUAN WANITA

Assalamualaikum.

Kepada : Ustaz Tarmizi/Dr Suhazeli
Kategori: Fiqh wanita/kesihatan
Soalan:

Ustaz,
Kalau seseorang wanita mengandung tu keluar keputihan..dia dah cuci keputihan tu sebelum solat.tapi lepas solat,dia perasan keputihan tu melekat pada pakaian solatnya, padahal dia dah pasti keputihan tu dah tiada sebelum solat. Adakah sah solatnya tadi?
Bagaimana pula jika keputihan itu keluar semasa solat? Batal tak solat? Perlu ambil wudhuk semula ke?

Dr,
Adakah normal wanita mengandung mengalami keputihan yang banyak di trimester pertama dan kedua?
Adakah dikira najis?
Terima kasih.
-Marahaini

===================================================================================================

JAWAPAN
Cairan atau lembapan yang keluar dari wanita terbahagi kepada beberapa kategori.
1. Cairan tidak berwarna, hanya berbau hanyir biasa. Ia adalah cairan biasa secara fisiologi rongga vagina akibat dari pergerakan atau iklim tertentu. Ruang rongga vagina terdapat kelenjar-kelenjar bagi memberi keselesaan dan sistem pertahanan luaran dari jangkitan kuman. Ia dipanggil Ruthubah al farj (رطوبة الفرح). Cairan ini seperti peluh atau hingus.
2. Cairan yang berwarna/tidak berwarna tetapi berbau busuk dan hanyir yang tidak menyenangkan (fishy smell). Ia adalah sejenis cairan penyakit yang mengganggu persekitaran vagina atau peranakan wanita. Kemungkinan ia akibat dari jangkitan kuman, ketumbuhan atau kanser yang berada disekitar vagina dan peranakan (uterus). Ia disamakan bentuk sperti air nanah yang keluar apabila berlaku jangkitan kuman ditempat lain.
3. Cairan yang keluar dari saluran kencing wanita. Terdapat cairan berwarna jernih kekuningan keluar ketika akhir kencing, ia diberi nama air wadi.
4. Cairan yang keluar semasa ghairah dan semasa melakukan hubungan kelamin. Ia dipanggil air mazi (keluar ketika rangsangan permulaan syahwat) dan air mani (keluar ketika kemuncak syahwat).
Namun Istilah keputihan agak umum. Ada wanita menyatakan kategori 1 itu keputihan dan ada yang menyatakan kategori 2 juga keputihan. Dalam istilah perubatan keputihan merujuk kepada jangkitan kulat candida (cairan berwarna putih kulat). Ia biasa berlaku kepada wanita yang hamil, berpenyakit kencing manis atau berpenyakit kelamin dan HIV.
Sukar untuk membezakan cairan kategori 1 dan 2 itu datang dari saluran vagina atau rongga peranakan.
IMPLIKASI HUKUM
KATEGORI 1
ianya adalah sejenis cairan biasa yang sukar dihalang kerana faktor yang disebut di atas. Terdapat dua pendapat yang membicarakan cairan Ruthbah Al Farj ini.
1. Menurut mazhab Hanafi, rutubah adalah suci. Imam Nawawi dan Imam Rafi’I juga berpendapat keputihan adalah suci.
Imam Nawawi menyatakan di dalam kitab Majmuk:
ثُمَّ إنَّ الْمُصَنِّفَ رَحِمَهُ اللَّهُ رَجَّحَ هُنَا وَفِي التَّنْبِيهِ النَّجَاسَةَ وَرَجَّحَهُ أَيْضًا الْبَنْدَنِيجِيُّ: وَقَالَ الْبَغَوِيّ وَالرَّافِعِيُّ وَغَيْرُهُمَا الْأَصَحُّ الطَّهَارَةُ وَقَالَ صَاحِبُ الْحَاوِي فِي بَابِ مَا يُوجِبُ الْغُسْلَ نَصَّ الشَّافِعِيُّ رَحِمَهُ اللَّهُ فِي بَعْضِ كُتُبِهِ عَلَى طَهَارَةِ رُطُوبَةِ الْفَرْجِ وَحُكِيَ التَّنْجِيسُ عَنْ ابْنِ سُرَيْجٍ فَحَصَلَ فِي الْمَسْأَلَةِ قَوْلَانِ مَنْصُوصَانِ لِلشَّافِعِيِّ أَحَدُهُمَا مَا نَقَلَهُ الْمُصَنِّفُ وَالْآخَرُ نَقَلَهُ صَاحِبُ الْحَاوِي وَالْأَصَحُّ طهارتها
Al Baghawi dan al Rafi’I pula mengatakan menurut pendapat yang terkuat ianya adalah suci. Menurut al Mawardi, dalam bab perkara yang mewajibkan mandi menyebut, Imam Syafei RA menyatakan dalam setengah karangannya bahawa keputihan/peluh kemaluan dari dalam faraj adalah suci, tetapi Ibnu Suraij menaqalkan Imam Syafei menyatakan ianya adalah najis.
Dari kenyataan tersebut, Imam Syafei mempunyai pandangan berkenaan keputihan iaitu suci dan najis. Menurut pendapat yang terkuat ianya adalah suci.
Mazhab Hambali juga berpendapat keputihan jenis ini adalah suci.
Jika keputihan yang sentiasa keluar yang sifatnya seperti peluh jika dianggap najis, membawa kesukaran kepada kaum muslimah.
Lagipun tiada nas Al Quran atau Hadis yang menyatakan keharamannya. Kaedah fekah menyebut:
الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الطَّهَارَةُ
“Hukum asal segala sesuatu adalah suci”
Justeru, wanita boleh meneruskan ibadah tanpa halangan.
2. Menurut pendapat muktamad mazhab Maliki, rutubah iaitu keputihan adalah najis.
Menurut mazhab Syafei pula keputihan adalah najis, pendapat ini dibincangkan oleh Al Syirazi. Al Syirazi RA menguatkan di dalam kitab al Muhazzab dan kitab al Tanbih pendapat yang mengatakan keputihan/peluh/cairan dari dalam kemaluan adalah najis dan pendapat ini disokong oleh Al Bandaniji. Manakala Syeikh Zakaria al Ansori menyatakan dalam kitab Asna al Matolib.
وَأَمَّا الرُّطُوبَةُ الْخَارِجَةُ مِنْ بَاطِنِ الْفَرْجِ فَتُنَجِّسُهُ
“Adapun keputihan yang keluar dari dalam faraj adalah najis.”
Dalilnya
i) Imam Muslim meriwayatkan
قَالَ: أَخْبَرَنِي أُبَيُّ بْنُ كَعْبٍ، أَنَّهُ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ: إِذَا جَامَعَ الرَّجُلُ المَرْأَةَ فَلَمْ يُنْزِلْ؟ قَالَ: «يَغْسِلُ مَا مَسَّ المَرْأَةَ مِنْهُ، ثُمَّ يَتَوَضَّأُ وَيُصَلِّي»
ii) Imam Muslim mendefinisikan keputihan itu menyamai mazi iaitu tidak tercipta darinya anak dan keluar dari dalam faraj, oleh itu hukumnya ialah hukum mazi iaitu najis.
Kategori 2
Para wanita hendaklah mempastikan cairan yang keluar tersebut dalam kategori ini. Jika sukar untuk mempastikannya, sayugia bertemu para doktor untuk pengesahan. Ia dimasukkan dalam hukum cairan nanah dan ia adalah najis yang perlu dicuci.
Sementara terdapat kaidah dalam masalah Fiqh,
الفرع يأخذ حكم أصله
Hukum turunan itu sama seperti hukum asalnya.
Dalam Ensiklopedi Fiqh dinyatakan,
اتفق الفقهاء على أن القيح إذا خرج من بدن الإنسان فهو نجس؛ لأنه من الخبائث، قال الله تعالى: { وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ} ، والطباع السليمة تستخبثه، والتحريم لا للاحترام دليل النجاسة؛ لأن معنى النجاسة موجود في القيح إذ النجس اسم للمستقذر وهذا مما تستقذره الطباع السليمة لاستحالته إلى خبث ونتن رائحة؛ ولأنه متولد من الدم والدم نجس
Para ulama sepakat bahwa nanah ketika keluar dari badan manusia, hukumNya najis. Karena nanah termasuk benda menjijikkan.
CARA IBADAH
Bagi wanita yang mengalami keadaan ini (dan mengambil pendapat keputihan kategori 1 itu najis) adalah:
⑴ Jika keputihan itu keluar berterusan, maka ianya termasuk dalam hadas berterusan, maka ianya sama dengan air kencing yang sentiasa keluar (Salasul baul).
⑵ Untuk mengerjakan solat, wajib dilakukan perkara berikut selepas masuk waktu secara tertib dan berturut-turut :
i) Basuh kemaluan
ii) Memakai tuala wanita
iii) Mengambil wuduk
iv) Segera mengerjakan solat
⑶ Jika sekiranya keputihan itu tidak berterusan hukumnya samada air kencing.
⑷ Jika keputihan berterusan, tidak batal solat jika keluar keputihan ketika solat.
⑸ Wuduk bagi wanita yang mengalami keputihan secara berterusan ialah satu wuduk satu fardu dan boleh dikerjakan dengannya amalan sunat tanpa batasan.
⑹ Oleh kerana ianya sukar dipastikan samada berterusan atau sebaliknya, maka ia bergantung sangkaan mereka yang terlibat dengan keputihan tersebut. Sangkaan itu wajib diikut.
Kategori 3
Ia adalah najis kerana berpunca dari air kencing. Jika seseorang wanita itu berpenyakit kencing tidak tus (salasul baul). Kaedah bersuci salasul baul sama dengan katogori 2.
Kategori 4
Adalah air Mazi. Ia najis dan wajib dicuci.
Para ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa air mazi ini adalah najis, ia juga boleh menyebabkan batalnya wuduk dan tidak boleh dibawa solat. Bagi orang yang mengeluarkan mazi tidak diwajibkan mandi hadas seperti keluarnya air mani.
Cara Mencuci Air Mazi
Air mazi dianggap seperti najis mutawassitah dan ia perlu dicuci dengan cara membasuh dengan menggunakan air mutlak sehingga bersih. Rasulullah SAW bersabda :
تَوَضَّأْ وَاغْسِلْ ذَكَرَكَ
“Berwuduklah dan cucilah kemaluanmu.”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Sumber rujukan:
1-Ahkam al Najasah fi al Fiqh al Islami , Abdul Majid Mahmud Solahin hal 128-130.
2-al Najasah wa Ma Yutohhiruhaa fi al Fiqh al Islami – Dirasah Muqaranah, Dr Abdul Hasib Sanad ‘Atiyyah, hal.25.
3- al-Mausu’ah al-Fiqhiyah, 34/128
NOTA TAMBAHAN:
Mungkin ada yang berkata, nampak semacam rumit jika berterusan sedangkan Islam itu mudah. Memang benar Islam itu mudah, tetapi apakah maksud mudah yang dikehendaki Islam? Di antara tutup kepala dengan tidak tutup kepala memang mudah tidak tutup kepala tetapi Islam mewajibkan wanita baligh menutup kepala di khalayak ramai. Adakah menutup kepala bercanggah dengan sifat Islam ?
Apabila kita terkentut, kita diwajibkan bewuduk iaitu basuh muka, tangan, sapu kepala dan basuh kaki. Menurut logiknya, basuh tempat kentut sahaja sudah memadai.
Mereka yang mencuri dikerat tangan tetapi mereka yang sudah berkahwin apabila berzina direjam sampai mati, mengapa tidak kerat kemaluannya?
Islam itu tidak menjadi logik sebagai satu-satunya sumber sandaran.
Panel Pusat Talaqi Batu Rakit
Wallahua’lam.

Waktu Solat Zohor Bagi Wanita di Rumah Ketika Solat Jumaat

KATEGORI : SOLAT

ISU: Waktu Solat Zohor Bagi Wanita di Rumah Ketika Solat Jumaat

SOALAN

Pada waktu bilakah wanita di rumah boleh menunaikan solat zohor di rumah ketika orang lelaki solat jumaat di masjid? Sama ada di awal waktu zohor atau setelah solat jumaat selesai? Adakah benar bahawa terdapat golongan tertentu Yang dilarang solat zohor ketika solat jumaat sedang dijalankan dan mereka perlu solat zohor setelah selesai solat jumaat?

JAWAPAN

Sunat bagi wanita dan mereka diizinkan meninggalkan solat jumaat mengerjakan solat zohor pada awal waktu .

Adakah benar bahawa terdapat golongan tertentu Yang dilarang solat zohor ketika solat jumaat sedang dijalankan dan mereka perlu solat zohor setelah selesai solat jumaat?

Ya benar iaitu mereka yang wajib mengerjakan jumaat tetapi tidak menghadiri jumaat, tidak sah solat zohor jika dikerjakan sebelum solat jumaat selesai dikerjakan.

Imam Nawawi berkata di dalam kitab Minhaj al Talibin:

من لا عذر له لا يصح ظهره قبل سلام الامام.

Sesiapa yang tiada mempunyai uzur hadir solat jumaat, tidak sah solat zohornya sebelum imam jumaat memberi salam ( selesai solat jumaat ).

Wallahu’lam

Keluar Darah Semasa Hamil? Apa Hukumnya

KELUAR DARAH SEMASA HAMIL
Perdarahan awal kehamilan (biasa kurang dari 5 bulan) dikaitkan dengan keguguran. Terbahagi kepada empat keadaan di mana:
1. Perdarahan yang menyebabkan keguguran terus dan tiada bayi selamat. (Complete/incomplete/missed abortion).
2. Perdarahan akibat ancaman kepada janin (threatened abortion), bayi akan selamat sehingga besar.
3. Perdarahan kemasan tapak janin (implantation bleeding), biasanya bayi akan selamat membesar.
4. Tidak diketahui punca (Indeterminate bleeding), biasaya berpunca dari pendarahan di sekitar pangkal rahim. Bayi akan selamat membesar.
Para ibu hamil akan bertanya status ibadah mereka. Ini adalah jawapan kepada persoalan keadaan 1 diatas. Ianya dinyatakan dengan jelas oleh Syaikh Shihabuddeen al-Qalyubi rhm.
Beliau menyatakan (Al-Qalyubi, Shihabuddeen Ahmad Ibn Ahmad (2003), Hasyiyata Qalyubi Wa Umayrah, et.all, cet.2, Beirut : Darul Kutub al-‘Ilmiyyah, jil.1, ms. 93)  :
يثبت للعلقة من أحكام الولادة وجوبُ الغسل وفطر الصائمة بها ، وتسمية الدم عقبها نفاسا، ويثبت للمضغة ذلك
Terjemahan : Hukum-hukum [berkaitan] wiladah yang sabit bagi alaqah [yang keluar dari tubuh wanita ialah] kewajipan mandi, berbukanya [wanita] yang berpuasa, penamaan darah [yang keluar] sejurusnya (iaitu alaqah) sebagai nifas. Dan sabit [juga] bagi mudghah [yang keluar dari tubuh wanita, hukum hakam] sedemikian.
Wiladah, alaqah dan mudghah masing-masing bermaksud kelahiran anak, ketulan darah dan ketulan daging.
Kenyataan di atas jelas menyamakan wanita yang keguguran dengan wanita yang melahirkan anak. Iaitu dari segi hukum hakam.
Ia seperti kewajipan mandi, terbatal puasa dan darah yang keluar sejurus keguguran, juga dinamakan darah nifas.
Dalam erti kata lain, wanita yang keguguran, wajib mandi. Puasanya juga terbatal. Manakala darah yang keluar sejurus keguguran, adalah darah nifas.
Justeru, ditegah ke atasnya melakukan apa yang ditegah ke atas wanita yang keluar darah nifas sejurus melahirkan anak.
Yang dimaksudkan dengan ‘wanita yang keguguran’ di sini, ialah wanita yang keluar daripada tubuhnya ketulan-ketulan darah atau daging akibat keguguran.
*Penulis: Darah yang keluar sebelum keluar ‘ketulan-ketulan darah’ juga termasuk darah keguguran dengan syarat disahkan oleh doktor yang pakar dalam membuat diagnosa ultrasound bahawa seseorang wanita itu hamil.
Kesimpulannya, wanita yang keguguran atau menggugurkan kandungan, sehingga keluar dari tubuhnya ketulan darah atau daging, diiringi dengan darah nifas, wajib ke atasnya mandi wajib. Iaitu wajib mandi setelah darah nifas berhenti mengalir.
Tempoh minimum nifas adalah sedetik/seketika atau minimum 40 hari dan maksimum 60 hari. Jika sekiranya sedetik dan kering melebihi 15 hari bermakna beliau telah suci dan boleh mandi. Jika sekiranya darah keluar lagi dalam masa 15 hari berikutnya, maka bolehlah beliau menunggu tempoh 40 hari bagi tempoh nifasnya.
Dalam tempoh tersebut (40 hari), andai sekiranya darahnya sudah kering melebihi sehari, maka wajib baginya mandi dan meneruskan ibadah. Andai sekiranya selepas dari itu perdarahan turun kembali, maka ia masih dikira darah nifas, segala hukum darah nifas masih terpakai.
Nota: Darah yang keluar dalam keadaan bernombor 2 hingga 4 di atas adalah darah istihadhah.
Wallahuaklam.
Dr Suhazeli Abdullah
26.4.2016

ISTIHADOH DAN WANITA

 

Assalamualaikum.

===========
Kepada : Dr .Suhazeli
Kategori: Istihadoh
Soalan;
Dr yang di rahmati Allah
1. Apakah kesan istihadoh kepada kesihatan rahim wanita
2. Dr sudut pandangan pakar perubatan ,apakah nasihat kepada wanita yang mengalami masaalah Istihadoh? Penjagaan dan pencegahan yang perlu di lakukan.
3. Apakah yang perlu di lakukan  jika masaalah istihadoh ini berterusan.
4. Dr sudut pandangan pakar perubatan, adakah benar warna darah istihadoh lebih cair .
Sekian soalan saya
Pn. Faizah
Sekian
JAWAPAN
Darah Istihadhah
Apa maksud darah istihadhah?
Perdarahan wanita sepanjang tempoh umur subur* terbahagi kepada beberapa keadaan
a) Kitaran bulanan yang tetap mengikut uruf seseorang. Majoriti wanita berlaku perdarahan sebulan sekali. Ini diberi nama darah haid. Terdapat juga wanita yang kitaran haid mereka dua atau tiga bulan sekali secara tetap.
b) Perdarahan semasa hamil. Perdarahan ini berlaku akibat beberapa keadaan**:
i) keguguran,
ii) perdarahan kerana uri berada dibahagian bawah peranakan,
iii) luka dimana-mana bahagian peranakan
iv) proses awal sebelum bersalin.
c) Perdaharan selepas bersalin. Diberi nama darah nifas.
d) Perdarahan yang tidak menentu ketika awal akil baligh atau dipenghujung usia subur (hampir putus haid).
e) Perdarahan akibat gangguan penyakit dalaman samada
i) gangguan fizikal (ketumbuhan/kanser)
ii) gangguan hormon kerana penyakit tertentu atau mengambil terapi hormon.
*Tempoh umur subur: Bermula akil baligh hingga putus haid.
** Keluar darah semasa hamil, saya hurai dalam topik lain.
Dr Wahbah Az Zuhaily pula mengkategorikan darah ISTIHADHAH ialah darah yang keluar bukan pada masa haid dan nifas (keadaan a, b(i) dan c di atas).
Justeru Darah istihadhah merangkumi;[1]
a) Darah yang keluar sebelum umur kemungkinan haid iaitu sembilan tahun mengikut jumhur ulamak.
b) Darah yang keluar kurang dari tempoh minima haid iaitu sehari semalam mengikut mazhab Syafi’ie.
c) Darah yang keluar melebihi tempoh maksima haid atau melebihi tempoh kebiasaan haid.
d) Darah yang melebihi tempoh maksima nifas (60 hari).
e) Darah yang keluar dari wanita yang hamil mengikut pandangan jumhur ulamak selain mazhab Syafi’ie dan mazhab Maliki.
f) Darah yang keluar melebihi umur putus haid
Sifat darah istihadhah -menurut mazhab Syafi’ie- adalah cair dan berwarna merah terang (antara merah dan kuning).[2]
Apa caranya untuk membezakan antara darah haid dan darah istihadhah jika seorang wanita menghadapi masalah keluar darah yang berterusan atau melebihi tempoh kebiasaan haid?
Berdasarkan hadis Nabi s.a.w., ada tiga kaedah untuk ia membezakannya;
1. Dengan merujuk kepada kebiasaan haidnya yang lalu.
Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w. kepada Wanita yang istihadhah pertamanya hendaklah merujuk kepada kebiasaan haidnya (yakni darah-darah yang keluar pada hari-hari kebiasaan haid adalah darah haid dan adapun yang keluar pada hari berikutnya adalah istihadhah). Ini berpandukan hadis dari ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Fatimah binti Abi Hubaisyh r.a telah mengadu kepada Nabi s.a.w.; ‘Sesungguhnya aku kedatangan haid tanpa putus-putus. Apakah aku perlu meninggalkan solat?” Nabi s.a.w. menjawab; “Tidak”. Sesungguhnya itu adalah darah dari urat (عرق), bukan darah haid. (Oleh demikian, janganlah kamu tinggalkan solat pada keseluruhan hari datangnya darah itu), akan tetapi kamu tinggalkan solat hanya pada hari-hari kamu biasa kedatangan haid padanya, kemudian (apabila habis hari-hari tersebut), hendaklah kamu mandi dan tunaikanlah solat”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).
Jadi, seorang wanita semasa menghadapi masalah tersebut, jika ia mengingati tempoh kebiasaan haidnya, hendaklah ia mengira bilangan hari haidnya mengikut tempoh kebiasaan tersebut dan darah yang keluar selepas tempoh itu dikira sebagai darah istihadhah dan ia tertakluk dengan hukum wanita istihadhah (bukan wanita haid atau nifas). Contohnya; jika ia biasa kedatangan haid selama tujuh hari, maka hendaklah ia menetapkan tempoh haidnya selama tujuh hari dan darah yang masih keluar selepas tujuh hari itu dikira istihadhah.
2. Dengan melihat kepada perbezaan darah.
Jika seorang wanita tidak mempunyai kebiasaan haid (kerana baru kedatangan haid atau melupai kebiasaan haidnya), hendaklah dirujuk kepada perbezaan darah. Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; Fatimah binti Abi Hubaiysh r.a. menghadapi istihadhah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya; “Sesungguhnya darah haid adalah darah berwarna hitam yang dikenali (yakni ia mempunyai bau yang dikenali oleh kaum wanita). Oleh demikian, jika kamu melihat darah sedemikian, hendaklah kamu menahan diri dari menunaikan solat. Tetapi jika kamu melihat darah berwarna lain, maka ambillah wudhuk dan kerjakanlah solat”. (Riwayat Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Hibban dan al-Hakim. Berkata al-Albani; hadis ini hasan soheh).
Hadis di atas menjadi dalil bahawa diambil kira perbezaan sifat darah di mana jika bersifat dengan warna hitam, maka ia adalah haid dan jika tidak, maka ia adalah istihadhah.
3. Dengan merujuk kepada kebiasaan haid kebanyakan wanita.
Sekiranya seorang wanita tidak mengetahui kebiasaan haidnya dan begitu juga ia tidak dapat membezakan darah dengan melihat sifat-sifatnya (yakni warna darah yang keluar adalah sekata), maka ketika itu ia hendaklah merujuk kepada kebiasaan haid kebanyakan wanita iaitu enam atau tujuh hari. Ini berdasarkan hadis dari Hamnah binti Jahsyi r.a. yang menceritakan; Aku telah kedatangan haid yang banyak dan kuat. Lalu aku datang kepada Nabi s.a.w. untuk meminta fatwa dari baginda. Lalu baginda bersabda; Sesungguhnya ia (bukanlah haid, tetapi) satu tindakan jahat dari Syaitan (hingga menyebabkan kamu lupa kebiasaan haid kamu). Oleh demikian, tetapkanlah tempoh haid kamu enam atau tujuh hari sahaja, kemudian mandilah….(Riwayat Abu Dad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah. Menurut al-Albani; hadis hasan).
Adalah wanita yang menghadapi masalah tersebut wajib merujuk kepada ulamak?
Ya, wajib ia merujuk kepada ulamak. Berkata Imam Ibnul-Jauzi dalam kitabnya “أحكام المرأة” (Hukum Hakam Wanita); apabila berlaku kepada seorang wanita yang kedatangan haid keadaan-keadaan yang berbeza dengan kebiasaan haidnya, wajib ke atasnya menceritakan kepada para fuqahak pada setiap apa yang berlaku (untuk mendapat pandangan Syarak serta fatwa). (Halaman 42).
Apakah kedudukan wanita yang menghadapi darah istihadhah pada hukum Syarak?
Mereka adalah seperti wanita yang suci kerana darah yang keluar dari faraj mereka tidak dianggap oleh Syarak sebagai darah haid, tetapi darah penyakit atau istihadhah. Kerana itu, mereka wajib menunaikan solat dan berpuasa serta diharuskan bagi mereka perkara-perkara yang dilarang ke atas wanita yang haid (yakni tawaf, sujud, membaca al-Quran, I’tikaf, bersetubuh dengan suami dan sebagainya).
Oleh demikian, wanita Istihadhah wajib mandi apabila menyedari bahawa hari-hari haidnya telah tamat sekalipun darah masih keluar dari kemaluannya (yakni darah istihadhah). Hukum ini telah menjadi ijmak ulamak berdalilkan arahan Rasulullah s.a.w. kepada Fatimah binti Abi Hubaiysh r.a. (yang menghadapi masalah istihadhah); “…..tinggalkan solat hanya pada hari-hari kamu biasa kedatangan haid padanya, kemudian (apabila habis hari-hari tersebut), hendaklah kamu mandi dan tunaikanlah solat”.
Bagaimana cara wanita yang menghadapi masalah istihadhah mengambil wudhuk? Adakah terdapat perbezaan dengan wanita suci lain yang tidak menghadapi masalah istihadhah?
Ya, ada perbezaan. Wanita yang mengalamai masalah istihadhah walaupun menyamai hukum wanita yang suci secara amnya sebagaimana dinyatakan tadi, namun ada sedikit perbezaan antaranya dengan wanita suci yang lain memandangkan darah masih keluar dari farajnya. Perbezaan itu ialah;
1. Wanita yang mengalami masalah istihadhah, ia hendaklah menunggu masuk waktu barulah mengambil wudhuk jika ingin mengerjakan solat fardhu atau solat sunat yang berwaktu. Tidak harus ia mengambil wudhuk sebelum masuknya waktu kerana wudhuknya hanyalah wudhuk darurat dan sesuatu yang dilakukan kerana darurat hendaklah dilakukan apabila tiba waktunya.
2. Menurut mazhab Syafi’ie; satu wudhuk hanya untuk satu solat fardhu sahaja. Jika ia ingin mengerjakan berbilang-bilang solat fardhu (seperti solat qadha, nazar atau menjamakkan) ia wajib mengulangi wudhuknya. Adapun solat-solat sunat, harus ia mengerjakan seberapa banyak solat sunat yang diingini dengan satu wudhuk. Namun menurut mazhab Hanafi dan Hanbali; harus ia mengerjakan dengan satu wudhuk seberapa banyak solat fardhu yang dikehendaki, iaitu tiada beza dengan solat sunat.[4]
3. Sebelum mengambil wudhuk ia hendaklah membasuh kemaluannya dengan sempurna, kemudian membalutnya dengan kain atau sebagainya sekadar yang termampu (untuk membendung darah dari keluar sekadar terdaya). Setelah itu, hendaklah ia segera mengambil wudhuk.
4. Ketika mengambil wudhuk hendaklah ia berniat untuk mengharuskan solat, bacaan al-Quran atau ibadah-ibadah lain yang mensyaratkan wudhuk. Contohnya; ia meniatkan di dalam hati; “Sahaja aku mengambil wudhuk untuk solat kerana Allah Taala”. Tidak harus semasa mengambil wudhuk ia berniat untuk mengangkat hadas kerana hadasnya tidak akan terangkat selama darah sentiasa mengalir keluar dari kemaluannya kerana perkara tersebut membatalkan wudhuk.
5. Setelah selesai wudhuk hendaklah ia segera menunaikan solat tanpa menangguh lagi.
6. Sebahagian ulamak mengharuskan wanita yang menghadapi masalah istiadhah menjamakkan dua solat dengan sekali wudhuk iaitu menjamakkan zohor dan asar atau maghrib dan isyak. Ini kerana Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh Hamnah binti Jahsyi r.a. yang mengalami masalah istihadhah menjamakkan dua solatnya dengan sekali mandi sebagaimana baginda pernah menyuruh Sahlah binti Sahal r.a. berbuat yang sama.
Adakah wanita istihadhah harus disetubuhi suaminya?
Berlaku khilaf di kalangan ulamak;
1. Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie); harus bagi suaminya mensetubuhinya sekalipun darah sedang keluar dari kemaluannya.
2. Menurut Imam an-Nakha’ie dan al-Hakam; dilarang mensetubuhinya kerana diriwayatkan dari Saidatina ‘Aisyah r.a. bahawa beliau menegah suami mensetubuhi isterinya yang istihadhah.
3. Imam Ibnu Sirin memakruhkannya.
4. Berkata Imam Ahmad; Tidak harus mensetubuhinya kecuali jika terlalu lama istihadhahnya. Dalam satu riwayat yang lain darinya; Tidak harus kecuali jika ditakuti suaminya akan berbuat dosa (zina dan sebagainya).
Nota Hujung;
[1] Wahbah Zuhaili, 1/478.
[2] Ibrahim Muhammad al-Jamal, hlm. 50.
[3] Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh ‘Abdurrahman al-Jazairi, 1/93-96

Kesan Penyusuan melebihi tempoh 3 tahun

Assalamualaikum
…………
Kepada: Dr Suhazeli

Daripada: Puan Faizah
Kategori:
Penyusuan Bayi
Soalan:

Apakah kesan kepada kesihatan ibu, jika masih menyusukan anak selepas tempoh 3 tahun, saya pernah dengar,ibu mungkin mengalami masaalah kekurangan kalsium.
JAWAPAN
Jika susu ibu masih ada boleh shj diteruskan,  tapi komposisi nutrients mungkin dah berkurangan. Ibu mungkin kekurangan kalsium jika ibu itu sendiri tak cukup pengambilan kalsium dari makanannya. Jadi,  ibu perlu cukup makan dahulu. Cuma untuk anak yang sudah 3 tahun, perlu ada makanan dari makanan pejal. Tak boleh bergantung pd susu ibu shj.  Takut akan kekurangan berat badan dan mempunyai masalah perkembangan mental dan fizikal nanti.
28.4.2016

 

Persoalan bagaimana mahu menentukan iddah haidh dan iddah istihadoh.

HAID

Bab darah wanita..dan solat serta puasa

Wanita yg tidak tentu haid nya sukar menentukan yg mana edah haid dan yg mana edah istihadah.
Ada 2 pendapat yg saya selalu nasihatkan kepada pesakit.

Kalau dia pernah suatu ketika dulu pernah ada kitaran normal. Cth. Sebelum ni dia datang haid ,Setiap tengah bulan dan edah nya 9 hari maksimum. ..problem timbul Setelah ada adenomyiosis..haid jadi tak menentu sangat2.
Saya nasihat agar dia kira yg TENGAH bulan itu haid..
Dan ambil 9 sebagai maksimum limit haid. Selebihnya adalah istihadah.
JAWAPAN

Darah yang keluar dari kemaluan wanita dikategori sebagai jika memenuhi semua perkara berikut:

1-Umur wanita tersebut 9 tahun Hijrah dan ke atas
2-warna darah tersebut samada warna hitam atau merah atau kuning atau warna tanah atau keruh.

3-keluar melebihi satu hari satu malam

4-keluar tidak melebihi 15 hari 15 malam
5- jarak haid terakhir sebelumnya dengan permulaan haid berikutnya ialah 15 hari ke atas.

Contoh :

1 hb febuari tarikh haid terakhir sebelumnya, tarikh haid seterusnya ialah 17 hb. Febuari.

Jika darah berikutnya keluar sebelum 15 hari dari tarikh 1 hb febuari, darah tersebut dianggap sebagai istihadah iaitu darah penyakit.

Maksud istihadah ialah darah yang keluar itu mungkin semua bukan haid atau ada darah haid di dalamnya dan ada yang bukan haid.
Jika seorang wanita keluar darah seperti berikut:

Januari 1- 10hb

Febuari 4-6hb

Jun 2-4 hb
ISTIHADAH

Darah yang keluar yang tidak memenuhi syarat-syarat haid. Seperti tidak cukup sehari semalam atau melebihi 15 hari.

Semua darah itu adalah haid kerana memenuhi syarat-syarat haid.
Dalam kes di atas jika berlaku kitaran haid tidak teratur, tetapi memenuhi syarat-syarat haid, ia dianggap haid.

WALLAHUA’LAM
BACAAN TAMBAHAN

BUKU PENCIPTAAN MANUSIA ANTARA PERUBATAN DAN AL QURAN

(The Creation of Man Between Medicine and the Quran )

by Mohammed Ali Albar

6 Perkara yang mengharamkan NIKAH

Assalamualaikum

Warga rehat dan rawat..saya kongsikan disini 6 perkara yang mengharamkan nikah..saya peroleh dari Usrah Solat dan QA Agama.. panjang panjangkan dan sebar sebarkan ye .

851333768_47732_16911369517728229145

851333780_48159_9495508477654540728

851308841_29384_15963418918084754633

851312555_30188_7699993898604023159

LIKE FBpage kami rehatdanrawat.com

Faizah Zaini

Shaklee Independent Distributor

Juga Dapatkan Buku kanak kanak yang menarik dari kami keluaran Pustaka Yamien

013 327 2458

 

Hukum makmum sibuk baca Surah Al-Fatihah di belakang imam

Assalamualaikum ustaz

Pertanyaan tentang apakah hukumnya makmum sibuk baca Surah Al-Fatihah di belakang imam?
-contoh situasi: ketika imam membaca surah laim sesudah surah Al-Fatihah ( ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah Al-Fatihah, ini dapat kita perhatikan ketika solat berjemaah jahriyyah (subuh, maghrib dan isya).

Jawapan kami;

Sunat makmum membaca al-Fatihah selepas bacaan al-Fatihah imamnya. Hal ini adalah sekiranya makmum mempunyai berat sangkaan bahawa dia sempat untuk membaca al-Fatihah sebelum imamnya rukuk. Selepas itu, barulah makmum mendengar bacaan surah imamnya pula.Namun, sekiranya diketahui atau berat sangkaan makmum bahawa dia tidak akan sempat membaca al-Fatihah sebelum imamnya rukuk, maka ketika itu sunat bagi makmum tersebut membaca al-Fatihah beserta dengan imam tanpa perlu menunggu imamnya selesai membaca al-Fatihah (Fath al-‘Allam, al-Syams al-Munirah).Justeru, sunat bagi makmum mendengar bacaan imamnya (Mughni al-Muhtaj, I’anah al-Tolibin). Firman Allah Taala;

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”(Surah al-A’raf 204)

Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam;

فإذا كبر فكبروا، وإذا قرأ فأنصتوا (واه مسلم (404)

“Apabila imam bertakbir, maka hendaklah kamu bertakbir dan apabila imam membaca al-Quran, maka hendaklah kamu diam.”

Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam dalam sebuah hadis hasan sahih;

إذا كنتم خلفي فلا تقرءوا إلا بأم القرءان

“Apabila kamu berada di belakangku (sebagai makmum), maka janganlah kamu membaca (al-Quran) melainkan al-Fatihah.”(al-Darqutni)
اليسع
Wallahu a’lam

USRAH SOLAT DAN QA AGAMA

Adakah makmum wajib mesti mendengar bacaan Fatihah Imam

Assalammualaikum.

1) Adakah waktu imam baca fatihah makmum mesti mendengar?

2) Bagaimana jika makmum membaca selepas imam selesai tetapi imam sudah rukuk sebelum makmum habis membacanya. Adakah perlu makmum terus rukuk tanpa menghabiskan bacaannya?

Jawapan kami;

1) Mendengar bacaan al-Fatihah imam dalam solat jahriyyah hukumnya adalah sunat (Mughni al-Muhtaj, I’anah al-Tolibin). Firman Allah Taala;

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”(Surah al-A’raf 204)

2) Wajib makmum habiskan bacaan al-Fatihahnya dan ketika itu, makmum dimaafkan untuk ketinggalan 3 rukun yang panjang (I’anah al-Tolibin).
اليسع
Wallahu a’lam

USRAH SOLAT DAN QA AGAMA
:memo:by:

https://telegram.me/usrah_solat_MSO

**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi’i